...sekolah kehidupan..

Saturday, July 31, 2010

Dia

Dia pelajar saya yang namanya aisyah. Sedap nama itu. Saya suka. Sebab kena dengan peribadi.

Dia pelajar saya yang saya tidak reti untuk marah. Tidak ada pasal untuk saya marah. Kerja sekolah siap. Akhlak pun bagus. Dan dia memang kasihan.

Saya ini baru pertama kali juga berjumpa ayah Aisyah semasa Hari Pelanggan sekolah saya. Waris datang tandatangan slip keputusan peperiksaan anak.

Ayah aisyah saya lihat sungguh bersemangat. Kerja kampung cuma tapi semangat itu yang bagus. Beri pendidikan wajar. Didikan dan akhlak yang baik-baik.

Pada Aisyah, saya menjadi kasih dan kasihan. Entahlah.

Dia ini ringan tulang. Jujur dan lurus pula. Aisyah suka sangat menolong cikgu. Tidak kira apa. Bersopan dan sangat menghormati guru. Semua guru saya rasa tidak pernah memarahi Aisyah saya. Jika kena marah, saya mungkin yang dulu akan memujuk dia dan menyemak kesalahan apakah? sebab saya guru kelas Aisyah.

Dia ini, saya menjadi mudah simpati. Latarbelakang keluarga yang biasa-biasa. Dia ini tidak sekali berucap keji. Bicaranya teratur. Tertib.

Rajin walaupun tidak pandai dan cemerlang. pada saya satu saja:

Tidak mengapalah Aisyah tidak pandai. Tapi Asiyah sangat bagus akhlak. Peribadi Aishah baik. Baik sangat. Cikgu sangat terharu setiap kali merenung muka dan mata anak ini. Ada sesuatu yang saya rasa kasihan. Dia memang anak yang kasihan. Tidak pandai..tapi sangat rajin. Tidak ada pasal saya mahu marah dan tegur seperti yang lain. Dia yang saya senangi. Sungguhpun tidak cemerlang akademik. Dia cemerlang akhlak.

"cikgu..Aisyah nak bayar yuran PIBG.."

"ya..boleh.." : saya keluarkan buku resit

"cikgu..Aisyah memang nak bayar yuran ini..tapi Aisyah Cuma ada dua puluh ringgit..Aisyah tak cukup lagi sepuluh ringgit"

Saya angguk saja..

"cikgu..boleh tak Aisyah pinjam duit cikgu sepuluh ringgit dulu..nanti hari Jumaat Aisyah bayar balik" [sebab hari Khamis pelajar saya bercuti]

"ya..boleh...": saya tulis kan nama di atas resit itu..

[sebenarnya..saya tidak mahu tengok muka dia..saya rasa kasihan]

Semasa hari pelanggan dulu. Semasa ayah Aisyah ada di sebelah meja saya..meneliti rekod kecemerlangan dan keputusan peperiksaan anak:

"Aisyah..ayah lulus ilmu alam dan ilmu hisab..keputusan SRP ayah lulus...Aisyah kena dapat lebih dari ayah.."

Dia saya lihat..angguk saja..saya senyum..

"cikgu..saya rasa tidak mengapa jika anak saya tidak pandai..tapi saya boleh bagi dia belajar lebih baik dari saya"

Saya diam juga..dan angguk juga..

"dulu..saya tidak menerima seperti ini..tidak mengapalah..jika Aisyah lebih belajar dan lebih tahu dari saya..walaupun tidak pandai"

Saya diam..melihat ayah dan anak itu. Muka Aisyah dan ayahnya seiras.

selepas saya memberitahu tentang Aisyah pada pandangan saya..airmata ayah Aisyah bergenang-genang.

3 comments :

mOOn said...

saya y mmbaca pun tersentuh.. klo ada kat tmpat kak ina mst dah lama reyau.. ^_^

Rossnie said...

aishah seorg ketua kelas yg sgt komited pd kerja..sy suka attitude dia. wlaupun dia tak pndai, dia ttp cuba nk buat satu2 benda. igt ag masa srh dia buat kad utk kwn. sgt bsungguh..miss all of them :)

pensil iman said...

Betul...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?