Saya suka sungguh kalau ada lagu sudirman. Biarpun bunyi macam klasik, tapi sedap pada telinga saya.."tanggal...31...bulan lapan..lima puluh tujuh..." la..la..la..
Tapi tadi. Masa majlis sambutan kemerdekaan di sekolah siapa seekor tidak pasang lagu itu. Dan pelajar yang membuat persembahan pun tidak ada seorang yang melagukan lagu itu di pentas. Saya frust sungguh.
Pelajar semua nya nyanyi lagu gaya emak-emak veteran. Lagu suara dalam la kononnya. Saya sungguh tidak gemar pelajar yang berlagak dewasa. HaHa. Apakah ini? [saya cakap ini, sebab suara saya tidak sesedap itu]. Saya mahu dengar yang lain dari yang lain.
Saya mahu lagu sudirman juga. Saya mahu sesuatu yang segar. Saya mahu macam ada rancak-rancak sikit. Biar kita gumbira dan bersemangat di pagi hari. Serius saya meremang bulu roma dengar suara budak dari dalam membawa lagu bahtera merdeka.
Saya tidak suka. Biarlah sedap macamana pun. Ia tidak segar.Buat saya mengantuk. Tahu? [ini bukan entri dengki okay? HaHa]
Sebab lepas dengar ceramah yang macam doctor falsafah bercakap. Kita kena lah dengar sesuatu yang rancak pula. Sesuatu yang bersemangat dan segar. Bukan gaya emak-emak yang bersuara dalam. Ngantuk lah. Tapi tidak apa. itu adalah usaha pelajar. Saya hargai juga lah.
Hari ini saya rasa bila saya tua nanti. Saya akan jadi tok-tok yang kuat beleter. Hu. Tidak tahulah. Tadi. Saya arahkan pelajar saya gotong royong kelas. Saya rasa saya non stop bercakap dan memberi arahan. Setiap benda perlu di arah.
Sampai saya balik sekolah. Saya masih fikir keadaan saya masa tua. Adakah saya bercakap seperti ini menegur cucu? Ceh! Takut tahu? Kelak jadi atuk yang cucu gerun. Saya tidak mahu.
Ceramah Merdeka.
Memang bosan. Serius. Entahlah. Pada saya satu saja. Jika audien anda adalah pelajar. Silalah beri ceramah yang sampai level audien anda. Janganlah rasa audien anda itu dewasa sungguh.
Janganlah seperti sedang memberi ceramah kepada kumpulan professor atau pelajar master yang sedang melakukan tesis atau apakah. Sungguh tidak sesuai.
Matlamat mesej merdeka tidak sampai disitu. [saya sudah jadi pengkritik bebas tidak bertauliah. tapi saya tahu emosi pelajar sebab ia berkaitan sejarah. saya ajar subjek sejarah tahu? jadi, belajar sejarah perlu fun! baru tidak bosan dan ZZzzz]
Mari. Saya bagitahu ini. jika ceramah itu pengisiannya sangat berat. Tentang merdeka. Silalah olah ceramah anda yang isi berat itu menjadi ringan sedikit. Isi berat, penyampaian biarlah secara bersahaja.
Jangan isi cerita sudah berat, cara nak sampaikan pun berat-berat juga. nanti anda jadi obes! HaHa. sungguh tiada kaitan.
[contoh paling senang: anda makan nasik, lauk ikan siakap bertambah satu kali, lepas itu makan pulak mee goreng mamak yang banyak minyak, dan minum milo kaw kaw. last sekali anda makan kek colat secara banyak: anda jadi badang. saya pulak muntah. sebab overload] sekian.
Jangan lah nada macam anda sedang memberi ceramah politik di kawasan mengundi pulak. Ini kes lain okay? itu kes serius dan berat sungguh.
[cuba anda kira berapa banyak perkataan "jangan" disitu. maknanya memang janganlah..HaHa]
Pengisian itu letaklah juga cerita yang menarik.masukkan lagu. Ini tidak. Saya sampai lima enam kali tengok jam. Bila mahu habis kuliah birotatanegara ini? Tapi tidak apa lah. mungkin ceramahnya begitu. dengar sajalah. Ini lah majlis ilmu yang sungguh ilmu. Yang mana boleh di jadikan nasihat dan pegangan. kita ikut.
Malam 10 terakhir ramadhan.
Malam ini sudah masuk satu kosong malam terakhir ramadhan. Tiba-tiba hati rasa macam ..wah..wah..sudah nak raya. Malam ini saya dan kawan serumah pergi qiamullail di surau dekat rumah. Ni ha..makcik-makcik dan tok-tok sudah ramah tamah mengajak saya dan kawan lepas teraweh semalam. Okaylah. Tidak apa.
Seingat saya
Qiamullail terakhir saya buat masa tingkatan dua. Tunggang tebalik lagi masa itu. Zaman-zaman kalau sujud masa buat qiamullail terus tidak bangun. Terlena sampai sudah. HaHa. See? Lama sungguh tidak buat qiamullail. Itu lah saya. Apa nak jadi lah.
[pernah satu kali. Di rumah. Encik Ayah ajak buat sujud sejadah masa solat subuh itu. Saya mengejoinkan diri dengan puan emak dan kakak untuk sujud sejadah bersama di pagi subuh jumaat itu. Masa sembahyang dan kemudian sujud, saya lena sungguh. Sedar-sedar saya sudah tergolek. Sujud itu memang saya lena.
Sampai encik ayah sudah baca doa. Puan emak tolak saya. Dan jatuh tergolek. Sujud sampai terlena. Hebat tak saya. Kusyuk sungguh. HaHa. Surah sejadah panjang tahu? Masa berdiri betul..entah berapa kali lena. Nasib baik tidak tersungkur. Cis!]
p/s: sekarang sudah dewasa. Tidak lah begitu lagi. Sekarang kan sudah nak jadi emak-emak. Kenalah bagus. Bersedia untuk jadi emak kena lah tidak macam budak-budak. HaHa. dulu-dulu. Zaman kecik macam-macam cerita.

0 comments :
Post a Comment