Senja ini air mata murah sungguh. Jatuh kena bantal dan sapu tangan saya. Demam ini buat saya menangis sungguh. Sudahlah senggugut menyerang, tidak lawak-lawak demam kali ini seperti denggi pulak. [nauzubillah~ tapi serius..sakit sungguh tulang-temulang saya..segala sendi ..tekak saya perit dan luka..tiada suara..dan batuk menjadi-jadi..habis satu botol ubat batuk itu..batuk belum pun reda...]semua makanan jadi pahit pula. ceh! masa tidur dalam demam juga adalah yang menakutkan juga. saya didatangi mimpi yang jahat-jahat saja. ya lah. badan tidak sehat, macam-macam hantu syaitan datang. Di perut saya ada bintik-bintik merah. Saya risaukan denggi juga. [walaupun saya doa supaya ia bukan denggi] pagi tadi encik tunang suruh saya pergi hospital. Saya tidak mahu. Lagipun saya sudah ke klinik khamis lepas. Lagi satu sebab saya dok khuatir akan diketawa secara percuma oleh doktor..ya lah.. kerana bintik-bintik merah itu masih boleh di kira. Di lengan tangan kanan dan kiri ada juga..boleh di kira juga. tidak banyak pun lah. Doktor gelakkan cikgu? Nampak macam cikgu ini risau tak kena gaya. Jadi saya tawakkal saja. Saya harap itu demam biasa. Okay. Tidak mengapa. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Tamat. Senja ini, kenapa saya menjadi sungguh kememei seperti ini. ya. Ini lah saya. Seorang-seorang pun boleh begini. Orang nak cakap saya konyol pun tidak mengapa. [tapi pada pandangan pelajar saya, mereka nampak saya seorang yang gagah: itu sudah memadai] Senja ini selepas bercakap dengan encik tunang air mata saya lagi lah turun laju-laju. Mendengar nasihat dari dia sudah buat airmata saya macam air paip. Sebab suara saya tidak seperti biasa, tidak mengapa dia tidak tahu saya sedang menangis atau apa.. Dia sedang ada kerja luar sampai Ahad ini. Tidak menghalang dia dan saya berhubung juga. Air mata banyak sungguh. Hingus tidak payah cakap. Ada saja. Saputangan pun adalah WAJIB ada. Entri senja ini tiada arah tuju. Saya rindukan seseorang dalam hidup saya. Selain mak dan ayah saya. Saya rindukan dia secara banyak.
~ p/s: antara kenangan boleh dilihat dan tidak boleh dilihat, kita ada kenangan yang banyak tak boleh dilihat. Cuma boleh diingat.

2 comments :
ermm..kememei tu ape??huhu
kememeh tu macam: sikit2 hal mudah nak nangis..sikit2 mudah jatuh air mata..
Post a Comment