...sekolah kehidupan..

Tuesday, July 13, 2010

Ini bukan saya

Maaflah entri ini boring sungguh.

Saya sedang di bilik guru: saat ini.

Saya hari ini berani-berani menolak satu tugas. Sebab saya rasa sangat tidak larat memenuhi kehendak orang secara banyak. Saya tidak sempat. Atau saya rasa tidak berbaloi memenuhi kepentingan orang yang sedang mengerah tenaga saya untuk satu kepentingan diri. [ayat ini bunyi nya sungguh berat dan sangat tidak sedap]

Saya sudah melangkau keterbatasan saya. Selama saya tidak reti menolak tugas yang di suruh-suruh begitu. Hari ini saya terus memberitahu saja: "saya tidak sempat mahu siapkan tugas anda! Jadi sila buat sendiri. Boleh kah?"

Dia terdiam sekejap. Mungkin kerana dia terkejut sekejap tengok saya bercakap macam itu. Dan dia lepas itu reti pulak siapkan sendiri. Mengambil bahan dan mula pergi dari saya. [yes! Dia buat sendiri. Tapi hati saya berasa serba salah pulak. Jadi?? Saya kena macamana? Saya sangat tidak berhati kering dalam hal ini dowh!mudah rasa bersalah walapun hakikatnya saya juga ada kerja saya yang lagi banyak berpukal-pukal]

Kesimpulan:

Saya: "saya tidak sempat membuat semua ini. Tidak sempat sedia"

Dia: "ala..senang saja..ambil buku ini..dan fotostat..dan bagi saya pada bla..bla..untuk reso.."

Dia: : "Guna sahaja buku form ini itu untuk ulangkaji..fotostat bahagian ini..bla..bla..kan senang sahaja.."

Dia: "saya sedang mencari buku...senang sahaja..jadi boleh ambik fotostat bahagian ini..bla..bla.."

Oleh sebab dia saja yang bercakap secara banyak dan pengulangan perkataan "fotostat" dan perkataan "senang" sahaja secara banyak..saya diam sahaja..dan jika ia senang mengapa tidak anda sahaja yang buat bagi siap? LOL!

Saya dok diam dan memang saya bagitahu. Saya tidak sempat buat.

Saya memang tidak sempat buat. Saya sibuk dengan kerja saya sendiri yang bertabur banyak nih. Tak tahu kah? Anda buat apa?????

Mula-mula saya memang mahu menyiapkan kerja itu. Walaupun terpaksa mengikut kepentingan dia. Sedangkan saya ada keperluan yang sama. Tapi, tiba-tiba saya ada tugas lain yang banyak juga. Dan sekarang hati saya tidak sihat pulak. Jadi padanlah dengan dia yang suka menyuruh saya di saat-saat akhir. Dem!

Saya menjadi banyak tangan: tiba-tiba saya yang berjawatan biasa ini menjadi sangat banyak tugas. Pening kepala memikirkan tugas ketua yang sangat complicated yang tidak siap. Membuat tugas ketua-ketua secara banyak pula. Pelik lah. Ketua buat apa? Goyang t****?

p/s: Hidup saya makin serabut. Macamana mahu urus menjadi lebih baik? [saya kena dekati TUHAN juga secara banyak. Ini baru betul.]

dan..3 hari ini kepala saya sangat sakit dan selera makan saya macam tidak ada langsung. Harap tidak berlanjutan. Tapi, kalau sudah ajal pun, saya terima juga.

2 comments :

Anonymous said...

wah...kagum2..
i have the same problem as urs..tak reti nak say no.and bila berani2 cakap no,dalam hati serba salah..huhu..

pensil iman said...

aya..kalau kita cakap xnak..mmg rsa sgt bersalah..sedaya upaya cuba jugak siapkan hal org..tp..sekali meletup..payah jugak la jdnya..uhu..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?