Ayah sakit. Memang saya menjadi tidak keruan dan tidak boleh duduk senang. Haish..kata doktor jantung ayah bengkak sedikit. Malam tadi jam 11.30 lebih emak mentalipon saya..saat-saat mata saya mahu sudah terpejam dan mahu lena. Bingung-bingung saya menjawab dan letak..apalah..terkejut punya pasal..jawab kelamkabut..dan kemudian saya menalipon semula. Kesimpulan:
Emak: ni..mak nak bagitahu yang ayah sedang demam..batuk kuat...dan selasa yang lepas sudah ke hospital..mak bagitahu ni bukan nak suruh balik atau apa..Cuma nak bagitahu saja..ayah tak sihat..
Saya: ayah demam teruk, mak?
Emak: ayah demam dan batuk..ayah tidak ada selera makan langsung. Doktor x-ray ayah..tengok jantung..dan jantung ayah kata doktor sudah bengkak sedikit..
Titik.
Emak,
saya bukan tidak reti bahasa bila mak cakap macam itu, maknanya mak memang harap saya boleh balik. Ya. Saya akan balik. Ya. Saya tahu ayah memang sudah lama ada masalah jantung. Ya. Saya akan berusaha balik jugak.
Jam 1 petang/jumaat ini.
Saya mentalipon semula emak. Saya tanya semula samada ayah pergi masjid sembahyang Jumaat atau tidak. Ayah tidak pergi. Ayah tidur. Mungkin ayah uzur sangat keadaanynya. Dan saya berborak dengan mak sajalah. Menasihati apa yang patut. Ayah tidur pulak. Mahu bercakap dengan ayah sebenarnya.
Emak,
Minggu ini, saya memang tidak balik. [saya ingatkan emak semula tentang hal malam tadi. Esok sabtu saya ada program Gerak Gempur untuk pelajar PMR..saya kena ke sekolah. Mengajar pulak lagi..]
emak kata: ya..tidak mengapa lah..itu kan kerja.
Emak,
Minggu depan saya tidak boleh balik. Minggu satu lagi saya pasti boleh balik. Minggu depan sekolah saya ada program. Bermula dari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Orang besar nak datang. puteri sultan kedah dan seorang menteri pelajaran pula. Sekolah saya pun sudah keluarkan pekeliling. Cikgu-cikgu tidak boleh mengambil cuti. Cuti jadi sejuk beku.
emak kata: ya..tidak mengapa..kalau ada kerja..buatlah kerja dulu..sudah peraturannya macam itu. Ikutkan saja.
Emak,
Minggu satu lagi [bermakna sudah Ogos] saya akan balik. Saya akan batalkan program saya kesemuanya. Saya tangguhkan ke masa yang sesuai. Saya akan balik pada masa itu. [bermakna Julai ini satu bulan saya tidak balik ke rumah jenguk ayah dan mak.]
Emak kata: ya..kalau tidak ada kerja apa..nak balik..balik lah..sudah tidak bersangkut dengan kerja. Ayah baik-baik saja. Jangan runsing.
Emak,
Saya minta maaf. Saya tidak dapat balik minggu depan di akhir Julai itu. [rasa bersalah pulak saya walaupun emak macam tidak mengapa saja. Anda sedang ada kerja. Tidak mengapa. Ayah baik-baik saja.] walaupun macam itu, saya rasa tidak kena. Saya rasa nak kena jenguk juga walaupun sekejap.
Emak,
Tolong sampaikan salam saya pada ayah. Minta ayah rehat-rehat saja. Makan ubat macam doktor suruh. Jangan banyak ke mana-mana. Keluar rumah pun tidak payah. Tidak payah risau lembu dan binatang peliharaan ayah. Biarkan saja. Sudah lama saya suruh ayah jualkan saja. Ayah sudah tua. Tak payah lagi dok berhobi seperti itu. Rehat dan rehat.
Emak,
Saya letak talipon dulu ya. Minggu awal Ogos saya balik.Kirim salam ayah. Plink!~
Saya malam tadi tidak dapat tidur pula.memikir pula saya tentang kesihatan ayah. Haish~ ayah...ayah...saya ini baru sangat menghantar mesej tanya kabar ayah. Ayah menjawab saya: ya..ayah sihat dan baik-baik saja. Ni..alih-alih..emak menalipon pulak..kata ayah tidak sihat langsung..ayah..boleh tak jangan sembunyi dari saya kesemuanya?
Dan soal kerja. Kenapa begini dugaan kerja pada saya? Sebenarnya ibu dan ayah lebih besar dari segala-galanya. Rasa harus macamana? Saya sedang fikirkan tentang hukum karma. Jika hari ini kita sibuk dengan kerja, esok anak-anak kita pun sibuk juga. Dan balik jenguk kita pun ikut jadual kerja juga macamana hari ini saya dengan ayah saya. Tiba-tiba saya takut. Takut anak-anak saya buat macam ini juga pada saya bila tua nanti.
Jangan~
Istighfar saya dengan semua ini.

4 comments :
bykan bersabo.. dan berdoa... moga ALLAH memberi kesihatan kepada ayah kamu.....
thanks encik dot..=)
salam...iman..kalau dapat, balikla...hukhukhuk (mula rasa nak balik jugak..)
as..saya mmg nak usaha balik..mgu ni..insyaAllah..
Post a Comment