...sekolah kehidupan..

Friday, August 20, 2010

Erti talipon

Sungguh geram bila talipon tidak berjawab. Kalau saya ada kuasa mahu saja melompat pergi tengok sendiri keadaan orang di sana. Bila ada sesuatu yang nak kita bagitahu atau nak tahu sesuatu yang buat kita susah hati. Tentang kesihatan orang tua misalnya. Sudah mentalipon banyak kali untuk tahu. Tidak terjawab jugak. Pakkal la saya jauh beribu batu, jadi tidak boleh menjenguk serta merta. Cuma ada talipon cabuk ini untuk berhubung tanya. Haish~ entahlah.

[Dulu bulan Mei tahun ini, masa puan emak sakit. Saya di tempat bertugas. Tidak boleh lah balik malam-malam itu. Mana ada perkhidmatan feri malam-malam. Saya mesej dan talipon di rumah saja. Bila siapa seekor tidak menajwab saya. Memang saya sungguh hot. Mula menghantar mesej tanda sudah marah. Ayat pun sudah tidak manis lagi dah.

Iyalah. Kita disini tidak tahu, jadi kita bertanyalah. Sedang di rumah sibuk apa, layan tetamu yang datang ziarah emak atau apakah. Saya tidak kira. Jawab mesej dan panggilan saya dulu lah. Sudah kena sound adik saya itu. Ha, sampai sekarang dia tahu kepantangan saya dalam jawab menjawab talipon ini: memang sakit hati. Serius sakit hati.]

Saya kadangkala tidak boleh menjadi sabar banyak. Dalam dok berjaga sabar itu, kadang-kadang terlepas kata jugak. Geram seh! Bukan saja-saja mahu kita cakap tidak molek. Tapi, takkan lah tidak boleh menjawab talipon itu? Atau membalas mesej saja. Titik.

[tidak boleh saya tulis banyak lagi. Sudah hot. Lagi banyak tulis lagi saya tulis macam-macam hal haru biru ini]sudah. Tamat. Dan titik.

Sini. Saya nak menulis hal lain sikit.

Saya tidak boleh dengar tentang orang sakit. Saya jadi kesian dan mula fikir perasaan orang yang paling rapat dengan si sakit itu. Masa puan emak sakit. Saya rasa dah macamana. Sungguh sedih dan air mata tak payah cerita. Mau nya dalam solat kalau boleh pergi dekat tuhan, bagitahu yang saya sungguh sayang pada puan emak. Tolong jangan ambil nyawa dia dulu. Saya dulu pun tidak apa.

Masa puan emak sakit jugak, anak-anak puan emak seorang-seorang balik jaga emak. Itu sebab anak puan emak ramai. Jadi puan emak beruntung. Tiap anak balik jenguk. Saya juga ambil cuti. Dan ulang alik balik tiap minggu. Air mata ada di mana-mana. Di jeti, di sekolah, di atas katil, di dalam bilik air, di sejadah, di hospital masa emak tidur, di dalam kereta dan di mana saja dia nak keluar.

Cuba kita fikir seminit sudah. Tidak payah banyak. Jika anak puan emak orang lain cuma ada seorang saja? Kesian dia. Kadang-kadang tidak ada orang teman dan jaga di hospital. Saya boleh rasa itu. Atau tidak ada anak. Ha. Macamana ni. [oh, cukup. Tidak mahu bercerita lagi dah.]

Yang utama, bila orangtua sakit. Kita memang tidak boleh tidur nyenyak. Makin kita dewasa, makin kita fikir banyak. Kot esok kita tua-tua, anak-anak kita entah balik atau tidak jenguk dan jaga kita. Kita ini balik jaga puan emak dan encik ayah ikut jadual kerja. Esok-esok? Anak kita buat macam itu juga.

p/s: Kadang-kadang ini lah ujian dalam hubungan. Uji kesabaran. Ada talipon macam tak berguna kadang-kadang. Tidak tahu sampai bila baru reti guna erti talipon.

"talipon berbunyi ring ring ring"

"ku angkat..ku tanya ..siapa..?"

ini. bukan ku angkat. dan bukan ku tanya siapa. ini adalah ku tidak ada telinga.sebab itu tidak menjawab apa-apa. titik.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?