hey! iman menulis sesuatu hari ini..
sebenarnya hari ini saya sudah tidak di rumah encik ayah dan puan emak tersayang. sudah bergerak mahu ke johor bahru tempat tumpah darah encik suami. ahai. hati masa salam dengan encik ayah dan puan emak tadi rasa libang libu.
[mahu menangis terasa malu. maka. diam sahaja. buat-buat senyum]
ah. tak mo cerita. titik terus. teeet!
.....................................................................................
mari luah sesuatu.
kelak.
dosa kita. bukan lagi tertanggung di bahu encik ayah.
jadi.
berusahalah.
menjadi sebagus-bagus mungkin.
rasa takut datang menerpa-nerpa.
nanti-nanti hidup harus bagaimana.
masa hidup pun sudah tidak lama.
masuk fasa lain pula.
imam masa datang mengambil pengakuan rela saya:
ucapannya ini. saya mengikut kata:
"ayah..saya mengizinkan ayah menikahkan saya dengan.... "
bila saya selesai ucap itu.
imam berkata lagi:
'akan selesai segala tanggungjawab ayah. kini terserah nasib anda dengan si suami'

aduh!
masa itu. rasa bergetar jantung saya.

tapi.
ini lah jalan yang telah saya pilih.

apa sahaja boleh di buat?
melainkan ini:
berusaha lah.
berusaha lah.
menjadi anak dan isteri terbaik.
menjaga adab.
menjaga akhlak.
menjaga solat.
menjaga maruah.
menjaga segalanya.
dengan baik.

kelak.
di akhirat kelak.
kita tidak menarik siapa-siapa.
untuk berkait dengan dosa kita.
kelak.
saya berharap.
saya dapat menjaga diri dengan baik.
menjaga pula encik suami dan zuriat comel jika diizinkan Tuhan.
kelak juga.
harap encik suami menegur salah saya.
tidak membiarkan saya dengan dosa.
atau mengambil sikap. tidak apa.
tegur lah saya.
mana salah. mana tidak boleh pula.
kelak juga. saya harap. saya boleh berusaha menjadi lebih baik.
p/s: ada encik suami. solat menajdi lebih terjaga. tahu?
Dan. mahu saya bagitahu sesuatu. terasa macam berkahwin saja-saja. masih macam mood bercinta. rasa tidak percaya pulak.
memang nak kena penampar jepun lagi sekali.
baru percaya.
sudah menjadi puan isteri dan encik suami.


3 comments :
moga ALLAH memberkati kamu dan encik suami.....
langkah pertama sudah diatur maka berhati² utk langkah seterusnye..
bergaduh manja adalah proses komunikasi....komunikasi secara EMOSI... cuba elakan cara komunikasi seperti itu
maka perbanyakan komunikasi menggunakan AKAL.. jangan berkomunikasi dgn PERASAAN@EMOSI.....
muga segalanya d'berkati Allah swt...^O^ tahniah untuk pernikahan mu iman
pokcik: terima kasih atas nasihat berguna anda..sgt hargainya...
aien: terima kasih ain...
Post a Comment