...sekolah kehidupan..

Sunday, July 25, 2010

Mahu apa??

Mari menulis tentang apa yang di cari dalam hidup kita.

Petang ini sedang hujan. Tapi tidak lah lebat. Tapi cuma renyai-renyai seperti akan berlarut sampai malam. Tidak ada tanda mahu berhenti. Cuaca pun redup saja.

Saya pula? Lepas balik kerja tadi. Saya begini saja. Langsung menanda kerja kursus pelajar saya. Perlu saya siapkan segera sebelum akhir bulan Julai ini.

Sekolah saya sekarang sangat sibuk. Saya sibuk juga. Pengajaran dan pembelajaran saya tertangguh lagi. Sekarang sedang dalam sibuk membuat persediaan Hari Anugerah Cemerlang dan sekolah saya yang akan di kunjungi oleh Keluarga Diraja Sultan negeri saya. Semua cikgu dan warga sekolah giat bekerja.

Tamat pasal kerja. Saya letih pikir.

Ini entri sedih saya. [tidak perlu anda di sana fikir banyak]

Kembali pada tajuk saya. Apa yang di cari dalam hidup ini?

  1. Saya cari redha mak dan ayah.

    Sumpah saya cari. Kadang-kadang saya rasa sangat tidak puas. Anak ini sudah besar. Tapi, saya rasa tidak dapat pula membahagia kan mak dan ayah bila dewasa dan bekerjaya. Saya tidak boleh balik selalu dan tidak mempunyai daya yang kuat untuk balik jenguk tiap-tiap hari.

    Petang ini air mata saya menjadi murah. Saya memang boleh balik jenguk ayah dan mak bila ada waktu senggang dan pantang cuti. Saya akan mesej dan talipon tanya kabar juga. Tapi rasa kasih itu tidak cukup langsung. Saya memang boleh balik dan tidur dekat ayah dan sambil memeluk ayah dari belakang waktu ayah lena di ruang depan. Atau peluk belakang ayah masa ayah sedang menonton tv. Atau boleh saja saya tidur bersandar di peha ayah masa ayah sedang berehat-rehat di ruang depan. Saya memang boleh picit lenguh-lenguh ayah sampai ayah kata: "cukuplah, tangan anda sudah lenguh". Saya memang boleh sedia makan dan minum ayah. Saya memang boleh buat makanan apa yang ayah nak makan. Saya memang akan potong kuku ayah bila hari Jumaat. Saya boleh. Semuanya. Tapi, cuma sekejap saja saya boleh buat semua itu.

    Saya mau apa? Saya mahu bila tiap kali ayah dan mak mahukan apa. Saya ada. Saya mahu, bila ayah dan mak cakap apa, saya dengar. Saya mahu bila ayah dan mak demam sikit pun, saya ada. Saya ada. Saya mahu bila mak dan ayah nak ke mana pun, Saya ada. Tapi malangnya saya tidak ada. Selalu tidak ada. Dari saya kecik-kecik..kemudian dewasa..lepas itu dari saya belajar sampai saya kerja. Saya ada sikit saja masa. Waktu cuti.

    Mak ayah kita memang orang yang baik bukan? Mendoakan anak mahu menjadi apa. Mendoakan anak sampai berjaya. Dan sudahnya kita dewasa dan bila dewasa dan berjaya, kita menjadi jauh pula dengan orangtua. Saya menangis. Sebab saya tidak tahu mahu tulis bagaimana. tentang dosa. Mesti bercambah juga. Dalam sedar atau tidak sedar, mesti ada dosa.

    Nanti, bila saya sudah bernikah, tanggungjawab saya ini milik orang lain pula. Sudah tentu sangat wajib saya mentaatinya. Mak dan ayah saya jauh juga. Saya cuma boleh berdoa. Dan cuba sedaya upaya begini saja. Saya cuba membahagiakan mereka juga. Selagi boleh.

  2. ....
  3. ....
  4. ....
  5. .... Saya sudah tidak mahu apa-apa dalam hidup. Satu itu saja cukup lah.

satu itu sudah boleh buat saya senang dan betapa kejayaan hidup saya bergantung pada yang satu itu lah juga.

p/s: bila makin dewasa. Hati dan perasaan kita jadi lebih halus. Makin memikirkan hati tua mak dan ayah dalam doa selepas sembahyang kita. Tapi, perasaan mak dan ayah kita lagi halus kan? Entah apa dosa kita pada orangtua.rasa bertimbun-timbun..tapi Sampai-sampai dosa macamana pun..mak dan ayah tidak pernah berdendam apa. Cuma doa yang baik-baik saja, malah tidak pernah putus-putus berdoa untuk kesejahteraan kita.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?