Guru Pembina Negara Bangsa
Dedikasi buat anak murid tercinta..
Bukan tidak kasih atau tidak sayang..bukan juga tidak ambil peduli atau membiarkan saja menjadi jumud dan tidak berilmu...andai cikgu sepertinya tidak mengambil berat, itu bukanlah namanya guru..kerana sifat guru itu lazimnya penyayang..menegur setiap salah dan menasihati setiap tingkah kurang baik..membentuk akhlak menjadi terpuji dan terdidik...
pelajar ku: seandainya akademik bukanlah pilihan terbaik..jadilah manusia yang terididik..itu pun sudah terbaik..~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(aku dan kwn: on 16 may 2010..after sesi bergambar sempena hari guru di SMKTP)Hari ini, saya lah di tempat guru itu..berdiri di pentas perhimpunan dan menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia” hati merasa seperti..what u give..u get back! Jika dahulu..saya lah yang mendeklamasikan sajak untuk guru-guru sempena hari guru...dan hari ini pelajar pula yang mendeklamasikan untuk kami barisan guru..saya terharu dan bersemangat... dan jika hari ini pelajar tersenyum-senyum melihat cikgu-cikgu mereka menyanyi bersemangat di atas pentas...(saya tahu..ya..ya saya tahu..perasaan mereka waktu itu..kerana saya pernah merasainya..gila sumpah! saya tahu...memang sesuatu yang tak reti nak luah..)
Mendidik pelajar sekolah menengah tidak sama didiknya dengan pelajar universiti...cabaran guru sekolah tidak sama dengan cabaran para pensyarah universiti...guru sekolah cabarannya hebat..perlu membentuk peribadi dan akhlak..kerana di usia remaja peringkat menengah ini lah lemahnya anak remaja..saat belasan tahun, jiwa mereka haru biru..caca merba..mahu mencuba itu dan ini...dan lazimnya..memenatkan guru untuk membentuk jati diri yang baik..saat ini peribadai remaja tidak jua matang dan dewasa..tindakan yang melulu...mulut berbisa melawan guru...sepertinya sekarang..guru terlebih cabaran..macam-macam hal pelajar dengan kes yang tidak terjangkau oleh pemikiran guru dan masyarakat sebenarnya...mahu menyenaraikan satu persatu kes berkaitan pelajar menengah seolahnya tidak terluah di sini..cukup lah di dada—dada akhbar..
Guru menasihati..kadangkala guru di caci..guru menegah keburukan..kadangkala guru di benci...tak cukup dengan bergaduh sesama sendiri..dengan guru pun boleh bergaduh juga..namun dengan sabar dan tekun, guru tetap jua menasihati..jika hari ini marahnya bukan kepalang..esoknya masih mengajar dan tersenyum seperti biasa..jika hari ini guru membaling fail dan bersuara petir, esoknya masih ada tawa di bibir bergurau seperti biasa...tiada dendam mahupun setitik benci...
(Gambar ini di hantar oleh: Encik Mohd Zainal Abidin...suka suki mengedit pic saya dan najat..ada epatutletak telinga rabbit tuh..? tp...itu lah cikgu..ada macam-macam watak...) :
" Guru mewarisi pelbagai watak manusia..mereka lah pendidik..juga ibu..juga pelawak..juga pencerita..juga memberi motivasi...mengikut suasana di kelas..adakalanya menjadi tegas..adakalanya berusaha menjadi pencerita..adakalanya menceriakan keadaan dengan pelbagai kisah...segalanya untuk menarik minat dan usaha pelajar..menumpukan perhatian dalam pembelajaran..guru juga tidak jemu menjadi pelakon terhebat..mendidik pelajar menjadi acuan yang baik dan intan terpilih..."
Hayatilah nukilan ini: di adaptasi daripada salah sebuah buku motivasi
Guru Ibarat Pemain Layang-Layang
Memegang teraju, mengawal, memantau gerakgeri layang-layang
Guru juga merancang proses membuat layang-layang
Dari segi kesesuaian dan keseimbangan
Guru ibarat pemain layang-layang
Perlu tahu arah angin, perlu pandai mengawal , menarik ataupun melepaskan tali
Guru ibarat pemain layang-layang
Juga perlu tahu cuaca atau persekitaran sesuai
Serta Iklim untuk membina keyakinan bagi kedua-dua pihak~
Guru dan Pelajar
Cuba bayangkan, jika Guru (pemain layang-layang)
Suka hati merentap dan membiarkan tali layang-layang
Tentu Musnah Semua HARAPAN..
Hari ini sempena hari guru, saya tersentuh jua..wah! its my day...untuk semua guru-guru di Malaysia...”guru pembina Negara bangsa” ya..memang betul dan tepat..i’m proud to be a teacher!

1 comments :
selamat hari guru di ucapkan kepada semua guru2 yg pernah mengajar aku..bermula dari tadika..sekolah rendah..sek menengah..politeknik..n universiti..luv u all..n jasamu di kenang...sampai bila2..
Post a Comment