Mari saya ajarkan sesuatu. Kalau kita amalkan ini. kita mesti jadi orang yang teratur. ....... ....... ....... ....... ....... Hey. Siapa yang membaca blog saya, adakah penulisan saya menunjukkan saya orang yang sangat skema? [ya..saya agak skema..cikgu-cikgu lazimnya begini saja kah?] [sebenarnya ada lagi kawan saya yang jadi cikgu..lagi agak skema dari saya] [contoh lain: ayah saya seorang yang sangat skema dan mengikut peraturan semahunya] ....... ...... ...... ....... Atau saya adalah orang yang sangat ilmiah? [ada kawan memberitahu saya, jika mahu cerita am yang banyak..tanyalah saya..betulkah?] jawapan: tidak [saya tidak lah terlalu ilmiah. Cuma suka membaca dan menulis saja] : saya tidak suka jiwang karat. Cerita Hindustan saya tidak suka sungguh. Penipu dan sangat tidak berpijak di bumi nyata. Dan tidak suka ayat bersimpul-simpul dan berkerawang banyak. Suka macam ini saja. Biar tidak sedap tapi sampai maksud. Sudah dan titik. Okay. Kembali ke pangkal jalan. Mari saya ajarkan sesuatu: satu peringatan kepada saya juga. Mari melawan nafsu dan syaitan. Sebelum tidur:
- Pastikan sembahyang isyak dulu.
- Kalau terjaga tengah malam, bangun dan solat lah hajat atau tahajjud. [mungkin masa itu, Tuhan mengejutkan kita untuk memakbulkan sesuatu permintaan kah?]
- Tidur awal. Jangan dok berjaga kalo tak ada kerja. Tidur awal, bila bangun pagi, tak adalah nak mengantuk sangat dan hilang rasa malas nak pergi kerja.
Siang hari:
- Tepati waktu. Kalau kita sudah kata "saya nak rehat sekejap. Jam 2 petang saya mahu solat Zohor." Jadi jangan melente-lente..tepat saja jam dua. Sila solat.[lawan syaitan yang dok hasut.]
- Atau..tengah sibuk mengupdate fb..atau blog..atau buat kerja pejabat..atau apa sajalah ..lewat dah..BERHENTI! solat dulu jika belum..lepas tu sambung lah. [syaitan suka kalo kita jadi lengah-lengah]
Di tempat kerja:
- Kerja sungguh-sungguh sampai penat. [baru di namakan kerja. Itu lah kita dengan kerja. Kena penat. Baru tanda kita bersungguh buat kerja kita hari itu: saya curi kata-kata Dr Fadzilah Kamsah]
- Jangan Merungut.Niatkan ikhlas saja. [saya selalu kalah bab ini. bila ada orang buli saya dengan banyak kerja yang bukan saya punya kerja. Saya akan cuba tidak merungut lepas ini.huhu.]
- Hey..hey..saya lupa..set kan objektif mahu capai apa hari itu. Dan cuba selesaikan. Cuba capai apa yang anda target. Bila jadi, kita pun rasa senang juga. [kerja siap.]
Setakat sekarang itu saja dulu. Mari buat benda ini. saya pun akan cuba. Babai. Baru balik dari klinik. Mahu solat isyak dan tidur.

0 comments :
Post a Comment