...sekolah kehidupan..

Sunday, November 7, 2010

Bah.

Nota ditulis pada haribulan November, Enam. Tahun 2010. Hari Ahad.

Sampai umur saya 28 tahun. Saya tidak pernah merasa banjir. Rumah encik ayah tidak pernah kena air bah. Apa lagi banjir. Sekarang negeri utara semuanya banjir. Banjir terburuk setakat ini. rumah encik ayah tidak kena banjir juga. Saya bersyukur banyak.

Tadi. Saya ke Alor Setar. Bersama puan ibu dan cik kakak. Huhu. Semua premis tutup. Kedai yang kami mahu pi saja yang bukak. Alhamdulillah. Tuhan masih mempermudahkan urusan saya. syukur.

[saya rasa kedai itu saja yang bukak. Barang-barang sudah tidak di susun di rak bawah. Semua sudah diangkat ke rak atas dah]

Hari khamis lepas. Saya ke alor setar juga. Masa itu air langsung tidak naik. Masih macam biasa. Suasana macam hari-hari biasa. Hari sabtu pergi. Huhui. Air sudah naik di kaki-kaki lima kedai. [kalau ada kaki enam. Saya pasti sebut kaki enam atau tujuh]. Semua kedai tutup. Sudah banyak tutup. Ekonomi lupuh sekejap. Air sudah naik.

Masa saya melangkah masuk ke kedai. Tuan kedai letak ketul bata tiga empat bijik merentang air untuk pelanggan lalu masuk ke kedai. Usai beli belah. Bila saya mahu keluar. Ketul bata sudah tenggelam tak tahu ke mana dah letaknya. Air sudah naik sedikit.

Masa lalu nak sampai ke alor setar. Sungai-sungai sudah penuh air. Sudah mahu melimpah. Hati saya macam kena hiris-hiris. Rasa sedih tengok air bah. Air sungai laju sungguh. Rasa sedih sebab saya macam tidak percaya lihat semua ini. Tuhan bagi ujian macam ini.

Gerun tahu. Lihat tanah jadi macam laut dah. Tidak tahu mana tebing. Tidak tahu mana sungai.

Negeri saya tidak lah hujan. Memang tidak hujan lebat menderu-deru pun. Ada satu hari minggu lepas hujan renyai-renyai satu hari. Thailand sudah banjir teruk.

Buka empangan depa ke Malaysia pulak. Air tidak tahu menuju ke mana. Perlis pun jadi banjir. Empangan penuh juga. Buka empangan. Air bah teruk. Masuk ke kedah. Empangan kedah pun sama. Buka juga. Air terlalu banyak. Empangan penuh-penuh semua.

[kang kalo tak buka. Air sudah melimpah-limpah. Kang jadi empangan pecah lagi payah. Terus jadi bahaya ye dak?]

Bila semua empangan di buka. Banjir lah macam ini gaya. Dari utara-utara sampai di utara-utara juga. Sampai di alor setar dah setakat yang saya tulis ini. kawan saya rumah dia di Jitra banjir.

Air masuk sampai paras pinggang langsung sampai ke dada. Yang sorang lagi. Jauh sikit. Air masuk jam empat pagi. Sampai paras lutut. Tidak boleh lah dia balik bertugas. Tidak ada jalan mahu keluar dah]

Kesian.

Budak-budak masa-masa ini lah nak main air lah apalah. Kang sudah tergelincir masuk sungai. Tinggal selipar saja tepi sungai. Hilang. Lemas. Mati.

Budak-budak masa ini lah juga tidak dengar orangtua-tua tegur. Naik motor seronok-seronok menonong ke jambatan. Sudahnya tidak boleh beza mana jambatan mana sungai. Air banyak tidak nampak laluan. Jatuh. Hilang. Lemas. Dan mati.

[puan emak dan encik ayah sekalian. Awasi lah anak-anak kecik anda. Jangan kasi main air bah]

Bab air bah ni. Paling lah saya takut dan risau. Hati masa naik feri balik dari langkawi ke kuala kedah juga sudah tidak sedap. Gelombang air laut pun tidak seperti biasa.

Sementara dok dalam feri tunggu sampai ke jeti. Mata tidak lah boleh tidur banyak. Mata pejam. Otak sedang fikir takut. Dan hati dok berdoa banyak supaya selamat sampai.

Hurm. Tuhan nak bagi bala dan ujian. Bukan nak bagi pada sorang dua yang buat salah. DIA turunkan pada semua. Tidak kira engkau betul. Tidak kira engkau patuh. Tidak kira engkau jahat. Tidak kira engkau salah. Tidak kira juga engkau sokong apa.

Kali ini DIA tenggelamkan kita semua dengan air.

Lihat air naik sikit demi sikit tadi di alor setar. Balik rumah rasa mahu menangis. Sedih dan takut juga. Negeri saya banjir. Tidak pernah banjir seperti ini. dan saya tidak pernah merasa banjir. Cuma melihat orang lain. Negeri orang lain.

Kali ini saya melihat orang-banjir. Dan kali ini negeri saya di bahagian alor setar dan ke utara-banjir. Rasa dekat dengan saya pulak walaupun rumah encik ayah tidak terkena pun banjir.

Nak balik ke Langkawi pun sudah cuak. Air bah ini pun tidak boleh kemana. Mengalir dan mengalir menuju tempat rendah. Nak surut cuma tunggu tanah saja serap air.

[T____T] bila nak balik langkawi jek..hati mesti dap dup dap dup..huhu.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?