...sekolah kehidupan..

Wednesday, August 4, 2010

Mercun

Mana budak-budak kecik itu dapat mercun? Belum pun puasa bermula. Awal Ramadan baru nak datang. Raya pun lagi lama lagi. Tapi budak-budak kecik itu [saya agak baru umur tadika atau darjah satu] sedang main mercun.

Tadi, masa balik dari sekolah. Saya balik agak lewat sebab saya ajarkan anak murid saya yang soerang itu matematik di perpustakaan. Jam tiga saya balik seorang. Teman serumah saya sudah balik dulu lepas sekolah. Dalam perjalanan balik, di belakang sekolah saya. Pintu pagar belakang..ada sekumpulan budak kecik..sedang main mercun. Di tangan masing-masing ada pemetik api. Dari jauh memang saya nampak budak-budak kecik itu empat hingga lima orang. Saya lalu di situ. Bunyi mercun meletup-letup.

Saya tanya: "mana dapat mercun ni?"

1 budak kecik: "di rumah dia cikgu" [sambil tunjuk kawan dia yang budak kecik jugak..sedang petik-petik pemetik api nak nyalakan api pada mercun]

Saya nak lalu. [sebenanrnya saya cukup takut dengan mercun. Serius. Biarpun mercun tak bahaya atau bahaya. Mercun bawang ke apakah] tapi tadi..saya tengok bukan mercun bawang letup-letup tuh..panjang...dan budak-budak nyalakan api dan meletup.

Walaupun budak-budak tu budak kecik, tapi reti bahasa.

Sorang daripada budak kecik itu kata: "hey...jangan nyalakan dulu..cikgu nak lalu lah..apalah..nanti meletup..kena cikgu..tunggu!"

Budak kecik yang mercun datang dari rumah dia itu macam terberhenti. Sengih-sengih. Tapi tangan masih dok petik-petik pemetik api.

Saya lalu. Dia nak nyalakan juga. Tapi tidak berjaya sebab angin kuat jugak masa itu. Saya lega banyak. [budak-budak ni..tak tahu kah aku ni penakut mercun..]

Lepas saya lalu saja: mercun meletup! Fuh..lega saya. Terkejut jugak sedikit.

Sebenarnya saya takut kan mercun itu. Dia akan menyala lepas itu akan meletup. Saya selalu fikir yang buruk-buruk saja.

[saya bayangkan mercun itu terpelanting atas kepala saya..atau terpelanting kena muka..kena mata saya kah..huhuhu..tidakkkkkkkkkkk!!] saya takut itu. Melecur saya nanti.

Tengahari rembang.

Saya tidak pula tahu macamana budak-budak kecik ini terlepas main mercun di bahagian belakang padang sekolah. Sekitar jam tiga petang. Mak bapak mesti tak tahu yang di tangan budak-budak tu ada pemetik api sorang satu. Main apakah?? Macam-macam boleh. Api masa kecik jadi kawan. Dan mercun..boleh juga buat jari hilang. Atau buat jadi buta juga.

Saya tidak ganas langsung. Mercun tidak mahu main. Dari kecik sampai besar. Bunga api tidak apa. Masa kecik yang suka main mercun adalah kakak saya yang atas dari saya seorang itu dan adik lelaki saya saja. Lepas itu bapa saudara saya pun suka. Main meriam buluh buatan sendiri. Saya tidak join. Saya tengok saja dari jauh. Dan saya juga tidak lasak.

Saya tidak suka camping atau mendaki gunung atau apakah. Saya cuma suka olahraga saja masa sekolah. Acara lari saya suka. Sebab saya olahragawati jugak. Sekarang sudah dewasa. Semuanya sudah tidak lagi. Saya fikir, budak-budak kecik itu sungguh berani. Berani daripada saya.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?