...sekolah kehidupan..

Monday, August 9, 2010

Encik dan saya..

Mahu mulakan sesuatu yang bagus memanglah payah. Terasa memang payah. Banyak sungguh datang pancaroba. [pancaroba?? Cewah. Seperti saya sudah hidup lama sungguh. Tidaklah begitu..] maksud saya ialah: memulakan sesuatu yang sungguh memberi makna dalam kehidupan memang payah... Bila sudah mula..tidak mengapa..tidak sesukar sewaktu mula.. dan bila sudah selesa dan tenang...mahu kekalkannya pula adalah satu tugas yang perlu keluar dari zon selesa..

Apa entri ini?? apa yang mahu saya sampaikan..sangatlah berkerut dahi membacanya..[ya..saya pun begitu..]

Saya ambik peluang singkat ini menulis entri ini sebelum bertolak ke majlis makan malam guru-guru sekolah saya merangkap majlis persaraan pengetua juga. Sebab saya sudah terketar-ketar ada idea ini. sebenarnya ini adalah regenerate. Saya sudah tulis dahulunya. Mahu ingat lagi sekali.

Mari. Saya sajikan ini: [sebab saya baru saja bercakap panjang dengan..tidak mahu habiskan ayat ini ]

19:36/ 18/01/2010 : Ahad Kita melihat sejarah dahulu..bermula dari orangtua kita..

KALI ITU, SAYA TIDAK MENJADI SABAR....itulah dulu-dulu punya cerita..memaksa diri bermuhasabah tentang kesilapan..menjadikan kita lebih matang dan bersedia dengan sebarang kemungkinan..

Kini berbeza..menjadi dewasa..menjalani kerja dan kehidupan yang bagus..kawan-kawan serta keluarga yang bagus dan baik-baik saja...

Sabar ..
kita pasti menuju bahagia dan kesenangan jika ada SABAR dan PERANCANGAN teliti..

"Kita melihat sejarah dahulu..bermula dari orangtua kita..hidup cuma sederhana sahaja..dan mungkin kah mereka membesarkan kita menjadi sebaik ini? Mereka berjaya jua menjadikan kita manusia..sebaik-baik kita..menjadi kita hidup seperti sekarang..sempurna bukan hidup kita..? itu lah hasil dari tangan ibu dan ayah...walaupun kadangkala kurang jua sesen dua..kita pun tidak meminta-minta..memahami seadanya mereka.. "

Tidak mengapa kita menjadi sederhana dan perlahan-lahan mendayung kehidupan..kerana saya telah suarakan berulangkali jua..KITA INI TEAMWORK YANG BAGUS..jadi..jangan rasa tertekan..semua pasti boleh diselesaikan..Cuma SABAR..SABAR...dan terus BERSABAR..tidak menjadi rugi dengan sikap SABAR...

p/s: kepada seseorang yang saya kasih. Ini lah hadiah untuk kehidupan. Sebuah KESABARAN.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?