...sekolah kehidupan..

Tuesday, July 20, 2010

Bahasa sepi untuk yang tidak faham bahasa

Semalam saya menulis tentang adab dan nawaitu. Kisah itu telah sudah saya minta izin daripada tuan empunya badan tapi terasa tidak berani pulak untuk post di blog saya. Sebab pada saya itu semua cuma emosi saya saja berdasarkan cerita kawan saya pada saya. Lebih kepada pendapat dan bukan lah saya pandai sangat menasihat pada orang. [saya pun, sentiasa perlu terima nasihat dan tunjuk ajar juga bila ada masalah yang berat.]

Tapi. Hari ini saya terfikir lagi.

Jadi saya buat kesimpulan sahaja lah.

HM Tuah kata: Guna BAHASA SEPI. Boleh guna untuk dua situasi berbeza. Lihat situasi ini dulu. Situasi satu lagi tak kena dengan topik ini.

"tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut lagi sehingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya"

"tatkala sms [sistem pesanan ringkas] anda langsung tidak berbalas hingga berbulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dalam hatinya"

"ingat! Terus menghubungi bermakna anda seperti tidak faham bahasa sepi"

Jadi, silalah guna bahasa sepi sebab ia adalah senjata hebat untuk mendiamkan pihak yang galak dan menganggu hidup anda dan kehidupan rumah tangga anda itu. Kalau kita balas jadi makin galak pulak dia itu lah. Jadi saya suka DR HM TUAH, kerana nasihatnya yang saya ikut adalah guna BAHASA SEPI. Main peranan masing-masing. Semuanya bergantung pada hati.

Bahasa sepi digunakan oleh saya bila:

  1. jika saya sedang di ganggu mesej oleh siapa-siapa.

    [yang saya kira jika saya layan dia, bermakna saya sedang memulakan api, sengketa atau sedang pula merobohkan satu hubungan baik yang telah pun saya ada]

  2. Jika saya rasa saya tidak ada kena mengena lagi dengan orang itu.

    [yang saya kira, hubungan saya dengan dia sudah tamat, tiada sangkut paut dengan keluarga saya atau tiada apa yang boleh diperbaiki dan tidak ada kena mengena langsung. Jadi lebih baik saya diam sahaja. Tidak membalas dia. Tumpu saja pada orang yang ada kena mengena dengan saya]

  3. Jika saya rasa dia akan atau bakal merosakkan semua kebahagiaan yang saya ada.

    [yang saya rasa, jika saya membalas dia, saya mungkin akan mencipta satu lagi "connection". Benda ini memang menyukarkan keadaan. Jadi lebih baik saya menjaga apa yang saya ada dengan baik daripada memberi perhatian pada orang lain itu. Apa yang kita ada ini sangat berharga mahal. Saya sayang dia. Sungguh-sungguh. Jadi, abaikan orang yang mengganggu itu.]

  4. Okay? [tamat dan titik. Saya sudah tidak mahu menulis lagi.]

    p/s: dalam berkawan, kita memang kena menghormati kehidupan kawan kita itu. Jika kawan kita sudah ada komitmen dan keluarga, kita pun lagi lah kena lebih beradab dan bersopan. Jangan lah dok caring kawan kita itu tak tentu hala dengan mesej-mesej berbaur gersang anda. Hanya sebab kita ini adalah kekasih lama. Apa kes? Past is past. Nawaitu kita bagi betul. Jangan buat sampai menimbulkan syak dan salah faham. Sangat tidak bagus untuk emosi suami-suami dan isteri yang lurus dan pihak satu lagi [isteri atau suami]. Rimas. Akan cemburu bila dapat tahu. Jadi, Sila hormat kehidupan orang. Pada kehidupan hadapan saya nanti dan siapa-siapa, saya doakan harap baik-baik saja. Rabbi Yassir.

2 comments :

Acik As said...

betul apa iman cakap....

saya tengah mengalami perkara sama diganggu seorang yang tak faham-faham bahasa...dia dah tunang so fokus jer la pada tunang dia...atau dia sengaja je nak menunjuk-nunjuk dia da tunang...sibuk nak tahu hubungan x-bf dia dengan saya dan merintih2...sakit hati saya...so saya tak balas dan malas kawan dengan dia..sebab dia kawan dengan saya tak ikhlas

sori lepas geram,,,huhuhuh

pensil iman said...

as...
org mcmtu..mmg ada nawaitu yg x baik..jd ignore jek la...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?