Jika seperti dia..hati cikgu pun menjadi kasih...
Dia sangat kasihan..dia punya ayah dan ibu..tapi kenapa tegar hati si ayah? Sehingga anak tidak pernah melihat rupa si ayah? Sedari kecil dia dipelihara nenek..dan kini menumpang kasih ibu saudara..sedang dia di bumi Lagenda ini..ibu ayah bukan di sini..kenapa tega tidak mahu kan dia?
Dia rupanya tidak disara..kecuali untuk makan, minum dan tidur sahaja..
Dia perlu menyara hidup sendiri..perlu bekerja untuk mendapatkan duit belanja sekolah dan untuk apa saja yang disukainya..sedikit kagum saya pada semangat budak muda di usia 15 tahun itu, dia belajar di siang hari..dan bekerja diwarung pada malam hari..duhai pelajar...Bilakah waktu menelaah kamu?
Peribadinya baik..akhlaknya juga beradab..tuturkata bersopan..lain dia dari yang lain..menandakan dia ini budak yang terdidik..tidak berperibadi liar..ringan tulang jua..dan sangat menyenangkan juga..(jika 1000 pelajar begini..hati cikgu sudah tentu menjadi lebih kasih...) kasih dan doa yang baik-baik saja..
Satu ketika, saya menyelak kembali data peribadi..rekod akademik miliknya..owh..dia dari kelas yang agak hadapan juga..tapi, kenapa dia kini menjunam terus ke kelas yang terkebelakang di bawah tanggunjawab saya pada tahun ini..? kasihan juga..mungkin prestasi kurang baik..saya meneliti headcount form two..rekod akademiknya kosong..walaupun dari kelas yang baik..
cukup! Penjelasan itu sudah menemukan saya jawapan..kenapa pointernya merudum teruk dan akhirnya, menyebabkan dia kini penghuni tingkatan tiga yang hujung ini..)
Dalam perjumpaan empat mata itu, saya minta dia tebus kembali kejayaan..buktikan kemampuan, walaupun berada di persekitaran tingkatan tiga yang hujung itu yang aku kira sangat tidak berciri pelajar yang maju akademik..
kata saya: cikgu-cikgu masuk mengajar seperti biasa..dan biarlah kamu di kelas yang mana..jika ada hati dan kemahuan, di situ ada kejayaan..dan belakang parang jika di asah menjadi tajam juga..dia mengangguk saja..
saya bertanya lagi..masih ada buku yang belum di beli..dia menyenaraikannya pada saya beberapa buah saja yang masih belum mampu dia miliki..
(mungkin belum cukup duit belanja..kerana yuran sekolah juga, dia pinta saya simpan wangnya sedikit demi sedikit untuk menyelesaikan yuran...)
dan pertanyaan saya tadi adalah..kerana saya mahu dia cukup lengkap segala keperluan..dan yang penting, jika di takdir Tuhan, dia memperolehi bisiswa ini, tiada guru akan mempersoalkannya..
(biar lah cukup buku dan selesaikan latihan dan nota yang guru lain minta..dan sekurang-kurangnya tiada alasan untuk tidak melayakkan dia mnerima biasiswa itu...) dan saya nasihat kan juga..
saya angguk saja..saya dalam-dalam melihat mata dan mukanya..rasa kasih dan simpati..hidup tak seperti kita dan tak sebahagia kita..punya ayah dan ibu yang sentiasa menasihati dan menyokong kita dalam apa jua keadaan..sehingga kita kini menjadi begini..berkat doa dan kasih ibu serta mustajabnya doa ayah serta ibu kita...dia? tidak seperti kita, tapi semangat masih ada..untuk belajar dan terus belajar walaupun tidak berdaya material...dia sangat kasihan!
Kadang-kadang..kita yang dewasa ini..belum tentu menjadi setabah pelajar..yang hidupnya susah..dan menjadi matang dan berdikari di usia muda...
kita, mungkin juga susah..tapi, kita masih punya ibu dan ayah..yang meneliti kita..melihat tingkah laku kita..mendidik dan memberi garis panduan..memberi keperluan pada kita semampu mereka beri..lantaran itu, kita masih di landasan yang betul juga..
dan dia tidak punya seperti kita...dia sudah semestinya cuma membesar dengan jati diri yang ada..
tidak ada yang melarang dan menyuruh..tidak ada kasih sayang..tidak juga punya tempat mengadu...bermanja juga jauh sekali...
cuma guru di sekolah yang memberitahu...melarang dan memarahi..
apa itu baik..dan apa itu buruk..selebihnya dia punya landasan sendiri...
tapi, bila dia membesar menjadi seorang remaja yang baik dan terdidik..bersopan dan berakhlak walaupun nasib tak sebaik kita..ITU SUDAH TENTU LAH SANGAT TERBAIK...
jika seperti dia..HATI CIKGU PUN MENJADI KASIH...doakan yang baik-baik saja..dan ucapan yang baik-baik saja..untuk dia...

0 comments :
Post a Comment