Hari ini semua kerja saya tidak menjadi. Hati jadi tidak tenteram langsung-langsung. Entah kenapalah..tidak mensukai perasaan macam ini. Pagi-pagi semasa di perhimpunan rasmi sekolah hati sudah tidak boleh fokus. Mood untuk mengajar adalah kosong. Nasib baik kelas saya hari ini Cuma dua kelas sahaja. Tingkatan 4S3 dan 3C. Satu masa lagi saya relief [ganti] cikgu yang ada kursus di luar di kelas 3B.
Masa di perhimpunan rasmi. Tangan menjadi ketar sebab tidak tahu takutkan apakah..hati pun macam itu juga. Tidak tahu apa ucapan butir-butir yang keluar dari acara itu. Otak melilau-lilau ke lain saja.
Usai di perhimpunan rasmi, saya masuk kelas tingkatan 4S3. Saya tidak boleh mengajar. Masa pun tinggal suku masa saja. Sebab memberi laluan kepada perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi. Saya tidak pun fokus kepada pelajar saya. Cuma, saya minta pelajar menghantar nota saya dan saya menanda seorang-orang.
Tidak boleh belajar. Saya tidak ada idea walaupun bahan sudah saya sedia. Jadi langkah selamat saya adalah cek dan tanda nota pelajar saya dan pastikan lengkap. Selesai. Menampakkan saya sempurna saja pada pandangan pelajar saya. Padahal saya amatlah tidak memfokus pada mereka.
Saya balik semula ke bilik guru. Dok diam saja. Tidak pun mahu ke kantin atau apa walaupun ada lebihan masa..tidak juga cuba mengambil sarapan atau makan jamuan acara 'potluck' di bilik guru. Cuma saya minum minuman tambahan saya saja.
Saya menulis nama pelajar kelas saya di rekod kedatangan untuk Ogos. Silap kesemuanya. Buku kedatangan pelajar saya habis silap. Saya tulis nama pelajar pun tidak kena. Semua tidak ikut nombor giliran masing-masing. Saya sudahnya perlu gariskan dan gantikan dengan yang betul [buku kedatangan harian pelajar peraturannya adalah tidak boleh di padam samada dengan cecair atau pemadam apakah..]undang-undangnya audit sudah begitu.
Dan jika hilang buku rekod kedatangan pelajar hukumannya jika disabit kesalahan adalah penjara. Beratkan?? Jadi saya gariskan saja di mana silapnya itu. Menjadikan kerja saya huru-hara dan tidak bersih. Comot sangat untuk jadual keseluruhan Ogos ini. Apalah ni...??
Masuk kelas relief..ganti cikgu apa entah yang sedang berkursus itu. Tingkatan 3B ..Saya tidak ada idea juga. Tidak mahu saya dok diam walaupun itu bukan kelas yang saya ajar dan bukan waktu pengajaran dan pembelajaran saya. Dok diam menjadikan otak saya bertambah serabut dan tidak boleh fikir benda baik. Saya cuba juga membuat aktiviti dan bercerita. Sudahnya saya membuat kesimpulan, yang saya menipu diri sendiri dalam cerita saya pada pelajar. Cuma sejarah itu saja yang betul. Lain-lain semua saya reka untuk bagi pengajaran pada pelajar saya. [bukan kah cikgu seorang pelakon yang baik??]
Saya begitu, untuk hilangkan getar dan tidak tenteram hati saya. Cuma mahu tidak mahu saya duduk saja dan memikirkan apa-apa yang tidak molek.
Selesai.
Sekejap lagi ada satu kelas lagi. Hari ini saya tidak ada fokus kerja. Berdosa saya pada anak murid. Tidak ikhlas menyampaikan ilmu dan kerja. Gaji saya bulan-bulan menjadi tidak berkat jugak kah? Hati tidak bersungguh begini.
Kepada sesiapa jua yang telah terluka kerana saya. Saya mohon maaf dan tegurlah atas kekhilafan saya. Saya mungkin melukakan anda. Tapi, saya juga amat memerlukan anda dalam hidup saya ini. sangat perlu. Kerana saya sayangkan anda. Tidak mahu kehilangan.

0 comments :
Post a Comment