Seperti biasa. Saya sungguh suka hari khamis. Mood pada khamis sungguh cantik. HaHa. Esok kan cuti dan herhari minggu. Berehat-rehat dan bersantai-santai. Sungguh syok bukan? Hari ini bangun sahur. Malam semalam tidak bangun. Sebab tidak terjaga. HuHu. Bukan tidak terjaga. Saya terjaga. Sudah kunci jam pada pukul 4.45 pagi. Bila alarm bunyi. Saya snooze kan. Berapa kali sudah saya snoozekan dia. Saya nak bangun pukul 5 pagi. Saya macam buat deal dengan alarm itu. Lepas itu bunyi lagi pukul 5. Saya tidak ingat dah. Saya buka mata dan off kan alarm dan tidur semula. Sedar-sedar sudah pukul 5.45pagi. sudah habis waktu imsak. HaHa. Itulah, bermain tarik tali dengan jam dan alarm. Sudah tentu, saya kalah. Alarm memang tetap tepati masa.
Saya sekarang sudah selesai mengajar. Waktu akhir ini tidak ada kelas lagi. Titik. Penat saya layan karenah pelajar saya. Macam-macam. Besar cara besar. Kecik cara kecik. Tingkatan empat sudah besar-besar.
Nak cakap banyak sangat..nasihat dan tegur macam-macam pun kena guna ayat lain. Ayat dewasa sikit. Kadang-kadang pelajar jadi kecik hati. Kadang-kadang boleh terima. Tapi, esoknya jadi baik juga macam biasa. Kadang-kadang mereka jadi diam dengan kita. Tapi, lama-lama mesra juga.
Pelajar kecik saya adalah pelajar tingkatan tiga. Mereka ini tidak apa. Saya tegur macamana pun boleh terima. Tidak ada terasa hati. Hidup macam gembira saja. Kadang-kadang saya marah. Mereka diam. Lepas itu bergurau semula dengans aya.
Habis-habis saya psiko. [tengah berlakon marah] Mereka ucap sesuatu yang buat saya tidak reti mahu marah. Bayangkan ini.
Tengah-tengah saya marah. Seorang pelajar boleh ucap begini pada saya:
Pelajar 1: "kakak..saya mahu pergi tandas.."
Saya buat bodoh sebodohnya. Buat macam tidak tahu saja.
Dia ucap lagi:
Pelajar 1: "ala..kakak ku sayang...boleh lah ye..nak terkencing ni.."
Saya diam saja..memang tengah buat muka ketat.
Pelajar 2: "ish..hang ni..ada ke patut panggil cikgu kakak?"
Pelajar 1: "habis takkan aku nak panggil cikgu makcik pulak..cikgu muda lagi taw.."
Saya dok diam. Tahan geli dalam perut.
Pelajar 2: "cikgu pun tak mengaku hang ni adik dia lah..dia dok diam saja tuh, yang jadi adik pun pemalas. Selalu tak mai sekolah.ceh! adik derhaka"
Pelajar 1: "alar..cikgu..ada taik lalat manis..manis sungguh..."
Last sekali saya diam. Dan tersenyum lihat dia. Terkeluar juga ayat nak marah:
"sila diam. Dan buat kerja awak. " : tapi ucapan itu dalam senyum. Pelajar pun ketawa berderai. Dan kata: "cikgu sudah tidak marah"
Sudahnya. Memang kadang-kadang tidak boleh serius sungguh. Mereka Berjaya ubah mood saya.
Sudah kelaziman saya. Waktu saya mengajar. Saya sudah cipta rule sendiri. Awal-awal sekali masuk kelas di awal tahun. Sudah saya bagi peraturan kelas saya sendiri. Peraturan saya mudah saja:
- Jangan biar saya masuk kelas dulu dari anda. [bermakna pelajar kena tunggu saya dalam kelas. Bukan saya tunggu dia. Bermakna lain adalah tidak lewat]
- Tiada siapa akan ke tandas pada masa saya. [jadi sila ke tandas sebelum masa saya dan bersedialah sebaiknya]
Jika ada yang memang mahu buang air besar sungguh atau air kecil terketar-ketar. Saya tahu. Jika menipu saya dalam hal ini pun saya tahu juga. Jadi pelajar saya sudah maklum dengan sikap saya.
- Sila ada gam dan pembaris. [sebab saya suka bagi handout pada pelajar saya. Gamkan di buku nota pada 5 minit terakhir pengajaran. Itu wajib] jadi mereka kena la ada gam. Setiap seorang ada gam dan pembaris. Pembaris untuk menggaris fakta penting yang saya ajar nanti.
Serius. Saya tidak suka berdasarkan buku teks sahaja. Bosan dowh! Tidak mahu lah saya pelajar saya itu di dalam kelas Cuma kerja menyalin nota saja. Saya rasa tidak ada efektif di situ. Rasa macam bosan tak boleh blah.
Masa saya sekolah dulu, ada cikgu buat macam itu dalam kelas. Serius saya bosan. Saya jemu salin nota dari papan putih. Saya mahu sesuatu yang lain. Tapi??? [pelajar cuma tahu ikut acuan guru.]
Sekarang saya cikgu. Saya tahu perasaan anak murid saya jika saya buat macam itu. Takkan tiap kali belajar, Cuma salin nota saja? Oh. Sungguh bosan tahap tidak boleh cerita.
Titik.
Hari ini. bila lihat pelajar saya. Memang saya sudah di cop cikgu yang garang. Saya tidak lah garang. Saya tegas saja. Dalam penagajaran saya tidak lah tidak bersenyum-senyum. Penuh cerita dan lawak jenaka juga. Tegas dan garang itu untuk minta mereka menghormati saya dan disiplin sikit. Tidak lah mereka ingat saya lemah sangat.
Dan boleh suka-suka melawan saya dan tidak membuat kerja saya. Tapi dalam tegas saya. Pelajar saya tetap mencari saya untuk apa saja hal. Tidak cukup duit lah atau mahu minta bantuan apakah. Itu lah. Ini lah. Datang merengek di meja saya di bilik guru juga.

0 comments :
Post a Comment