...sekolah kehidupan..

Wednesday, July 28, 2010

Menyebai

Sedang dalam bilik seminar sekarang. Mendengar taklimat akhir untuk Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya esoknya. Menyambut kedatangan keluarga Diraja ke sekolah memang banyak sangat protokol yang tak boleh blah. Saya penat. Berlatih dan berlatih untuk sambutan.

Lepas itu, dalam bilik meeting ini, pengetua saya sedang bercakap di depan. Telinga saya sudah naik bulu. Saya dengar sambil menulis blog cerita ini.

Saya tengok blog saya. Hey! Masih tidak jadi macam saya mahu. Apa pasal. Saya talipon encik tunang tanya dia. Tolong tengok sekejap. Kenapa dia kata okay????? Saya tengok tidak menjadi okay. Bercakap dengan dia pun tidak ada manis. Suara saya tegang saja.

Sebenanrnya ini tulisan tak ada arah tuju. Saya macam nak marah tidak tahu kepada siapa. Rasa tidak kena pula kalau saya mahu lepaskan marah saya pada dia.

Air mata bergenang-genang dalam bilik meeting ini jugak. Dok tahan-tahan daripada jatuh. Saya tidak larat dowh! Lepas itu saya tengok pulak benda yang belum jadi macam saya nak. Lagi lah saya rasa nak marah. Banyak nya keja.

Sudah. Ini entri yang saya kategorikan sebagai marah dalam hati saja.

p/s: marah-marah dalam hati, kalau dapat makan soto best jugak. Mahu masak soto pulak saya hari cuti ini.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?