...sekolah kehidupan..

Wednesday, August 25, 2010

senang macam ni

Mula-mula saya sudah tulis separuh cerita. Hish~ macam tidak sesuai membikin satu cerita yang terlalu jiwa-jiwa. Saya tidak berapa suka. Macam tidak sesuai sungguh. Saya tidak berjiwa jiwang dan hati yang berbunga-bunga. Tidak reti membuat ayat sedap dan tidak reti juga membuat ayat berkerawang bagai. Terasa macam gatal sungguh. HaHa. Titik cepat-cepat disini.

[minta maaf kepada siapa-siapa yang terasa ya. Lillah saya tidak bermaksud mengutuk apakah]

Saya mahu berkongsi sesuatu dengan anda. Mari kita cuba ini. Resepi emak-emak. Rela saya menulis begini daripada berjiwa kerawang.

Saya petang semalam memasak ini. siapa yang suka chees..boleh cuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  1. Kulit popia
  2. Pisang
  3. Chees. [siap. Itu saja. Mudah dan ringkas. Tapi sedap.]

Pisang tu..belah dua atau tiga. Ikut selera anda. Jika ia besar dan tebal. Belah lah tiga. [saya suka pisang ini. isi dia sedap. Gebu. dan manis. yang pasti ini bukan pisang emas okay. entah. saya main teka saja. Saya tidak tahu nama pisang ini]

Kemudian.

Balutkan pisang dengan chess. Lepas itu last sekali, balutkan dengan kulit popia. Kemudian goreng. HaHa. Siap. Sedap. Dan saya suka dengan cairan chees di dalam balutan kulit popia bersama pisang itu.


Lihat. Nampak macam popia. Tapi ia bukan lah popia. Ia adalah pisang bersalut chees dalam kulit popia. HaHa. Ini satu penyamaran bukan? Untuk anak-anak yang tidak suka pisang. Ini lah gimik politik ibu. [HaHa. Belum pun jadi ibu saya ini. ceh! Pandai berpolitik pulak. ]

Jangan lah goreng terlalu awal. Masa nak makan baru goreng. Baru chees sedang mencair. I Like.

Hey. Goreng dengan api yang perlahan okay?

Sila lah cuba.

p/s: kadang-kadang kita kena masak sesuatu yang sangat ringkas. Tapi sedap. Dan kena ubah selera.

3 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

ohhhhhh cikgu..sy mesti cuba ini!!! thanks sudi kongsi resepi :) tapi pisang apa yg sesuai ek?? huuu

Acik As said...

resepi yang mudah!!! dan menarik..nak cuba juga...

pensil iman said...

yuyun: yuyun..sy pun xtaw apa pisang yg sesuai..tp, yuyun g je cari pisang yg mcm dlm gmbrajah..aha..sy suka sj cuba2..macam best juga..

as: selamat mencuba...dan jgn buat byk2 dulu..cuba buat sikit jek dulu..da mkn, kalo suka..bru boleh buat lg..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?