...sekolah kehidupan..

Tuesday, July 13, 2010

Cerita semalam

Hey..lihat entri Julai ini. Semuanya pasal kerja. Kerja. Kerja. Kerja dan kerja sahaja. Lepas itu entri pasal stress dan haru sahaja. Oh, sangat tidak patut pulak. [tapi itu saja yang berlaku dan ada dalam minda saat itu.]

Sudah. Saya tidak mahu lagi memikirkan soal kerja. Tinggal lah dia. [kerja dan stress memang sentiasa ada. Jadi jangan biarkan anda di selubungi stress] keluar! Keluar! Keluar lah dari stress dan bergembiralah dengan pekerjaan kita. Okay?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ini cerita semalam.

Saya lihat air mata orang tua yang dipanggil "atuk" itu. Sangat tersentuh hati saya. Saya di sudut meja itu..ya itu meja saya. Meja guru. Dia di kiri saya. Dan cucunya itu di hadapan saya. Kami dalam sesi melihat prestasi pelajaran sekarang. Bahasa mudah ialah waris datang tandatangan buku rekod kemajuan anak. Tidak lagi sesuai ayat itu, kerana sekolah saya sudah menukarkan buku kepada slip keputusan peperiksaan. Kelas saya tiada lagi buku rekod prestasi.

Mula bicara: dia memberi salam pada saya dan memperkenalkan diri. Dia datuk kepada pelajar saya. Ya. Saya menghadiahkan senyuman.

Dia menangis. Di sebelah saya. Bila saya berbicara tentang cucunya yang seorang itu. Orang tua lelaki separuh abad itu bersih saja mukanya. Ada senyum yang manis. Dia pakai sebaris gigi palsu. [saya sempat melihat dan menatap sekilas lalu.tidak berani melihat lama. Takut dia malu dengan saya yang dia sedang berair mata]. Dia memang menangis. Mengesat air mata sekali sekala.

Sungguh. Saya berbicara yang jujur dari kacamata seorang guru. Dua kali saya menjadi guru kelas cucunya itu. Dan saya mengenali adab dan susila cucunya itu lah..dia itu sangat tertib encik. Akhlaknya bagus. kerja sekolah nya siap. Adab dengan guru dan bicara dengan guru sangat bersopan. Tiada cela dan melawan. Dia menangis. Menangis dan menangis.

Sampai-sampai. [saya terhenti bicara. Adakah saya sedang menterlukakan hati orangtua ini? Saya melihat dia. Tidak berani melihat mata.dia melarikan mata. Mungkin dia lelaki. Malu barangkali menangis di hadapan seorang cikgu perempuan. Muda pulak tu~uhui..ewah..tidaklah begitu..]saya berandai-andai saja. Saya tidak tahu apa dia rasa. Mungkin terharu.

Saya sambung lagi. [bila dia sudah agak reda]

Si Polan bin Si Polan [saya tidak boleh menyebut nama pelajar saya di sini] cucu encik ini bagus. Dia dapat nombor satu dalam kelasnya.

[Dia langsungnya menangis lagi] terus dia membuka bicara. Cucunya tinggal sendirian. Ada makcik tapi..iyalah..sudah berkeluarga..Tiada orangtua, ibu ayah di Pulau Pinang. Menetap di sana. Dan anak ini tidak di pelihara. Tinggal bersama saya. Dan saya juga jarang-jarang ada di sini. Ibu dan ayah tidak langsung datang menjenguk anak di sini. Tidak pernah..tidak pernah...[dia habis ayat..air mata dia keluar lagi..] saya diam menunggu dia habiskan bicara..lama saya diam..saya tidak tahu menjampuk bagaimana..[saya sebenarnya sudah tahu..Cuma kali ini saya berhadapan dengan betul-betul si pencerita..waris yang betul bercerita..saya memang terdiam..]

Dia menyambung lagi: saya merenung cucunya saat itu. Mata dia ke bawah saja. Tidak berani melihat saya.

Cikgu, Saya tidak sempat banyak melihat dia. Menjaga dia. Makan minumnya. Saya juga kerap pulang ke rumah anak yang lain. [dia menyeka air mata yang bersisa. Basah mata tua dia.]

[hati saya: iya lah..dia punya anak yang lain juga..dia sudah sendiri. Dan mana mahu mencari duit menyara cucu seorang ini. Dia bukan kuat lagi. Saat sekarang adalah waktu rehat orang tua. Lihat ayah kita..saat berumur begini memang tidak lagi bekerja dan sedang berehat-rehat sudah. Bukan lagi sedang merengkuh tenaga menacari duit. Kerana anak-anak sudah besar dan dewasa. Saat sedang menikmati hasil daripada tanaman yang di tuai. Kita pula yang menyara mak dan ayah kita. Tapi dia???]

Saya membalas ucapan dia: tidak lagi memanggil encik..saya pun tidak tahu mengapa. Melihat muka bersih dia..saya memanggil dia pakcik..ya pakcik..rasa seperti tidak lagi formal.

Pakcik, dia ini cucu yang tertib. Dia ini cerdik sekali berbanding yang lain. Dia ini punya potensi yang bagus. saya percaya dia akan menjadi bagus jika terus berusaha. Selagi tidak bercampur dengan pelajar yang tidak baik. [maklumlah kelas yang saya di amanahkan kepada saya ini agak terkebelakang dan pelajarnya punya sikap yang agak buruk juga dan sudah tentu akademik yang lemah juga]

Tapi cucu pakcik ini, lain. Lihat saja keputusan peperiksaan ini. Ada potensi bukan? Jadi berusahalah lagi. Jika hari ini kita susah, maka dengan ilmu lah akan merubah miskin itu. Jika hari ini kita tidak ada harta, dengan ilmu kita akan berharta. Jadi, tidak apa-apalah jika kita susah. Jangan bebankan fikiran muda awak itu dengan benda leka. Pilih kawan yang baik. Belajar lah rajin-rajin.

Pakcik, cucu pakcik ini. Saya sangat ingin melihat dia ke hadapan. Setiap kali saya pulang ke alor setar, saya tidak pernah lupa membeli buku latihan padanya. Kerana daripada ramai-ramai itu, jika tidak mampu saya menyelamatkan semuanya. Sekurang-kurangnya saya dapat menyelamatkan seorang dua daripada tidak menjadi apa-apa. Jadi, tidak mengapalah hari ini kita tidak ada ibu dan ayah di sebelah. Cucu ini sangat tabah orangnya.

Saya membuat perbandingan. Pakcik, saya ini. dan mungkin orang lain juga. Berjaya hari ini. dan rasa senang juga kerana silap dan tidak molek saya akan di tegur oleh ibu dan ayah. Tidak perlu bekerja mencari duit poket sendiri. Tugas nya Cuma belajar.

Tapi.

Cucu ini, tugasnya lebih dari itu. Mencari duit poket sendiri. Dan berusaha datang ke sekolah sedaya upaya dan cuba mendapatkan ilmu. Tidak ada ibu dan ayah di sebelah. Menegur baik dan buruk. Tapi dia tetap seperti itu. Akhlaknya bagus. adabnya sopan dengan guru. Dia punya pelajaran juga. Dia berpotensi. Dia TABAH daripada saya dan mungkin orang lain. Dia berdikari seusia-usia muda ini. saya bangga.

Dia diam. Cucunya lagilah diam. Dia mengiyakan kata-kata saya. Dan dia menangis lagi.

Saya berterimakasih pada cikgu kerana mengambil berat cucu saya ini. Tolong lah cikgu melihat-lihat cucu saya ini. saya diam dan angguk sahaja.

[Saya pernah cerita tentang dia di sini dahulunya] sila klik.

p/s: saya tidak tahu harus bagaimana. Di daerah ini bukan seperti di kota. Di daerah ini, hurm........saya malas bercerita...naif..dan sikap..mentaliti boleh diukur...susah dan orangtua yang saya kira...ah..[payah mahu meluahkan semuanya..] jadi, saya memang tidak mahu bercerita..

Tapi, sekali saya menemui seperti ini. berjuta kali saya mengkagumi semangat anak muda lima belas tahun ini. biarlah diamana dia pun..biarlah dia susah atau membuat silap apa...saya akan melihat kehidupan dia lagi..walaupun nanti saya di gelar cikgu pencen atau apa...saya mahu tahu dia jadi apa..

5 comments :

mOOn said...

maap puan, link yang di beri "DI SINI" tidak dapt di bukak. Sila kemaskini semula.

Acik As said...

huhuhu...sungguh sedih membaca cerita ini...sob*

pensil iman said...

moona: hu..mahap yek..okay..sudah di kemas kini dah..sila rujuk..

pensil iman said...

as..hidup pljr kdg2 mmg sedih..td, msa lalu di kls sy..sy trpndg dia..dia senyum sj..manis..dan dlm mata yg ada mkna..mungkin, ada sikit kekuatan..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

biar miskin harta... tp berilmu.....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?