Titik. Eh. Kenapa tiba-tiba sudah titik di situ. HaHa. Saya saja letak titik. Hari ini Nuzul Qur'an. Jatuh pada Jumaat. Alhamdulillah. Ogos sudah di hujung-hujung. Ramadhan juga sudah di hujung-hujung. HuHu. Rasa cepat sungguh. Lagi dua tiga hari saja lagi sudah boleh guna Kalendar September pulak. Guna calendar September bermakna. Saya makin besar. HaHa. Saya sudah nak sampai umur satu lagi. Berganjak lagi ke angka seterusnya. September bulan kelahiran saya. Dan minggu depan cuti sekolah. Kemudian cuti hari raya. Jumlah cuti: dua minggu. Wah! Asyik...!
Hari ini saya bercampur dengan masyarakat. Ewah. Kenapa? Sebelum ini tidak pernah bercampur kah? Bukan macam itu. Saya hari ini bersama warga emak-emak dan warga tok-tok berbuka puasa di masjid dekat rumah sewa saya.
Dua minggu lepas pun macam itu. Saya dan kawan sudah pun dengar pengumuman suruh datang jamuan masa solat teraweh hari rabu sudah. Sebab ada jamuan. Perlu lah saya dan kawan serumah pergi. dua minggu sudah tiga kali makcik depan rumah saya menjemput. Pantang nampak saya dan kawan keluar.
Keluar ampai baju: "cikgu..nanti petang jemput ye ke masjid.."
Keluar buang sampah: "cikgu..nanti petang..datang ye ke masjid..jangan segan-segan.."
Keluar nak pergi pasar: "cikgu..jemput datang masjid ye..agak-agak dalam jam 7 macam tu lah.."
Kalau tidak pergi nampak sangat lah cikgu ini tidak mahu bercampur masyarakat.
Jadi hari ini bila ada jamuan lagi. Saya dan kawan serumah sediakan kueh popia untuk di sedekahkan kepada masjid itu. Saja-sajalah saya sediakannya. Iyalah. Kalau saya pergi dengan tangan kosong terasa segan pulak.
Sudah lah minggu sudah saya dan kawan di ajak untuk ke jamuan sampai tiga kali. Jadi kali ini, saya balas lah dengan kuih.Tidaklah rasa segan sangat. Dan ini lah yang dinamakan sebagai "orang berbudi kita berbahasa" okay?
Sebab apa pilih popia?
Sebab dia senang sangat nak buat:
- Kulit popia: paling sikit pun ada empat puluh keping. Jadi, beli saja satu bungkus. Memadai untuk jemaah masjid. Sudah dapat empat puluh kueh popia.
- Untuk inti: beli je satu kampit vegitable mix. Senang. Kukus kan dia sampai lembut. Toskan.
- Sengkuang: kupas. Mula-mula kupas. Potong nipis-nipis. kemudian potong bagi jadi jejari.
- Mix kan. Campurkan sengkuang dan vegitable mix tadi. Siap untuk inti.
- Masukkan inti. Gulung dalam kulit popia bagi kemas-kemas. Siap. Goreng.
Sambal pulak:
- Tumis cili kisar. Air asam sikit. Sedikit garam. Bagi masak betul cili anda itu okay?
- Masukkan sepuluh sudu gula.[suka-suka saja saya cakap sepuluh sudu. Tapi, kena tengok banyak mana cili kisar anda lah. Biar seimbang okay?] Kacau. Masukkan gula, biar sambal jadi pekat.
- Masukkan sos cili. Kacau.
- Hey. Biar pekat okay.
Siap. Ambik popia anda itu. Golekkan ia dalam kuah sambal itu. Sudah. Kalau suka kacang tanah tumbuk. Boleh juga. Taburkan sikit atas popia yang sudah dipalit dengan sambal tadi. Siap.
[tidak ada gambar. Maaf ya. Sebab sudah tidak cukup waktu tadi mahu ambil gambar. Kelam kabut kejar waktu nak ke masjid. Dah nak dekat jam 7 pun. Iyalah. Gaya emak-emak mesti macam kalut-kalut sikit. Mahu tolong menghidang makanan di masjid lagi. HaHa]
Sudah siap semua itu. Saya masukkan dalam bekas. Dan kami pergi ke masjid. Ewah. Gaya emak-emak. Saya pakai baju labuh sampai kaki. Macam jubah pulak. Kawan serumah pun macam itu. Bila saya lihat dia. Dia lihat saya. Dia panggil saya "emak, jom kita ke masjid". Kurang asam sungguh.
p/s: makanan di masjid tadi memang memecah selera. Sungguh sedap tok-tok itu memasak. Mungkin tekak saya memang sukakan makanan kampung. Jadi. Memang penuh perut menjamu selera. Solat teraweh pun lapan rakaat saja. Saya dan kawan minta diri balik rumah dulu lah. Makcik di masjid minta resepi "popia cikgu" HaHa.

2 comments :
singgah jap kat sini....huhuhuuh..
salam menyambut aidilfitri
slm aidilfitri..
Post a Comment