...sekolah kehidupan..

Monday, July 26, 2010

Saya fikir

Saya rasa macam nak cepat-cepat tutup kalendar Julai. Cepat-cepat datang Ogos pulak.

Pergi lah sibuk..pergi lah stress!

Saya bersedia dengan tugas dan kerja yang lain pula.

Dan pelajar saya mahu hadapi peperiksaan percubaan PMR pula.

Pergilah juga kisah sedih dan pergi juga lah air mata Julai saya yang banyak..

Saya mahu cerita Ogos pula..

Datang lah Ogos dengan baik..

...datang juga Ogos yang selesai banyak perkara baik dan mudah segala urusan saya..

Datanglah Ogos yang tidak stress..

..dan datang juga Ogos dengan tidak ada air mata yang banyak..

Datang lah Ogos dengan tidak ada kisah sedih..

Saya mahu membuat kerja dengan bersenyum-senyum saja..haha..bolehkah?

Berkata seorang kawan kepada saya:

" jika anda mahukan sesuatu..jangan terlalu berharap..jangan terlalu berharap ia akan mengikut kehendak anda."

Saya bertanya dia kenapa..walaupun seperti saya sudah boleh faham maksud kawan saya itu.

Katanya:

"jangan terlalu berharap. Anda patut berserah saja pada DIA"

Sebab:

'aku tidak pernah dapat apa yang sangat aku harap-harapkan: seolah mahu menjadi seperti apa yang aku mahu. Selalu saja tidak menjadi. Jadi lebih baik berserah saja"

Okay. Saya berserah sajalah. Soal surat naik sikit pangkat saya yang dok tersangkut kat mana. Tentang Q8 saya. Tentang semuanya soal kerja. Tentang kenapa belum sampai di tangan saya.

p/s: tidak mengapalah. nanti adalah tu. belum sampai.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?