Hari ini balik saja dari sekolah..kira-kira jam empat petang saya sampai rumah..[agak lewat saya balik hari ini kerana ada tugas yang saya bereskan], saya ambik keputusan memasak makan malam terus. Rehat sekejap..masih dengan berbaju kurung lagi, saya mula menggodek-godek dari dapur..Sebab: Petang ini saya memasak menu ini sebagai menu utama. Orang perak panggil "rendang tok" saya pun tak tahu kenapa letak nama "tok" ..mungkin sebab atuk-atuk saja yang dulu-dulu suka memasak dan makan rendang ini..rasa misteri pulak kenapa namanya "tok"? sempena kena ketuk-ketuk kah?tapi masa saya masak..tak ada pulak nak kena ketuk-ketuk apa-apa..serai pun tidak di ketuk..sudah lama saya cari jawapan [serius saya tertanya-tanya..why? why? hu..]dan orang yang tak duduk perak panggil "daging masak hitam" ..[nama itu wajar jugak..sebab daging ini bila di masak dengan bahan-bahan dia..memang akan jadi gelap sikit..tapi bukanlah gelap serupa arumugam sangat..ala-ala letchumi pun bukan..tapi gelap lah jugak..jadi wajar la nama dia daging masak hitam tuh..] Lepas tu..ada lagi.. orang panggil "rendang daging". Saya pulak panggil apa?? Saya panggil masak hentam-hentam..sebab saya tidak melihat menu..tidak melihat senarai bahan apa nak di guna..janji jadi..saya ikut gerak hati saja untuk memasak daging ini..menu lain-lain malam ini ialah sayur dan ulam-ulaman..itu sangat perlu ada.. dan mudah saja..ahaha.. Tadaa~
Bila siap masak ini. Kawan serumah saya becerita tentang hari raya [sempena saya masak rendang daging masak hitam] hu..apa lah! Raya pulak dia ya..puasa pun belum... Hu..saya berasa rindu pulak nak tunggu syawal..suka lah hari raya. Tak tau kenapa. Mungkin sebab semua saudara berkumpul kot. Tapi..ini baru bulan Rejab lah..lambat lagi nak syawal.
Thursday, July 8, 2010
Kenapa nama dia “tok”?
Saya sampai rumah sudah lewat..jadi saya tidak mahu melente-lente dan boleh jadi tertidur petang sebab letih sekali..bukan sekali lah..aha..letih banyak kali.
Saya rasa tidak berbaloi untuk masak pada jam enam petang kerana saya rasa waktu makan malam akan menjadi lewat..makan malam selepas maghrib akan membuatkan saya tidur dalam kekenyangan yang dasyat.
Kalau saya masak awal, saya boleh makan malam jam 7..malamnya boleh saja saya mengrest rest kan diri.
Jadi..masak sajalah..saya boleh mandi awal, solat asar dan terus makan malam [ngam-ngam jam 7]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment