...sekolah kehidupan..

Sunday, May 16, 2010

hidup satu perjudian

30 JULY 2009/ 1.50 am

AKU DAN STRESS
Banyak perkara berlaku dalam hidup..sesingkat singkat masa..macam2 terjadi…ingin aku kongsikan seberapa perkara..tentang hidup dan persekitaran..Oh Tuhan..aku dalam stress…

Rupanya sukar juga untuk menjadi serasi dan bersedia mental dan fizikal di tempat baru…mengenali persekitaran, teman dan orang sekeliling yang berbeza…berbeza pemikiran dan kehidupan…

Di sini, aku bertapak..bukan untuk seketika..tapi lama…di sini, masyarakatnya sentiasa bangga dengan tempat lahir..itu sudah semestinya…(tempat jatuh lagi di kenang…) namun aku mungkin dalam proses asimilasi…mula membandingkan dengan tempatku sendiri…jauh lebih baik dari di sini…(tak baik sebenarnya berperasaan sebegini jika boleh menyebabkan masyarakatnya berasa di sindir…)

Mentality di sini..boleh diukur..dengan pelajar…dan sekaligus juga dapat menilik mentaliti ibu bapa…beruntungnya kita punya ibu dan bapa prihatin..menyekolahkan kita..memberi tunjuk ajar sebaik mungkin..menjadikan kita betul2 insan dan manusia…jauh fikir dan keluar dari kepompong malas…namun di sini, kebanyakkan dari minda mereka bersama ibu dan bapa boleh di tilik..mereka rupanya masih dalam pulau..tidak luas..dan sukar di mengertikan…

Aku simpulkan…pelajar dan guru..(gurunya sangat bersungguh mendidik..pengetuanya sangat ringan tulang..komited dengan tugas…warga kerja sekolah sangat membuat aku teruja…bermula dari paling bawah..guard di hadapan sekolah…sangat berhemah..kerani sekolah yang cekap dan sistematik…warga guru yang sangat bekerjasama dan punyai pengetua yang berdaya cemerlang…) aku berterima kasih..kerana daerah ini luar bandar yang akademiknya terbilang…namun..setiap yang pro..ada kontranya…

Pelajar pula…yang bagus terlampau bagus…syabas..namun yang menjadi cabaran…pelajar yang punya mentality kecil….sememangnya membuatkan aku beristighfar panjang…orang pulau sememangnya begini kah? Mungkin aku semakin berdosa…pelajar punya kecerdasan yang berbeza..latarbelakang ekonomi yang berbeza..bila ekonomi keluarga berbeza..makanan dan layanan kasih dan sayang di rumah pun tentu berbeza…cara berfikir dan bercakap juga berbeza..adab dan fikiran pun x sama....
....mungkin aku masih baru…@ mungkin aku masih membezakan tempat sendiri dan di tempat orang…aku dalam proses mengenal…tapi, aku cuba juga mengorek..dari pengalaman mereka..mereka di sini..(pelajar) sememangnya perlu di suap selalu..dan mentality mereka memang kecil..sememangnya jarang mahu keluar dari daerah ini..aku pelik…tapi mungkin ya...ia sudah mendarah daging dalam diri mereka...untungnya orang disini yang punya mentality besar..belajar serajin dan berusaha sedaya mungkin dan pergi menerima pendidikan di luar daerah ini...memberikan mereka 1 perbezaan dan nikmat yang tidak bernilai....

Oh Tuhan…dari deretan rumah yang berderet di kaki jalan…dari gaya percakapan dan cara fikiran di tunjukkan..mereka orang yang sangat bangga dengan harta dan kekayaan..tapi mengapa?aku kadang2 jadi buntu sampai skrg…masih belum dapat menerima hakikat..mungkin aku menjumpai orang yang salah...dan aku menyimpulkan sesuatu yang salah juga....tapi itu orang pertama yang aku dan teman jumpa dan menumpang sebelum berdiri sendiri...tuhan, aku stress!

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?