...sekolah kehidupan..

Sunday, August 1, 2010

Mata

Ainun. Ainun dalam bahasa arab adalah bermaksud mata. Asas yang saya mula belajar masa kecik-kecik di tadika Islam. Ustazah ajar bahasa arab dan doa-doa amalan seharian. Selanjutnya saya belajar asas bahasa Arab masa Tingkatan satu dan Tiga sebab kelas saya adalah dalam rancangan kelas RK..yang mewajibkan ada satu pelajaran lain iaitu Bahasa Arab Komunikasi walaupun saya sekolah aliran menengah kebangsaan biasa.

Ustazah kata:

'ainun' : mata

'uzunun': telinga

'sya'run': rambut

'fa mun' : mulut

Dan lain-lain anggota badan telah saya pelajari masa usia 6 tahun dulu..menjadi ingatan kini. Ahaha. Apa motif tulisan ini? tidak ada apalah. Cuma saya ingin menyentuh pasal mata. Mata saya rosak. Sudah rabun. [sila klik seksa. Disini pernah saya tulis]

Mari lihat apa kebenda yang saya mau tunjuk ini.

Saya sudah buat pun "eye massage" ni..benda alah ni massage mata saya..huhu..oklah..tapi..saya masih tidak berani beli produk itu. Tak tau kenapa. Sebab saya tak berani bawak masuk sembarangan ubat ke dalam mata saya.

[dok tunggu kawan massage mata..]

Ada dua testimonial yang saya terima. Satu yang baik. Satu yang tidak baik.

Satu: masa saya sudah solat di surau dekat jeti Kuah. Masa itu saya berhenti solat asar dulu sebab sampai pun sudah lewat. Saya lihat ada sorang makcik sudah tua. Apabila selesai solat, dia menitikkan ubat mata yang bernama "ainun taharah" ini.

Saya tanya:

"makcik..ubat ini berkesan kah?"

'ya..sangat berkesan buat makcik.."

"pakaikan lima kali sehari selepas solat..dan jika anak tidak boleh solat pun..pakai kan juga mengikut waktu solat"

"jangan lupa salawat ke atas nabi dulu..3 kali"

Saya angguk saja.

"makcik dulu perlu pakai cermin mata untuk baca Qur'an selepas solat..sekarang tidak lagi.."

"ubat ini bagus untuk mata yang rabun..[bukan rabun yang teruk]..resdung mata dan banyak lagi soal mata"

Saya diam dan dengar...sebenarnya saya dan kawan sudah pun survey tentang ubat ini..Cuma tidak berani guna saja. [dan..memang saya tidak berani guna..saya takut mata saya jadi apa-apa yang tidak molek. hu..da la sudah rabun..kang jadi selaput ke apa..rabun terus ke apa...huahua..saya memang suka fikir yang macam-macam..]
[masa saya kat booth ainun taharah]

Satu lagi masa karnival PIBG di sekolah saya. Sebab Ainun Taharah datang membuka booth di padang sekolah saya. Kawan saya sekali lagi pergi buat massage mata. Saya tidak pun buat. Saya tengok saja.

Dan cikgu di sekolah saya bagitau saya macam ini:

"suami akak ada juga beli produk ini bla..bla..bla...tidak ada apa yang ubah..tidak ada apa-apa perubahan pun lah..begitu-begitu juga"

Saya diam dan dengar juga. Titik.

Dulu. Saya bercadang mahu beli pada mak dan ayah saya. Ya lah..orang tua kan selalu mahu membaca Qur'an. Lepas tu rabun dekat dan jauh pulak.. Tapi, sekarang saya tidak jadi pula. Tidak tahu kenapa. Saya takut mata jadi macam-macam kalau letak ubat sebarangan.

Sebab tu saya tidak jadi beli padahal dulu dah melonjak-lonjak keinginan saya untuk beli "ainun taharah". Dan saya pun rabun juga. Rabun jauh. Tidak pula saya cuba pakai cermin mata lagi. Sebab saya rasa tidak sesuai dengan saya. Nanti-nanti saya nak kena buat juga. Cuma cermin mata saya yang sedia ada sudah tidak tahu saya letak mana. [sebab saya rasa tidak penting, sebab tu pula saya tidak cuba cari sampai jumpa]

p/s: siapa-siapa yang pernah cuba "ainun taharah". Sila lah bagitahu saya

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?