...sekolah kehidupan..

Monday, July 26, 2010

Ganti buku

Nisfu syaaban. Ya..malam ini sudah 15 syaaban. Kita di sunatkan membaca surah Yassin tiga kali selepas maghrib.Dan memohon kepada Tuhan apa saja yang baik-baik.. Dulu, masa saya masih seorang pelajar, kebetulan terkena masa sedang cuti semester. Saya berjemaah bersama ayah, emak dan adik beradik lain membaca Surah Yassin pada malam Nisfu Syaaban ini. Tahun ini menjadi kenangan saja. Saya tidak ada bersama ayah dan emak. Saya sendirian saja lah membaca yassin secara solo. Hu. Sedih juga.

Nanti-nanti bila saya berkeluarga, ayah kepada anak-anak saya akan lakukan begini tak? insyaAllah. Atau adakah anak-anak akan ikut saya dan dia berjemaah juga? : berwawasan pula saya malam ini.

Sangat susah meramal kehidupan di depan.

p/s: nisfu syaaban..pertengahan syaaban..15 syaaban sudah.. kita boleh saja membaca yassin pada bila-bila masa..tidak lah pula dikhususkan pada mala mini sahaja... tapi, Nisfu syaaban sebenarnya hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?