...sekolah kehidupan..

Sunday, August 15, 2010

Berdosa

Saya sudah siap masak untuk berbuka. Mudah dan ringkas sahaja menu saya. Ikan cencaru sumbat, sup sayur dan sedikit ulam. Selebihnya adalah buah. Titik. Petang ini tidak ada kueh sebab saya sedang hukum diri sendiri atas kesalahan saya.

Mari. Saya tulis tentang ini. sebab saya sudah berdosa pada makanan semalam, hari ini saya tidak mahu ada juadah kueh. Ukur makanan dengan perut saya sajalah. Okay? Jangan banyak-banyak.

Semalam. Saya sungguh berdosa pada makanan. Berdosa pada makanan sama lah maknanya dengan membazir. Serius. Saya membazir. Dan serius juga saya tidak sukakan pulut secara banyak. [eceh~ kenapa pulut pulak yang jadi watak utama dalam entri ini? hu..]

Beginilah: saya membuat kesimpulan saja. Saya masak pulut sebab kawan sekolah saya sudah mentalipon saya. Dari saya atas feri lagi beliau itu sudah mentalipon bagitahu saya suruh masak pulut bila sampai ke rumah. Mahu hantar durian ke rumah saya sedikit. Dan saya masakkan pulut untuk dia dan kawannya.

Hey...saya lupa, encik ayah saya juga kirimkan durian untuk saya juga masa saya mahu balik ke langkawi semalam. Jadi campur tolak durian yang encik ayah suruh bawak balik dengan kawan bagi, maka durian sudah jadi penuh Tupperware dah.

Saya petang semalam berbuka dengan nasik kerabu. Saya makan kueh rahsia juga. [sila klik kueh rahsia].Kawan serumah berbuka dengan nasik lemak. Tiada siapa makan pulut masa berbuka. Kemudian, kawan serumah makan pulut selepas isyak.

Saya??? Tidak makan pun. Kawan serumah sudah tinggal untuk bahagian saya. Ada sedikit baki saja lepas bagi dengan kawan sekolah yang request pulut itu. Lepas itu..sampai siang ini pulut itu masih ada. Tidak ada siapa makan. Saya kenyang. Serius kenyang. Titik. [tidak mahu ulas lagi. Saya berdosa sungguh. Selain pulut, ada lagi makanan lain saya buang.]

Ini..kalau encik ayah tahu..mesti kena tegur. Kalau di rumah, sudah lama saya kena. Encik ayah tidak pernah pun ajar membazir. Saya??

Jika sedang basuh beras, ada beras jatuh-jatuh di dalam sinki..ayah kata tidak hati-hati..dan lagi lah kena tegur jika masak nasik..kemudian nasik tidak habis makan..bersisa banyak dalam periuk..sudahnya dibuang..ayah kata masak banyak sangat..tidak ukur dengan kita yang ada..dan masa kecik-kecik..kalau makan nasik tumpah-tumpah..ayah kata tidak tertib..kena tegur juga..

Paling saya ingat ayah kata:

"dalam butir-butir beras dan nasik yang jatuh, ada yang berkat. Jadi, janganlah biar yang berkat itu hilang begitu saja"

Hu..iya..baiklah. Saya sudah salah.

Jadi hari ini, saya tidak mahu berdosa lagi dah. Cukup semalam. Semalam, saya berdosa pada pulut, kemudian berdosa pada daging masak kunyit, kemudian berdosa pada jus kurma, dan berdosa juga pada perut. Dah kenyang..nak sumbat lagi..memanglah tak bolehlah.

p/s: saya ambik keputusan untuk masak saja. Sebab bila masak, saya dan kawan serumah makan. Bila kita beli di bazar, belum tentu sedap. Kemudian buang saja. Kemudian, jus dia..ya Allah..manis sungguh-sungguh. Sebab tu saya buang. Kuih rahsia saja saya tidak buang. Saya makan masa sahur. Sebab saya sayang. Masa sahur pun perut dok kenyang lagi. Sumbat juga lah, sayang punya pasal.

Lagi satu, sebab semalam baru sampai ke tempat saya bertugas. Jadi mana sempat saya masak. Sampai pun sudah petang. Jadi ambik keputusan untuk beli saja. Alih-alih: membazir. Nak salahkan syaitan, beliau sudah di tambat pulak. Hu..

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?