...sekolah kehidupan..

Thursday, August 19, 2010

Seronot pada khamis

Petang semalam. Saya masak saja untuk berbuka. Menu mudah juga. Semudah hafal sifir dua. Sambal tumis udang. Sayur campur. Buatkan kuih keria [sebab malas dah nak ke bazaar beli kuih. Tidak sedap]. Blender air buah oren Sunkist. Bubur durian untuk cicah roti. Dan masak sambal tempe dengan bilis siap-siap untuk sahur. Masak jam enam petang. Siap jam 7.00 petang.

Uhui. Tiba-tiba saya rasa sungguh berkuasa kuda masa memasak. Hey. Ini lah dikatakan time management okay? HaHa. Sungguh Charlie Chaplin. Tidak apa-apa. Masak secara berduet dengan rakan serumah sungguh selesa. Tidak ada ibu mertua sedang memerhati dan bagi markah untuk kerja anda. HiHi. Sungguh risau kalau nanti-nanti bagaimanakah saya di rumah mertua. Takut tidak kena.

Hari ini bila bangun pagi. Saya sungguh rasa bermotivasi. Apa kena? Tidak tahulah. Mungkin sebab tidur saya semalam sungguh berkualiti. Ewah! [semalam saya tidak ke masjid untuk bertaraweh. Saya demam sungguh.[bayangkan dari 1 Ogos hari itu sampai hari ini sudah 19 Ogos. Demam melarat-larat. Hantu sungguh]. Makan ubat lepas berbuka. Kemudian tunggu isyak. Dengar dari masjid dekat umah bunyi mikrofon macam sedang "on"..pak imam dok ready nak laung "allahuakbar allahuakbar.." Pak imam habis azan saja. Saya solat. Minum ubat batuk. Dan tOingggg~ lena. Sampai sahur.] titik.

Mari cerita pasal ini.

Saya sungguh seronok. Hari ini datang sekolah dengan syok. Mungkin sebab hari ini ari khamis kot. Esok sudah cuti. Dan di bilik guru, sambil buat kerja cikgu-cikgu. Saya siap menyanyi lagu ini slow-slow lah..tidak lah melalak pulak.

Ini lagu saya suka:

"jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan..

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan

jika kau fikirkan kekalahan

kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu..

..engkaulah apa kau fikirkan..terkandung dalam pemikiran..berfikir boleh melakukan..FIKIRKAN BOLEH! "

Saya suka dengan perkataan "engkaulah apa kau fikirkan". Ya. Itulah kita. Apa yang kita fikir. Jadi itulah yang kita buat. Mari bermotivasi diri.

Selamat bekerja dengan riang dan ikhlas.

Hari ini selesai pelajar saya menjawab peperiksaan percubaan PMR. Lega.eh, tidak lega juga. Tengok pelajar saya mcam rilek saja. Cikgu pulak dok risau lebih. Hurm..

Kalau lah saya ada kuasa lebih-lebih. Doremon atau kuasa sailormoon. Uhui..mari ubah pelajar saya jadi sivik dan bagus. belajar sungguh-sungguh. Dan jadi manusia baik-baik. Tang adab dan susila, saya bagi kuasa banyak sikit. Kemudian tang akademik pun saya boh kuasa tambahan bagi banyak bijak sikit. Tang rajin tu pun saya tambah tiga kaliganda kuasa. Biar rajin usaha. Ha macam itu. Itu lah ku bilang kalau okay? Ku bilang kalau. Ada kalau disitu.

p/s: perkataan "tang" dalam bahasa utara membawa maksud apakah? Mari saya ajar satu perkataan ini. ini dia:

tang = kat
[dekat]

contoh

ayat loghat utara: " hang letak tang mana pembaris aku ni?"

ayat pasar: " ko letak kat mana pembaris aku?"

ayat bagus lagi skema: "awak letak di mana pembaris saya?"

[ewah-ewah..baru saya perasan. Mentang-mentang lah cikgu. Nak bagi contoh benda pun bagi contoh "pembaris". Ahaha..memang alat tulis sungguh.ya lah, dari saya sekolah rendah sampai sekarang saya jadi cikgu, saya tetap ada pembaris.]

atau

ayat loghat utara: " ghumah hang tang mana"?

ayat pasar: "rumah ko kat mana?"

ayat bagus lagi skema: " rumah awak terletak di mana?"

ahaha. Sekian.

2 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

wahh...bleh bukak kelas loghat utara kalu camni :)

pensil iman said...

boleh..boleh..mari belajar loghat utara tang ni..hehe..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?