Saya memang dalam kumpulan kuat makan. Bukan makan yang tidak kira masa okay? Saya memang jenis makan. Makan yang tidak memilih. Saya boleh saja.Tapi tidak makan dalam kuantiti banyak. Cuma kerap. Tapi, bila kena sumbat juga makanan dalam perut secara banyak. saya jadi kenyang yang tidak lawak-lawak. Serius tidak lawak. [bila di rumah sewa. Yang ada Cuma saya dan kawan serumah saja] maka dengan itu, di bulan puasa, makanan jadi melambak. Masak untuk berdua jadi berlebih-lebih. Terpaksa hantar dan bagi pada kawan-kawan saya yang lain. Tidak apa. Sedekah.
Saya makan memang jarang bertambah. Jika nasik di letak dalam pinggan, satu pinggan itu sahaja. Titik. Memang kenyang dan tidak bertambah lagi. Banyak itulah saya makan. Itu di rumah.
Di rumah sewa. Tidak boleh begitu. Ada peraturan. Peraturan di rumah sewa saya senang saja. Oleh sebab saya tinggal dengan kawan serumah. Kami berdua saja. Maka makanan memang di bahagi dua untuk elak membazir dan berdosa pada makanan secara banyak. Kawan serumah saya buat peraturan.
Kami masak nasik cuma satu pot kecil. Dalam periuk eletrik yang saiz paling kecil. Bila sudah siap masak. Nasik tu kawan saya sudah bahagi siap-siap. Sebab kalau tidak buat macam itu, masing-masing akan menolak untuk habiskan dia. HaHa.
Memang kawan saya divide the nasik. Bahagi di tengah-tengah. Memang gelak kalau orang tengok. Tapi itulah kawan saya. Sebab tidak mahu membazir. Kena habiskan juga bahagian masing-masing.
Konsep dia senang: siapa tidak habis makan, dia berdosa. HaHa. [ya. kami patuh]
Pernah saya dan kawan serumah pergi pasar. Kami beli ikan. Kami mahu beli empat ekor sahaja. Tidak mahu lebih. Serius tidak mahu. [sebab lusa sudah mahu balik kampung..jadi kami mahu beli untuk satu malam sahaja. Seorang dua ekor sudah..jadi tidak mahu lebih. Nanti tidak habis makan. Serius tidak habis makan.]
Sampai di tempat ikan. Kami tuju kepada sorang penjual. Oleh sebab ikan dia menarik. Saya pun pilih. Saya pilih empat ekor ikan yang saya dan kawan lihat sehat-sehat dan sedang-sedang saja besarnya. Mata tidak merah. Lepas itu, penjual itu timbang. Dia tambah lagi satu ekor ikan.
Saya dan kawan punya lah tidak mahu. Serentak berkata: "jangaaaaaannn tambaaahhh...hu"
Pakcik penjual itu terkesima. Dia terdiam. Dia tambah juga lagi satu ekor. Sebab ikan kami tidak sampai berat yang dia mahu. Nak kira harga ikan pun susah. Jadi dia genapkan. Kami diam saja lepas itu.
Dalam hati pakcik penjual ikan itu mesti macam ini:
"apa hal budak dua orang ini sangat kedekut. Ingat nak kena tambah duit lebih ke. Aku Cuma nak genapkan pengiraan timbang ni..senang nak kira harga.ceh! berkira sungguh."
Dalam hati saya dan kawan serumah macam ini pulak:
"alamak..pakcik ini tambah lagi satu ekor..siapa nak makan yang seekor itu. Orang nak beli cukup-cukup saja"
Kami bayar harga ikan. Pakcik jual ikan buat muka ketat. RM 2 saja harganya.
Kawan saya kata: "tidak apa, ikan itu kita bahagi dua" . HaHa
[lihat? Sungguh tidak mahu makan. Sebab kenyang sungguh. Bila masak, makan dan mahu makan sekali saja. Tidak mahu lebih. Nanti membazir. Jika ada macam lebih-lebih terasa sangat beban. Serius]
Selalunya lah kan. Macam ini situasi nya:
Katakan lah membeli chees. Satu chees ada dua belas keping okay. jadi setiap seorang perlu habiskan sorang enam keping. Ya Allah. Sungguh bercinta mahu habiskan. Jika kawan serumah saya sudah habiskan bahagian dia. Saya rasa sungguh terancam. AHHHH..tensyen dowh! Sebab saya belum habiskan makanan saya. Rasa perut sangat tersiksa mahu menyumbat makanan itu.
Bila makan secara berjemaah saya suka. Kita pun jadi selera sebab makan sambil-sambil berborak. Dan tidak terasa makan seorang.
Tapi, bila buka peti sejuk, lihat ada lagi.
Kawan serumah akan cakap begini: "itu bahagian ain okay, bahagian najat sudah habiskan..HaHa.."
Saya rasa sungguh ..Oh..banyak lagi..tidak larat habis. Seperti biasa: siapa tidak habis makanan, dia berdosa dengan Tuhan.
[lihat? Sangat payah mahu habiskan makanan.]
Di masjid. Bulan puasa ini. apabila berbuka puasa di masjid. Saya dan kawan serumah sudah ada banyak konflik dalam kepala hotak. Konflik makanan banyak...Makcik-makcik di masjid mesti begini:
"cikgu..ini sekejap lagi bawak balik ye..sudah tapau..
'cikgu..nanti sahur tidak payah masak dah..ini makanan lebih banyak..tapau..tapau..
"cikgu..ini nasik..sudah tapau.." [mak aih..banyak tahu tak?? Serius banyak. Kami tinggal dua orang saja]
"cikgu..ini ayam..ikan...kueh..sudah bungkus dah..nanti lepas teraweh..ambil ya..
"cikgu...kari ni mahu tak..? mari akak bungkuskan...[saya dan kawan..masing-masing berpandangan...dalam kepala masing-masing...jenuh kita ..jenuh..jenuh..]
Kadang-kadang tidak larat nak menolak..[kalau menolak secara sungguh-sungguh. Akan mengkecikkan hati orang tua. Kena bermasyarakat juga. Kalau menolak tidak mahu makanan yang di tapau khas untuk cikgu, orang kata kita sombong tidak makan makanan sebarangan pulak.
Jadi kena macamana? Kena redha. Kena tawadduk. Kena ambik jugak...tahu? serius kena ambik..tidak boleh buat bodoh tidak mahu ambil..kena jadi dewasa okay..jadi gaya emak-emak juga..kena ambil. titik]
Sampai waktu sahur. Tengok makanan itu. Cuba juga makan. Kemudian arwah. [buang. Berdosa lagi] ya lah. Siapa yang boleh makan dengan bersungguh sekali waktu sahur. Saya tidak boleh. Saya makan tiada selera sangat. Sikit-sikit saja. Tidak boleh bersungguh dengan makanan berat waktu sahur. Tekak tak ready.
Tapi. Satu kali itu kami sudah cerdik. Bila makcik dan tok-tok di surau tapau makanan dengan banyak sekali masa jamuan. Kami ambil saja. Bantah sikit-sikit saja. Tidak lah menolak secara banyak
Kemudian, bila sampai di rumah lepas teraweh. Kami toleh kiri dan kanan. Takut ada jemaah masjid di belakang. [bukan apa..nanti cakap: "cikgu ni..orang kasi kat dia..dia pergi kasi dekat oranglain pulak..HaHa..bukan kah ada sedikit perasaan tidak enak disitu?"]
Tengok line okay saja, Kami sedekahkan makanan pada jiran depan rumah. Seorang makcik juga. Dia tidak ke masjid. Jadi tidak apa lah. HaHa. Bukankah sudah tidak berdosa. Tidak membazir. Dan tidak lagi bertolak-tolak siapakah yang mahu habiskan makanan itu.
p/s: rezeki Tuhan bagi. Sungguh banyak. Kita saja kadang-kadang membazir sungguh. Tidak payah tengok banyak. tengok biskut dalam plastik tu. tak buka pun lagi. sudah setahun tidak terusik. alih-alih buang. expired date dah. tengok kueh pulak..puasa-puasa ni..belambak. dok dalam peti sejuk sampai keras kejung. alih-alih buang. hu..MEMBAZIR..malas nak senarai..banyak sangat..

0 comments :
Post a Comment