...sekolah kehidupan..

Thursday, May 27, 2010

“Kerja sayang is: develop human”


marilah membaca situasi di bawah


"eh..cikgu taw nama aku lah..allamak.." : getusan pelajar yang selalu buat silap..dan saya terus memanggil namanya...

ya..cikgu memang tahu nama awak semua..untuk kelas yang cikgu mengajar ini..tak seorang pun yang cikgu tak ingat...jika hari ini cikgu memegang lapan kelas..yang mana purata pelajar setiap kelas adalah 30 orang..30 pelajar darab 8 kelas..sudah 240 orang pelajar yang cikgu jumpa dalam 1 minggu..dan kesemuanya cikgu ingati nama setiap seorang...tajam kan ingatan cikgu? ahahha..Tahu tak kenapa? Sebab dengan menyebut nama pelajar di dalam kelas samada mahu menegur atau bertanya soalan atau mahu berkomunikasi apa...kamu akan rasa lebih di hargai..kamu akan rasa lebih di kenali..dan yang penting kamu akan rasa cikgu kenal kamu..ingat cikgu suka suki sebut nama awak ker? dan dengan nama itu..awak memang tak boleh lah nak wat tunjuk lagak..wat salah dan degil..langgar peraturan atau apa.. tapi cikgu tak taw nama...ahahha...(i ingat taw...ahahaha)

"cikgu ni..cikgu tak pernah lupa ke...?" : soalan yang saya kerap terima setiap kali meminta buku latihan dan minta pelajar melengkapkan nota..

ya..cikgu memang jarang nak terlupa..walaupun berminggu kita tak berjumpa..berminggu juga cikgu tak terima buku latihan awak yang di dalam kelas terdahulu, awak kata awak tertinggal..jadi biar berminggu berlalu cikgu masih mengenali awak dan meminta buku latihan..dan minta melengkapkan bahagian nota mana yang tertinggal...

"cikgu ni..lawak lah..kahkahkahkah..." : ketawa pelajar yang suka mendengar celoteh saya dalam pengajaran di saat-saat sedang mengajar sambil bercerita....

ya..ya cikgu memang lawak..dan memang suka berlawak...seandainya kamu-kamu (pelajar) ini adalah teman cikgu di saat-saat bergelar student..sudah semestinya geli perut dengan cikgu..kerana cikgu bukan lah serius sangat orangnya..dan memang suka menyakat...dan di dalam pengajaran dan pembelajaran kita..sebenarnya begini juga...kan senang kalau mendengar kata...? cikgu mesti tidak marah-marah dan kita belajar dalam suasana rileks dan mesra begini..ilmu pun senang di terima bukan...(hey..sila lah mendengar kata cikgu...)

"cikgu ni..selalu tahu...tak boleh sembunyi sikit..." : penyataan yang aku dengar acap kali bila pelajar sedang mula mencuba untuk menipu..

Ya..cikgu tahu..sebab menjadi guru...perlu lebih tahu dari kamu...dan kamu tak tahu..cikgu ada kuasa psikologi...senang saja untuk perangkap kamu budak-budak belasan tahun...melainkan kamu ini memang hati yang sudah tidak boleh dan tidak mahu langsung menerima perubahan..dan akhirnya berhenti sekolah...

"cikgu garang jika tak buat kerja sekolah...tapi lawak juga bila kita semua buat kerja" : untuk pelajar yang sedang mendengar kata dan cuba untuk tidak mendengar kata saya..

Ya..itulah saya...boleh menjadi dua watak berbeza...
1: garang dan bertanduk : untuk yang mengingkari peraturan saya (nota, gam dan pembaris: tiga benda yang sinonim dengan matapelajaran sejarah) hey! Saya mahukan nota yang lengkap..buat latihan yang saya berikan..dan jangan ada sesiapa yang engkar..

2: baik hati dan ceria lagi sporting: untuk pelajar yang sentiasa memahami peranannya sebagai pelajar..tekun kan diri..mengupdate nota seperti yang saya mahukan...dan kita ini sedang berada dalam pengajaran dan pembelajaran yang bagus bukan...kita juga sedang berketawa..berlucu dalam menerima dan memberi pelajaran..bukan kah itu lebih bagus dan baik...?

Hey..saya tidak pernah menyuruh pelajar saya menyalin nota berjela-jela..sesuatu yang tidak di fahami..saya berikan handout percuma...dan hargai lah nota itu..dan lekatkan ( sebab tu ada gam dalam perkara wajib kelas saya) serta mari cikgu bercerita tentang sejarah apa yang kamu tidak pernah mengetahuinya...

"firstime cikgu mengamuk..kami kecut": luahan pelajar kelas 3 ceria yang sebelum ini aku tidak pernah marah-marah..99% folio sejarah :kerja kursus sejarah tidak siap..dan bertaburan saya lempar fail di lantai..senarai nama mereka..saya hempas di meja..dan semua fail-fail itu saya lempar....lempar dan lempar...sampai ke luar kelas...ahhaha..

Ya..ya..itu lah saya yang sedang berlakon..gimik dengan muka ketat yang serius..mata yang tajam dan berapi..kamu apa tahu...ini cikgu sedang berhipokrit kearah kebaikan..sedang dalam keadaan marah..untuk mengingatkan..hey! saya sedang serius..bukan berlawak..saya mahukan folio anda..saya acah jek tuh...hu..kecut pun..hantar folio esok..!
Sume bahan cikgu sudah sediakan..apa lagi yang tinggal? Hidup yang penuh beralasan itu dan beralasan ini menjadikan kamu tidak maju dan tidak bergerak untuk menyiapkan kerja yang di tugaskan...



(inilah hasinya....ahahaha)

(esoknya 99% folio pelajar 3 C itu ada di atas meja..dan kerja selesai jua...wahai pelajar: cikgu tahu bila waktu mahu bersenda..bila waktu mahu serius..bila waktu kita tekun..bila waktu kita berlucu-lucu dan ketawa..dan bila pula waktu cikgu akan mengamuk begini..semata-mata untuk kebaikan kamu...)


"cikgu..cerita lah lagi..sejarah ini..mahu dengar lagi..lepas tu apa..?" boleh tak tambah masa sejarah..ganti dengan pelajaran lain?" : penyataan pelajar yang meminati sejarah yang di pelajari plus plus olahan cerita yang saya sampaikan...

Ya..tidak boleh ambil waktu lain..itu untuk cikgu yang lain..dan matapelajaran yang lain pula..cikgu pasti bercerita lagi..sekarang masa sudah tamat...esok ada lagi satu period untuk minggu ini..kita sambung cerita okay...?

"cikgu..saya minta maaf..minta maaf sangat..." : ucapan pelajar yang baik dan lurus yang sudah cuba menipu..


Ya..ya ..cikgu maafkan..andai dia tidak pernah sekali pun mengguriskan hati..tak pernah jua menipu..Cuma sekali ini dalam keadaan terdesak mungkin...tu lah..budak yang baik dan lurus belajar menipu..selama-lamanya tidak pandai menipu..sekali saya renung tepat kearah anak mata..dan meneliti tugasan..memang terus minta maaf..ahahaha..jangan tipu cikgu wahai mohammad marzuan..anda anak yang baik...


"cikgu..cikgu ajarlah sekali lagi....nak jugak cikgu bagitau sebabnya sekali je lagi..please..?" : penyataan pelajar yang tidak faham..setelah 3 kali saya menerangkan perkara yang sama...dek ada suara yang bercakap-cakap..menjadikan dia hilang focus..

Ya..cikgu ulang lagi..begini..begini...dan begitu...ya..sekarang sudah faham bukan..?


"weh..DIAM LAH! Cikgu tengah ajar tuh..." : kerap kali saya dengar arahan yang tidak bertauliah dari pelajar-pelajar yang marah jika ada kawan-kawan sedang bercakap juga..

Ya..memang pantang tok nenek cikgu..bila cikgu tengah ajar..dia pun sibuk bercakap juga..dan memang budak-budak sudah takut di denda mengajar di depan..jadi warning siap-siap kepada akwan-kawan supaya diam..jika tidak..seorang pun tidak terkecuali untuk bangun menceritakan semula pelajaran yang telah di pelajari..hey! diam..!

cikgu..cikgu tak pernah lupa semak buku..dan sentiasa ingat nota mana yang kami tak ada.." : penyataan pelajar yang takut bila buku latihan tak di hantar dan ada nota yang tak siap atau buku yang hilang..

Ya..cikgu memang ingat nama kamu..apa lagi yang nota tak siap..apa lagi yang latihan tak di hantar..sebab cikgu ini sistematik..dan kuat daya ingatan..(cewah...tapi serius..saya ingat!)


Pelajar apa tahu..nak tipu cikgu dengan otak yang singkat itu...setiap kali latihan yang diterima..saya pasti mencatat nama pelajar yang hantar..dan yang tak hantar tu...faham-faham saja lah..tunggu..i'll be there for u...mana latihan kamu?! Setiap sorang tak terkecuali...


Daripada cari pasal dengan saya..mudah saja..hantar latihan saya..lengkapkan semuanya..dan pastikan nota anda lengkap..sebelum senarai nama itu terhempas lagi....uhukuhuk...!


"cikgu..ceritalah..zaman-zaman cikgu study..kawan-kawan cikgu..bla..bla...kami mahu dengar" : ucapan pelajar yang menagih motivasi dan mahu tahu kehidupan universiti..

Ya..cikgu pasti bercerita..selitkan dalam pelajaran kita..berlucu-lucu di saat kita sedang "take five" setelah belajar....dan cerita-cerita motivasi seperti itu..membuatkan kamu juga teruja belajar bersungguh...dan keluar lah dari kepompong ini..menjadi sesuatu yang baik dan bermakna...
Kita boleh ketawa..lihat lah pembelajaran kita ini..boleh ketawa-ketawa bukan...tidak lah serius sangat..sebenanrnya..cikgu sudah mencipta suasana untuk kamu..bila waktu cikgu garang..bukanlah bermakna cikgu membenci..tapi..inilah yang cikgu mahukan..ikutlah acuan ini..bila mahu serius..bila mahu ketawa..dan bila berlucu-lucu..dan bila saatnya membuat kerja dengan tekun..tidak selama-lamanya menjadi garang..kerana guru adalah pelakon yang berwatak-watak hebat!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata dia pada saya..di saat saya sedang dalam mood sipi-sipi..sedang down dan sedang tidak bersemangat...(air mata macam sungai..mengalir laju-laju)


"Sayang..Sayang ini di sekolah sangat tegas dan pelajar mendengar kata..tapi kenapa sekarang menangis...?"


' tidak tahu kah saya sedang berhipokrit di sekolah..seolah-olah saya ini kuat menghadapi cabaran dan kuat pula membentuk suasana menjadi sepeti harmoni dan di ingini..sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran...'


jadi..ada ketika saya juga sedih..penat seh! tugas-tugas yang lain dowh!..dan sedang melawan perasan supaya jangan penat..jadi saya menangis dengan anda...kerana anda sentiasa ada untuk saya meluahkan kesemuanya....cerita-cerita yang saya lalui..seandanya tidak tertulis di sini..andalah yang mendengarnya..selalu..selalu saja mendengarnya..walaupun penat dan letih bekerja...tidak hairan lah jika anda kerap tertidur tatkala kita sedang bercerita...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
berkata dia pada saya:

" kerja abang adalah develop product..ianya barang...jika ada masalah apa..abang boleh saja tinggalkan..dan jika payah sangat tidak pula cuba selesaikan..kerana ada product lain yang boleh diganti.."

"kerja sayang adalah develop manusia...itu manusia (pelajar)..tidak boleh tinggal satu persatu..perlu selesaikan jua..jika di tinggalkan begitu saja..ia akan sesat..."
Jadi...developlah dia..walaupun banyak cabaran dan sangat tidak larat...laratkan juga diri..dan andai akademik tidak menjadi..sekurang-kirangnya mendengar kata anda..dan membuat kerja anda..bukan kah itu satu perubahan yang baik...? daripada tidak menghormati anda..menjadi menghormati anda..lebih dari yang lain...itu pun satu kejayaan juga bukan...?


kalam..saya dan dia..sangat manis dengan kenangan yang banyak..dan saya tidak sabar menulis lagi..tentang sesuatu yang penting dan berguna...Tentang Hati yang Hendak..Semuanya Menjadi..)

1 comments :

Unknown said...

OOO TU DIA WAK JOWO YG DSEMBUNYIKAN SELAMA NIE DAH MUNCUL HIHIHII...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?