Hari ini sudah selesai satu upacara penting sekolah saya. Rasa lega banyak. Banyak sangat. Kunjungan diraja sudah tamat. Jadi lepas ini boleh saya fokus pada kerja lain pulak. Selesai satu..ada dua lagi acara besar untuk Julai ini. esok Jumaat adalah sambutan Jubli Emas sekolah saya..dan esoknya ..pada Sabtu pulak adalah Karnival mesra keluarga PIBG pulak..hu..esok nya? Esoknya..tungging buyung ..adalah Ahad, sekolah saya bercuti. Cuti peristiwa.
[cuti peristiwa sempena acara penting ini.] yey..saya mahu rehat.
Hari ini jugak saya belajar satu perkara baru..alah..sebagai persediaan untuk jadi emak-emak, maka saya kena tahu buat benda ini. ahaha..tak adalah..saya berlawak saja. Ini adalah pulut kuning yang saya dan cikgu rozana perlu hiaskan untuk sambut kedatangan Puteri Di raja itu. Saya adalah seorang cikgu yang tidak gemar pada pulut. Tapi hari ini sebab tukang masak dia pandai masak dan saya makan pulut itu. Sedap seh! Bersama kari ayam.
Selesai saja upacara sambutan [tugas saya lah] saya lega.
Lain-lain bahagian juga saya tengok lancar sajalah. Lega.
Ini gambar kenangan saya dengan pengetua sekolah saya. Dia pun sudah mahu bersara Ogos ini..mungkin saya kah yang kena ganti...??jd pemangku..ewah.. ahaha..ceh! berangan sungguh saya..bila tahun lagi lah saya boleh jadi pengetua...
[dulu-dulu masa saya Tingkatan Lima..kawan saya tanya saya.. saya kalau tak dapat jadi pensyarah saya nak jadi apa? Saya kata: "saya nak jadi cikgu"..lepas itu kawan saya tanya lagi.."takkan nak jadi cikgu sampai pencen?" saya kata: " lepas jadi cikgu..saya nak jadi pengetua dulu..lepas tu pencen lah" ahahha]
Mungkin kah semua ini? ahaha..tak dapat bayangkan kalau saya jadi pengetua...macam tidak boleh saja. Sebab saya suka mengajar. Pengetua ajar juga..tapi sikit saja. Saya tidak mahu mengajar subjek sivik okay..? itu saja subjek yang selalu pengetua ajar..saya tengok dalam semua jadual pengetua..Tidak best.
Sekolah saya dikunjungi oleh:

0 comments :
Post a Comment