...sekolah kehidupan..

Monday, May 17, 2010

“ ayah..terima kasih belikan pensil ”


saat ini, kami bersama ayah menemani emak d hospital..sewaktu emak sakit..(7 &8 may 2010)
Time: 23.10pm / Date: 28.04.2009: Tuesday

Aku, mesej dan Ayah

“ ayah..terima kasih belikan pensil ”

Ni mesej saya pada ayah..pada jam 23.10pm hari selasa..28 april 2009..waktu ini saya sedang di rumah sewa yong di perlis..saya ke umah yong petang tu..kebetulan masa tu Yong mengajar di MRSM Beseri Perlis..

dan saya bawa pensil yang ayah belikan untuk saya..dua batang pensil yang bagus dan saya menyukainya..pensil untuk saya jawab temuduga yang kebetulannya diadakan di perlis..sebab itu saya datang awal sehari..stay di umah yong..dan esoknya a saya menghadiri temuduga itu....hu..terima kasih ayah..terlalu baik dan bertanggungjawab..bersyukur saya pada Tuhan kerana dia itu ayah saya..

saya hantar mesej tu, sebab saya segan nak ucap macamtu pada ayah..jadi better saya send mesej saja untuk dia..at least saya boleh bersembunyi di sebalik sifat malu dengan ayah... huhuhu...dan satu ketika..sewaktu masih menuntut di UPSI..saya hantar mesej serupa ini juga bila tiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran ayah...menyatakan “ selamat hari lahir ayah..moga hidup ayah diberkati selalu...”

dan pernah jua di mesej yang lain, selalunya saya menyatakan..”ayah..saya teringatkan anda...” bila lama tidak dapat pulang ke kampung..sebenarnya saya malu untuk ucap demikian..tapi di dalam mesej..tentu boleh saja... tetapi peliknya untuk menyantuni ayah..menyalami dan mencium pipi ayah..saya tidak segan..setiap kali mahu berangkat keluar dari rumah ayah..menyalami dan mencium pipi ayah itu sudah satu kewajipan!

Teman sebilik..juga ketawa panjang bila membaca mesej yang saya hantar pada ayah...”kenapa bahasakan diri sebagai SAYA dengan ayah?” ketawa bukan sedikit..tapi berdekah-dekah...saya diam saja..itu lah saya dalam bahasa mesej dengan ayah..

saya menggunakan kata ganti nama “saya...” dan orang seperti saya sudah tentunya membuahkan ketawa teman-teman yang lain..kerana sikap saya bukan lah skema sangat..agak kelakar bila bersama teman-teman..mengusik-usik mereka..menceriakan keadaan..dan sudah tentunya tidak percaya yang saya ini sebenarnya begitu berbahasa diri dengan ayah...

Di semester 3 di UPSI.. seingat saya..subjek yang saya agak, saya ini memang kurang menyerlah..adalah perakaunan kewangan..dan di pagi peperiksaan itu, sewaktu berjalan menuju ke dewan peperiksaan, saya menghantar mesej pada ayah..menyatakan.."ayah..saya takut dengan paper ini..susah..”

dan seperti biasa..ayah tetap member galakan..memberi sepotong doa untuk menenangkan hati dan fikiran...terima kasih ayah...namun, kalau saya ini tidak bersungguh-sungguh study dan membuat latihan...doa ayah pun tidak memberi kesan..pokok pangkalnya adalah saya sendiri..tetapi ayah tetap begitu..mendoakan anak-anak dalam apa jua keadaan...

Ayah sakit selepas hari raya puasa...25 september 2009: semasa semua anak-anak mahu pulang bertugas..mungkin ayah terlalu merasa kehilangan..barangkali..dan mungkin jua dia menagih perhatian..setelah lama menahan rindu anak-anak berkumpul semuanya..kesemuanya..tidak terkecuali siapa-siapa raya tahun itu..kesian saya melihat ayah..dan pulang bertugas..

seperti biasa saya mesej ayah..bertanya kabar dan menyuruh supaya tidak lupa mengambil ubat..serta berpantang jua dalam soal makan dan minum..dan ayah seperti biasa membalas mesej saya seperti orang degil..tidak mahu itu..tidak mahu ini...selalunya degil itu di akhiri dengan pujukan saya..

Mahukan perhatian anak-anak bukan? Begitu caranya kita jua..mahukan pujuk..dan saya faham itu..ahahha...ya..kita tua nanti pun begitu gamaknya..perangai menjadi semakin halus dan sensitif..

kadang-kadang ayah lawak juga..pura-pura tersalah hantar mesej bila saya lama tidak menghantar mesej bertanya kabar ayah..ayah hantar mesej kosong..atau ayah hantar mesej tentang lembu atau ayam..ahahaha..lantas kita pun membalas dan bertanya semula kenapa mesejnya demikian?....dia pun selepas itu berderai ketawa..Cuma mahu kita membalasnya dan memulakan perbualan...ayah..oh ayah..

Seusia saya 13 tahun..ayah lah yang mengajar saya membina keyakinan..di ruang rumah atas menjadi kenangan seumur hidup ini, ayah mengajar saya berpidato..menyediakan teks ucapan..dan mengajar intonasi suara..lontaran turun dan naik berucap..ketika itu di minggu orentasi ..mahu saya memasuki pertandingan pidato itu..ayah lah guru..dan saya menjuarainya..! terima kasih ayah..saya mewarisinya...

Satu ketika..ayah dan saya tidak bertegur sapa..lama...ketika saya di zaman tengah remaja..tidak tahu di mana silapnya..saya pendiam juga..tidak reti memperbaiki kesilapan..

dan menjadi rapat semula di saat-saat mula bergelar pelajar bidang pendidikan...masa itu..mesej-mesej lah yang menjadi penyambung ukhwah semula...mesej memang memberi 1001 kenangan...

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?