...sekolah kehidupan..

Monday, November 1, 2010

Ukhwah disini

Selamat bersenayan. HaHa. Dan selamat memulakan kerja pada yang bermula kerja hari senayan ini. HaHa. [guna perkataan senayan dowh! Perkataan zaman tok nenek era dinasor dulu-dulu. HiHi]

Sebelum tulis banyak. Saya syak huruf "T besar atau t kecik" dan huruf "U besar atau u kecik" ada masalah. Bila tekan dekat keyboard. Kena tekan kuat-kuat baru lekat. Cis!

.........................................................................................................................................................................................................................................................

Lihat tajuk? Tidak menahan sungguh. Islamik seh! Ukhwah disini.

HaHa. Mari lah mengikat ukhwah disini. Saya di tag oleh cik namie pencinta kucing. Beliau mahu saya menjawab soalan pula. Baiklah.

Soalan peperiksaan berbunyi ini:

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"

Jawapan:

  1. Fakta sains: saya gemarkan alam sekitar. Lihat saya blog ini. Ada pokok.
  2. Namun begitu saya tidak suka bunga dan tanam pokok bunga. Tidak suka ini.
  3. Fakta sejarah: saya suka sungguh membaca buku sejarah
  4. Malah saya adalah cikgu sejarah.
  5. Fakta masakan: saya gemar memasak try and error. [rasa sedap kira jadi lah. Nak kata pro tidaklah]
  6. Dan saya bercita-cita menghadirkan diri ke kelas masakan bila ada masa lapang.
  7. Fakta haiwan: saya suka binatang namanya katak. Okay. [sama dengan yuyun. Kan yuyun?]
  8. Tetapi. Bukan katak gomok. Beliau adalah katak kecik yang tidak gerutu dowh!
  9. Fakta mudah-mudah: saya sukakan sesuatu yang simple sahaja.
  10. Simple-simple pun biar lah nampak kemas dan comel.
  11. Fakta yang digemari: saya suka jahit baju kurung banyak-banyak
  12. Malah saya sudah pesan kepada encik tunang sila lah beli mesin jahit kepada saya bila sudah jadi suami isteri nanti.[amaran: saya tidak gemarkan jahit baju orang]
  13. Fakta makanan: saya suka makanan melayu masakan kampung. Mesti lah. Perut melayu. Ye dak?
  14. Hal ini kerana. Jika tidak kena makanan ala melayu. Saya boleh berduka lara lama-lama.
  15. Fakta cinta: KAHKAHKAH. Iya lah saya buat pengakuan ini walaupun memalukan saya: saya seorang yang setia. Penyayang dan berhati lembut. HAHAHAHA. [buat tulisan kecik sudah lah tang ni]
  16. Sebabnya. Tidak ada sebab. Cinta dan kasih sayang tidak perlu sebab okay?

    Tamat. [boleh tak saya jawab setakat ini sahaja? Saya tahu dah. Saya mesti tidak lulus periksa ini. HaHa] tapi. Jawab 16 per 25. Lulus jugak lah kan. Walaupun sikit lagi saja nak lemas.

    Okay. sekarang saya mahu mengetag orang pulak

    1. Yuyun
    2. Pokcik dot
    3. As

    [tiga saja boleh? Boleh lah kan?] jawab lah pulak.

    Plink!

    p/s: isnin ini dari ahad semalam. Asyik hujan sahaja. Sudah masuk musim begini. Tuhan sudah adil. Hujan saat ini memberi rahmat kepada si petani menanti hujan untuk menebar benih padi sekarang. Hujan pula saat ini menutup rezeki nelayan turun ke laut.

    Hidup ada timbal balas. Kadang hari ini hari kita. Esoknya hari orang lain. Begitulah kita.

3 comments :

Acik As said...

hohoho...kena tag pulak...nanti saya jawab pas exam esok...hek hek hek...

Namie Amir said...

waaa...suka katak? oh..tidak..gelinya...!!

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

looo.. ingat nak jalan2 makan angin... sudahnye kene saman.... waduh.. ini saman kene langsai looo....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?