...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 17, 2010

Haish~ sungguh geram

Haish~ sungguh geram sekali dan berkali-kali lah saya. Mari dengarkan ini. Masa cari barang yang kita mahu, memang lah tidak berjumpa. Selalu. Masa kita tengah terketar-ketar mahukan barang itu. Sungguh tidak berjumpa lah. Rasa macam tak cukup tangan dan kaki melawat tempat barang yang hilang itu.

Tidak sekali. Tapi banyak kali. Kena pulak masa sudah suntuk-suntuk. Masa nak guna pulak waktu pagi-pagi masa nak pergi kerja selalunya. Sudahlah lewat. Lepas itu cari barang pulak tidak jumpa. Masa itu rasa sungguh hot dan kelamkabut.

[saya selalu fikir kenapa perlu ada perkataan "kelam" kemudian "kabut": kelam dan kabut. Fikir satu-satu memang tak jumpa jawapan. Kelam? Kelam bererti malam..gelap.. Kabut?? Bererti apakah itu?kabus? kabur? Terkocoh-kocoh kot ek?? kalau kita buat ayat bagi sedap.kalau ayat tidak sedap:tidak mahu guna perkataan "kelam kabut" guna lain lah..contoh ayat: pagi tadi, saya sungguh "gelap kocoh"..ahaha..gila.] siapa cipta perkataan canggih ini?

Pagi tadi, saya mencari satu benda. Jika tidak pakai rasa lain pulak. Habis satu almari saya godek. Saya cari petticoat saya. Hoi! Tiga helai mana letak ha??? Satu sudah basuh. Tinggal lagi dua. Lipat-lipat dalam almari. Saya ingat. Tapi cari tidak berjumpa. Masa sudah lah suntuk pulak. Geram seh!

Siap sudah bersiap. Sudah pakai baju segak-segak. Dok tunggu nak keluar ke tempat kerja saja. Cuma satu saja. My petticoat! Haish~

Almari itu habis saya godek. Habis baju selerak. Ha. Padan muka. Habis satu almari jadi berterabur. Ni ha, ada pun. Dok terlipat molek bawah lipatan bahagian seluar saya. Hish! Macamana dia boleh ada di bahagian seluar pulak dah.

Hurm..ini lah masa melipat tu tidak asing betul-betul. Saya lah yang buat kerja itu. Sudahnya cari tak jumpa. Kalau di rumah mesti sudah tanya puan emak. Macamlah puan emak semua tahu.

Tapi, masa kita tidak cari dan tidak mahu guna. Melambak-lambak pulak dia dok tayang kat kita. Seolah-olah berdialog begini:

"hey..hey..saya di sini lah"

Masa kita cari: memang tak ada. Kena punggah-punggah. Bertebar barang sana sini. Selerak almari. Baru nak ada.

Patut-patut masa tu: silalah menyahut. Sudah tahu tuan sedang cari. HuHu..

Tapi, kalau petticoat itu menyahut betul-betul. Saya pulak yang naik gerun. Tengah-tengah mencari muncul satu suara:

"Hai tuan..saya disini.."[nada garau] uhui..mesti pengsan sudah saya. Siapakah itu dalam almari saya??

Macam-macamlah. Titik.

p/s: mencari barang yang tidak tahu mana letak memang kadang-kadang buat saya jadi marah sungguh. Marah dalam hati. Sampai-sampai pernah satu kali, saya kena cool down sampai satu hari..pikirkan mana sudah letak...satu hari lagi..baru jumpa dia sedang di mana. Haish~

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?