...sekolah kehidupan..

Sunday, August 22, 2010

Hai anak: ini bukan main-main

Ini entri sungguh panjang. Tidak apa jika penat anda membaca. Tidak membaca pun tidak apa. Saya tidak suruh dan tidak juga minta baca. Ini hal saya saja.

Dulu saya jadi budak sekolah

Masa saya di tadika islam. Ustazah ada satu orang. Yang saya ingat ustazah tidak pernah beleter banyak. Cuma melarang itu dan ini. iyalah, zaman kanak-kanak kecik mesti lasak sikit. Seronok belajar dengan ustazah itu. Satu nama Ustazah Salmah.

Ada satu lagi kami panggil Maklang. Maklang tidak lah ustazah. Tapi sebagai penyedia makanan untuk kami dan membantu ustazah Salmah. Masa kecik-kecik bukan banyak pun menyusahkan cikgu. Hati pun masa itu sungguh terang terima ilmu. Sampai ilmu yang ustazah Salmah bagi masih saya ingat sampai sekarang ini lah.

Masa sekolah rendah pulak. Saya ingat cikgu marah jugak. Bila ada kawan tidak siap kerja sekolah. Saya ingat semua cikgu saya. Cikgu Baharuddin cikgu kelas saya masa saya darjah satu. Kelas saya satu merah. Dia cikgu bahasa Inggeris saya dari saya darjah satu sampai darjah enam. Cikgu aziz, cikgu Khalid, ustaz man, cikgu sahran..ah mahu senarai satu persatu memang banyak. Jadi. Berhenti senarai nama okay?

Saya mahu menulis tentang lain.

Masa sekolah menengah pulak memang cikgu sentiasa bercakap dan bercakap. Di perhimpunan pun bercakap jugak. Di dalam kelas. Mana-mana sajalah. Tentang tanggungjawab belajar sudah semestinya. Iyalah. Zaman ni zaman budak tengah membesar. Banyak sungguh pantang larang, nasihat, teguran, sindiran, leteran yang cikgu bagi. Siapa yang buat masalah lagi lah terasa. Siapa yang tidak buat salah pun turut terima juga nasihat cikgu. Semua untuk kebaikan jugak.

Sekarang saya jadi cikgu pulak

Hari ini saya sudah jadi cikgu. Rupa-rupanya begini. Menjadi cikgu tidak boleh lari dari melakukan senaman suara dan mulut. Atau maksud yang sedap sikit ialah memberi nasihat. Lebih mudah dan senang lagi kena dengan maksud pada pelajar ialah "beleter". Kadang-kadang jadi marah berapi. Kadang-kadang cool saja.

Hari ini saya kecewa sikit. Sikit sajalah. Dengan pelajar tingkatan tiga itu. Saya pun bagi lah se das dua. Buah nasihat itu saya simpul padu-padu. Lontar kena betul-betul dahi pelajar saya. Semua dok diam.

[saya sudah selesai dah rait paper percubaan PMR bagi matapelajaran sejarah] ya lah saya ajar matapelajaran itu.

[keputusan yang saya dapat tidak lah saya seronok sangat. Tapi sebenarnya hati saya puas sedikit. Cuma di depan pelajar saya kata saya sungguh kecewa. "sungguh kecewa okay??" ada perkataan sungguh disitu. Sebenarnya cuma kecewa. Tidaklah sungguh-sungguh. Pelajar ini kelas corot akademik juga. Target mereka ini cuma lulus. Dan lulus lah mereka ini, sudah capai target. Cuma saya nak lebih sedikit lagi usaha. Itu saja.

Bukan senang nak bagi pelajar yang dulunya semua gagal ini jadi lulus. Daripada tidak lulus dan tidak minat. Saya sudah buat pelajar saya jadi lulus dan ada minat. Dua tiga orang saja tidak lulus. Saya kecewa ada dua tiga pelajar yang saya aim tidak dapat macam saya nak. ]

Bila tadi sedang bincang soalan peperiksaan dan buat pembetulan. Pelajar saya tidak serius. Main-main. Sembang-sembang. Saya naik hot sikit. Tapi tidak tunjuk. Saya dok diam. Perhati muka satu persatu. Bila lama saya macam itu. Pelajar saya pun diam juga. [sudah tahu saya mungkin naik angin: sudah ada arahan dari ketua kelas: "wei..diam lah!"] reti pulak dok diam bila saya diam.

Diam. Sepi. Semua diam.

Saya bagi satu ayat:

"kamu tidak kesian kan ibu dan ayah" titik.

Satu lagi ayat:

"Belajar pun main-main saja"

Satu lagi ayat lepas itu;

"lihat lah keputusan kamu ini" [saya tidak boleh berhenti lagi. Dan terus bercakap juga.]

Dan mula bagi ber ayat-ayat:

"Saya percaya. Dalam poket masing-masing bawa duit belanja tidak kurang dari lima ringgit dan keatas. Ibu dan ayah pagi-pagi kasi duit belanja. Duit topup telefon tiga puluh ringgit pun tidak apa. Tidak rasa susah mahu minta pada orangtua. Setiap seorang ada telefon. Sebab kamu senang sangat lah tidak ada rasa bersyukur dalam hati. Datang sekolah hati sudah tidak terang. Tidak tahu makan apalah. Ilmu susah sangat nak masuk kepala hotak" [ayat padu. Hambik.."hotak" sudah saya bagi.]

"5 Oktober ini sudah PMR. Sekarang bukan masa main-main. Bukan masa juga untuk ponteng kelas dan sekolah. Bukan masa untuk main-main macam ini. Habis saja percubaan PMR, tidak datang sekolah. Sungguh trendy lah pada kamu. Sebenarnya merugikan saja. Waktu singkat ini semua cikgu sudah sedia bahan yang sehabis baik untuk PMR awak semua." [ayat yang saya bagi sudah macam kem motivasi-berapi sikit walaupun suara saya sedang selesema dan sakit tekak]

[kan saya sudah kata. sudah menjadi ber ayat-ayat dah. jadi cikgu memang gaya macam ini. tidak ada gaya lain dah. gaya cakap. cakap tu semua akademik. tidak ada yang lain. kalau dalam adik beradik saya saja. sudah ada tiga orang cikgu. bila jumpa. tidak ada topik lain. hal budak sekolah. hal kerja cikgu. hal sekolah sajalah. HuHu.]
Semua diam. Ada yang dok renung ke depan. Macam fikir saja. [saya percaya sekejap saja insaf tu atau entahlah..malas cakap.]

"Lihat lah keputusan kamu. Macam taik."

Loceng bunyi. Habis waktu saya. Saya keluar.

Di hujung pintu: ada suara pelajar saya.

"maafkan kami cikgu"

Saya buat bodoh saja. Berlalu naik ke bilik guru. Bukan marah. Saya tidak lah marah. Cuma tidak mahu mereka cepat puas hati. Daripada mereka tidak pernah ada sesuatu sehingga ke mereka punya sesuatu. Adalah satu kebanggaan mereka juga. Tidak pernah lulus menjadi lulus. Mereka suka juga. Ada senyum di bibir bila saya umumkan markah seorang seorang. Dan ada riak suka dan bangga bila saya puji dia punya markah tertinggi.

[Cuma sikit saja kecewa sebab ada pelajar saya tidak reti hargai peluang. Tidak reti hargai bahan pengajaran yang saya sudah sedia itu. Tidak reti juga hargai masa dan hargai usaha cikgu- saya kena macamana bagi pelajar ini sedar. Saya habis fikir juga. Iyalah latarbelakang keluarga masing-masing tidaklah sama.]

Saya tiba-tiba sungguh sedar, mengajar pelajar sekolah yang bukan cemerlang akademik sangat terasa. Saya perlu berbuat sesuatu. Kudrat saya ini adalah untuk menjadikan: from zero to be hero. Jika tidak semua, mahu lah saya tarik seorang dua. Supaya puas juga hati saya bila mahu bertukar sekolah nanti.

Saya tidak lah mengajar pelajar di sekolah asrama penuh atau sekolah tinggi atau apakah. Saya mengajar sekolah menengah kebangsaan biasa-biasa saja.Tidaklah sekolah apakah yang bagus-bagus lainnya. Yang sudah terdidik akhlak dan akademik terbukti cemerlang. Ini pelajar yang biasa-biasa saja kebolehannya. Mahu menggilap dia, seperti menggilap batu menjadi permata.

p/s: Ini lah cabaran hidup saya. Dan ini juga lah manisnya hidup saya. Dan inilah jalan yang memang saya mahu. Dan menjadi seperti ini lah yang memang saya rela. Bermula usia dari dalam kandungan ibu saya lihat ibu dan ayah saya mengajar anak didik mereka. Saya pun mahu jadi seperti itu. Mengajar orang dari buta huruf kepada celik huruf.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?