...sekolah kehidupan..

Sunday, August 8, 2010

Anak

Sayonara..sayonara...

Masa kecik di sekolah rendah menyanyi lagu ini..masa darjah empat jika tidak silap saya..cikgu suruh menyanyi ramai-ramai untuk guru besar saya yang bersara..Guru Besar Abu Bakar

"Bertemu dan berpisah..

Adat manusia biasa..

Hilang di mata tapi di hati tidak lupa..

Berdoa lah kita..agar aman dan sentosa.."

Hari ini Pengetua sekolah tempat saya bertugas bersara pula.. Pengetua Teh Cheng Chye. Berjiwa besar yang saya kagum juga dalam diam.

Tidak menyanyi lagu itu. Tapi pengetua yang mempersembahkan lagu buat anak-anak murid sekolah saya.

Lagu oleh dia ini:

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Saya suka lirik ini dan lagu ini. Sesuai sungguh dengan anak-anak pelajar.

Di hampir-hampir hujung perkhidmatan pun masih berkhidmat dengan bersungguh juga. Biar di hujung khidmat tetap menjadi wangi sampai akhir. Ya. Itu lah dia. Pengetua sekolah saya. Dirgahayu Encik Teh Cheng Chye.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?