...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 24, 2010

Teringat

Saya lihat Maryam Aalya. Sudah lama. Lihat sikap Maryam saya nampak diri saya masa di tingkatan empat dan lima. Tidak tahulah kenapa. Maryam Aalya adalah pelajar saya. Dia sekarang tingkatan empat. Saya ajar dia matapelajaran Sejarah.

Maryam pelajar saya yang hitam manis. Kulitnya betul-betul hitam manis. Tidak putih cerah atau sawo matang. Dia tidaklah jelita. Tidak pula cantik sungguh. Dia manis pada saya. Maryam Aalya. Saya panggil dia Maryam sahaja. Sedap nama Maryam Aalya. Kalau saya panggil dengan panggilan Aalya rasa macam tidak kena dengan tuan pulak. Aalya pada mata saya mestilah seorang yang putih. Tidak hitam manis.

Maryam budak yang bersopan dengan guru. Maryam budak yang terang hati belajar dan tidak bercampur sangat dengan pelajar lelaki. Kulit maryam licin. Tidak ada jerawat pun. Walaupun hitam manis, nampak sungguh kena. Tidak ada jerawat pulak. Mata Maryam tidak bulat. Mata saya bulat. Sungguh pun dia berwajah tidak kurus sangat. Dia rendah sedang-sedang saja. Dia rajin bertanya saya macam-macam hal.

Maryam tempat duduknya di dalam kelas adalah di depan sekali di ruang tengah. Bila saya mengajar. Saya tidak duduk di tempat saya. Saya memang berdiri sehingga habis pengajaran dan pembelajaran. Berdiri di hadapan betul-betul hadapan meja Maryam. Dan sekali sekala berjalan tawaf kelas khususnya sewaktu membuat latihan pengukuhan atau apa.

Di dalam kelas, berada di hadapan memang beruntung. Ilmu yang cikgu sampaikan dalam kelas telah sampai untuk barisan hadapan dahulu berbanding duduk di barisan paling belakang atau tengah atau barisan ke dua atau ke berapa.

Tengok Maryam, teringat masa sekolah. Tempat hadapan itu tempat saya juga masa sekolah. Jika dalam peperiksaan masa pengajian diploma saya dahulu pun, saya suka di hadapan sekali supaya saya tidak nampak oranglain menjawab. Di depan saya Cuma dinding. Senang. Masa pengajian Ijazah pulak, tidak boleh ada di hadapan masa peperiksaan dan kelas. Ramai sangat pelajar. Duduk dan jawab peperiksaan ikut kelas dan duduk di mana ikut nombor pendaftaran sajalah.

Maryam suka sungguh bertanya saya isu macam-macam. Selalu bila saya selesai mengajar dan bercerita. Saya memberi contoh apa-apakah dan selanjutnya bercerita sesuatu di luar topik pengajaran saya. Dia pasti tanya. Satu ketika saya sentuh tentang negara haram Yahudi. Saja-saja menambah pengetahuan am pelajar saya. Bila semua sudah selesai. Pengajaran dan pembelajaran [P&P] di waktu akhir. Pelajar sudah siap untuk balik, Maryam masih di tempat duduk. Memerhati saya. Dia tanya saya: "cikgu, Israel itu semua jahat kah?"

Saya diam dan jawab: "Maryam, tidak semua Yahudi itu jahat. Macam kita juga. Ada yang baik dan ada yang jahat. Jika mereka bertaubat. Tuhan pasti terima juga."

"Tapi, yahudi itu adalah satu-satu bangsa yang dijanjikan Tuhan untuk menduduki neraka paling bawah sekali apabila kiamat kelak"

"sebab apakah?" saya tanya Maryam semula: Maryam diam saja. Dia senyum-senyum. Dia tidak tahu.

"Bangsa Israel itu bangsa yang sungguh sombong di dunia. Walaupun dia tahu dia silap atau apakah. Dia tetap mengatakan dia betul saja. Selalu membuat kerosakan di bumi"

"Dia bangsa yang degil dan menulis kitab sendiri dan mengatakan itu kitab dari Allah"

"Dia bangsa yang membunuh nabi-nabi Allah. Tidak akan mentaati nabi jika bukan dari golongan bangsa Yahudi. Memarahi Tuhan pula kerana nabi bukan dari golongan mereka sendiri"

"Dia juga bangsa yang nengatakan tidak akan beriman sekiranya belum melihat Allah sendiri. Bangsa yang degil sungguh-sungguh"

Bla..bla.bla..

"Mari. Tengok balik sejarah nabi. Apa yang yahudi sudah buat sampai Tuhan dalam Al Quran pun sudah bagitahu bangsa Israel itu jahat sungguh dan neraka sudah dijanjikan."

Maryam bacakan ini. saya bagi bahan am saya kepada dia. Titik. [saya bukan mahu cerita tentang Yahudi. Saya juga bukan menagajar tasawur atau pendidikan Islam okay. Cuma cerita itu menarik minat Maryam. Sangat dia mahu kaji. Sampai berminggu juga dia asyik bertanya itu ini tentang Yahudi sahaja. Itulah Maryam. pelajar saya]

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Maryam rajin. Maryam suka belajar. Lihat Maryam, saya senang hati. Dia pengawas perpustakaan. Saya dulu pengawas sekolah. Maryam tidak tinggi. Saya tinggi. Dia badan sedang-sedang dan kelihatan chubby juga. Saya kurus. Dia chubby yang terkawal. Tidaklah montel. Pipi saja nampak bulat sikit. iHi..=)

Maryam tidak pernah ponteng sekolah suka-suka. Demam sangat baru tidak datang. Nota kemas. Dan suka membaca. Macam saya juga. Hari ini saya nampak dia. Masa lalu di kelas dia menuju ke tingkatan empat akaun. Dia senyum saja. Sedang duduk di tempat dia menunggu kertas soalan di edar guru. Saya buat tanda "good" dengan jari. Wish dia luck untuk peperiksaan yang akan di jawab itu. Dia senyum. Nampak pipi dia naik sikit.

Maryam. Sesuai sungguh nama itu dengan dia. Mungkin sebab kulitnya hitam manis. Bukan hitam manis peringkat satu. Ini Maryam sudah hitam manis peringkat dua. [ada peringkat-peringkat tuh..HaHa. maknanya gelap juga sikit]Tidak lah cerah. HaHa. Macam saya juga.

[encik tunang kata saya coklat bila dia mula menyakat saya. Bila dia mahu pilih baju pengantin untuk kenduri bagi pihak lelaki, saya kata tolong pilih warna yang sesuai dengan kulit saya. Jangan lah nanti saya jadi keling pulak sebab saya kata saya gelap. Dia kata saya tidak lah gelap. Kulit macam dia juga. Hey, tidaklah. Encik tunang kategori lelaki cerah juga pada saya. Saya gelap sedikit. Tapi dia tidak percaya. Tetap juga kata kulit dia dan saya sama saja warnanya. Saya kalah selalu. ]

Tentang Maryam. Tidak tahulah kenapa masa saya tengok senarai nama, dan terpandang nama Maryam Aalya sebelum saya kenal dia dan masuk mengajar awal-awal dulu di dalam kelas dia. Saya sudah membayangkan orangnya hitam manis dan rendah yang sedang-sedang. Tidak lah gemuk sangat. Tidaklah kurus. Ya. Itu lah Maryam. Dan tidak sesuai di panggil Aalya. HaHa.

1 comments :

maryam said...

hahaha...ya ka cikgu,x sangka la pulak..hehe..anyway maryam appreciate it..tthks a sbb cikgu dh 2lis smthing bout me kt blong cg..miss u la pn.nazrina..dont u ever frrget me eh..hehe..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?