...sekolah kehidupan..

Thursday, July 22, 2010

Yes! Ia menjadi!

Hari ini saya puas. Rasa puas bila teori psikologi saya menjadi. Ahahahaha..ya..sangat puas. Bila pelajar saya sudah faham kenapa saya menjadi marah dan dok diam selama-lamanya dengan mereka itu.

Pelajar sudah faham kenapa saya mengajar dengan tidak bersenyum-senyum seperti selalu dengan mereka.

Dan pelajar kelas itu sudah faham kenapa saya tidak bergurau-gurau masa mengajar dengan mereka itu.

Saya sudah tulis tentang itu di sini. [sila klik]Tentang mereka yang memang buat saya kecewa sungguh hari itu.

Dan 2 minggu yang lepas saya menguji mereka. Saya tidak bersenyum langsung dan menjadi dictator hebat. Lepas itu saya tidak pula memujuk mereka kembali lepas saya marah. Saya menjadi orang yang kedekut senyum dan kedekut simpati. Saya sebenarnya mahu pelajar usia 16 tahun itu fikir kenapa saya begini.

Hari ini, 2 minggu berikutnya. Mereka ada perubahan. Mula berubah sikap. Tidak lagi main-main. Belajar dengan baik dan boleh melibatkan diri dengan baik dalam kelas saya. Mula mencuba mengambil hati saya semula. Mula cuba-cuba memujuk dan bercakap dan bergurau dengan saya juga.

Kahkahkahakah..saya sangat gembira dengan perubahan ini. Alhamdulillah. Sudah faham pun mereka ini. yuhuuuu..puas tak terhingga. Seronok saya mengajar hari ini.


p/s: ilmu saya ini saya sebarkan secara halal dunia dan akhirat untuk anak murid saya yang tercinta. Cikgu marah tanda cikgu ambil berat dan sayang masa depan kamu itu.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?