...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 3, 2010

Naik tanduk

Saya mahu bagitahu suatu rahsia. Rahsialah sangat.. Saya mahu bagitahu sesuatu yang macam orang tidak faham. Yang faham cuma mungkin cikgu-cikgu seperti saya saja..

Sesuatu yang mahu saya tulis ini adalah kadang-kadang kita rasa sangat menyampah tak boleh blah tetapi kena hadapi juga. Tidak dapat tidak. Perlu hadapi. Ini adalah tentang psikologi juga. Trick memperlembutkan hati pelajar yang bebal.

Saya kadang-kadang naik tanduk dengan karenah pelajar seperti ini:

Attrack Attention [AA] : tarik perhatian

saya selalu guna istilah "AA" kepada pelajar seperti ini bila bercerita dengan kawan saya. [kawan saya yang bagi istilah ini. tak ada dalam buku pun.]

Pelajar macam ini selalunya sangat menyampahkan saya. Hey..sikit-sikit panggil cikgu..sikit-sikit panggil cikgu..haish~ geram seh! Sabar juga lah [tapi dalam hati sangat berbulu..] nak cikgu cakap dengan dia selalu..nak cikgu tegur dia selalu..dan dia akan buat perkara-perkara abnormal yang memang cikgu kena tegur dia..hishhh~

Pelajar yang macam ini mengada-ngada sungguh. Kadang-ladang tidak terlayan. Selalunya pelajar yang sangat nakal dalam kelas dan berada di kelas hujung-hujung. Selalu nakkan perhatian guru. Nak cikgu sayang dia sorang. Dia tidak pandai tapi dia nakal. Kategori ada masalah disiplin. Suka pujian dari guru.

Contoh nya kena cakap dia pandai atau rajin walaupun untuk benda remeh. Dia suka dan akan senyum lebar-lebar bila cikgu cakap dia bijak. Lepas itu, dia akan sungguh-sungguh buat kerja untuk menunjukkan dia bagus.

Sikit-sikit kerja akan panggil cikgu tengok dia buat. Sikit-sikit panggil dan tanya cikgu. Sikit-sikit akan tanya.."buat macam ini kah cikgu..?" "tulis macam ini kah cikgu?" walaupun cuma tulis hari dan tarikh atau cuma melakarkan garisan saja dalam buku hari itu.
Sehingga kadang-kadang benda yang ditanya itu menampakkan diri tidak cerdik. [minta maaf cakap. Tapi itu realiti]

Sila lihat situasi ini:
Saya edarkan buku latihan kepada pelajar

Dan saya sudah bagi arahan:

"okay pelajar..hari ini kita akan buat latihan bla..bla..bla.. sila ambil buku masing-masing"

Dan saya tulis di whiteboard seperti ini:

Selasa ..........................................................................................3 Ogos 2010

LATIHAN



Dan pelajar AA selalu akan macam ini. Macam tidak ada telinga dan tidak boleh fikir sikit. Dia akan tanya saya balik.

Pelajar AA: "cikgu..buat dalam buku nota ke cikgu?"

Saya: ????? [dalam hati: bukan kah tadi saya sudah edar buku latihan..dan sudah bagi arahan jelas..]

Saya: "hey..tadi cikgu cakap buat latihan dalam buku mana?" [saya sudah pun tulis di whiteboard "LATIHAN" tuh..apalah..]

Pelajar AA: "buku latihan"

Saya: [dalam hati: mereng! dan saya fikir..nota buat dalam buku nota lah..latihan buat dalam buku latihan..ada masalah kah itu? Payah ke nak faham??]

Pelajar yang macam ini selalu nya mengada-ngada sungguh. Saya sampai-sampai kadang-kadang sangat ..[entah..tidak mahu saya menghabiskan ayat itu..sebab letih bercakap]

Pelajar ini nak selalu cikgu puji dia. Lepas itu, kalau satu kali kita marah dia..mungkin sebab dia bising atau tidak buat kerja..dia akan memberontak. Macam marahkan kita balik. Ya lah..sebab dia malu kena marah. Yelah..dia nak kita puji dia saja. Jadi dia berontak sikit. Macam melawan-lawan balas apa yang kita cakap dengan perlahan.

[pada saya..walaupun dia baik dengan kita...tapi bila dia sedang melakukan kesalahan..kita sebagai cikgu kena tegur kesalahan dia juga..biarlah dia marah atau apa. Ceh!]

Jadi: pelajar macam ini senang saja nak pujuk dia. Lepas kita marah dia, dia merajuk. Jangan pujuk lagi. Buat tidak tahu sajalah..teruskan pengajaran dan pembelajaran.

Dan seketika dok tengah belajar atau buat latihan ke apa. Kita boleh berlakon dengan merujuk nama si polan yang AA itu..puji-pujian lah..tentang kerja dia bagus...walaupun tidaklah bagus mana... Ahahaha. [dah berapa kali saya bagitahu cikgu adalah pelakon hebat]

Macam ini:

Katakan kita sedang semak nota pelajar samada lengkap atau tidak lengkap..

Tup!

Terjumpa nota pelajar yang tidak lengkap...[mesti ada yang tidak lengkap kan...ahaha]

Kita ucap saja begini:

" nota awak ni tidak lengkap..cuba lihat nota kawan awak si polan tuh.."

"nota dia cikgu tengok sungguh lengkap..dan baik sekali untuk rujukan..dia tulis semua lengkap..nota siap lekat dengan kemas...bla..bla..cewah..puji abes-abes"

[ya lah..nota dia mesti lengkap sedikit saja dari kawannya sebab dia akan buat bagi siap untuk tarik perhatian kita..dia kan mahu nampak bagus..]

[saya cakap kuat-kuat untuk tarik perhatian semua pelajar..] biar semua mata lihat pada dia.

[hey..itu satu psikologi bagus: dalam teori Maslow..pujian memang perlu untuk semua orang. Apa lagi pelajar AA ini..sebab dia akan rasa seperti sedang kembang semangkuk dan bermangkuk-mangkuk..] mangkuk hayun~

Ahahaha...

Pelajar yang AA itu akan tersenyum-senyum dan berasa senang hati semula...ahaha..itu lah saya yang sedang cuba pancingkan mood dia supaya tidak memberontak dalam kelas.

Bila kawan pergi tempat dia dan pinjam nota dia. Dia selalu akan berasa dia sungguh hebat.

Pelajar AA selalu akan berasa dia bagus dan lebih dari orang. Saya rasa ah..sungguh tidak semenggah. Dia akan ucap.."eleh...yang tu pun tak reti..tengok saya ini..bla..bla..bla.."

[ya lah..saya puji dia melambung-lambung..]

..tapi..kadang-kadang saya hilang sabar juga. Macam tak larat nak bercakap banyak kali untuk benda yang sama..nak kena tahan jek..sampai-sampai saja di bilik guru lepas habis kelas: saya dok diam sekejap dan hurm........................................... [oh pelajar..kenapakah??]

Itu baru satu contoh situasi saja saya tulis. Lain-lain??? Saya memang tak boleh blah nak tulis.

p/s: kalau pelajar saya budak-budak tadika..saya tidak kisah..sebab budak-budak memang selalu kena pujuk dengan manis. tapi jika sudah besar dan jadi remaja besar..sudah sekolah menengah.kadang-kadang badan besar dan tinggi dari saya..nak kena saya pujuk macam itu..saya rasa lama-lama saya meletup juga.

Masa sedang menjalani Praktikum tidak mengapa menjadi baik-baik kerana saya belum di dunia sebenar guru. Lagipun kena lah buat bagus-bagus.. sekarang saya sudah guru. hari-hari mengadap 7 8 kelas dalam satu minggu. Berjumpa 2 hingga 3 ratus pelajar dalam kelas setiap minggu. saya pun sudah tidak boleh manja sangat lah. apalah!

1 comments :

Acik As said...

teringat belajar matematik....kami sekelas tak faham cikgu ajar...so kami cakap cikgu kami tak faham "macammana ini dapat hasil camni"...tapi cikgu lak tak faham kami bila dia kuatkan suara seolah-olah kami pekak....huhuhuu....last-last pergi tanya budak kelas lain nak faham..=P


iman dan ulam..begitu dasyat kah?