Penuh
Haish! Belum apa-apa sudah masuk isyak. Sekejap saja masa berlalu. Uhui. Hari ini masa saya penuh. Aktiviti puan isteri sebagai suri rumah sepenuh masa. Ini namanya. latihan dalam perkhidmatan tahu?Kehidupan baru saya baru bermula. Ehem-ehem. [kahkahkahkah] mari ketawa dulu dua tiga dekah. [apa kena dengan engkau iman?]
……………………………………………………………………………Comel
Memasak bersama ibu mertua comel. Memang akan comel jadinya. Menu kami tengahari tadi mudah saja. Puan ibu mertua memasak kari ikan. Ayam goreng bersalut tepung berempah. Saya memasak sambal tempe dan sayur bayam. Titik.Pagi-pagi lagi sudah comel. Berborak sambil saya menyediakan sarapan untuk encik suami. Puan ibu mertua berada di atas kerusi. Dan kami berborak dari jam lapan sampai jam dua belas. Ha kau? Lepas itu baru lah boleh mula memasak.
[memuji ibu mertua sebagai comel adalah perlu sebab beliau memang comel orangnya] HaHa. Ibu mertua anda bagaimanakah?Titik
………………………………………………………………………………Pesan [sila abaikan ini]
Sungguhpun tidak ada kena mengena. Encik suami memesan pada saya.'Sila tulis di blog yang abang sedang sibuk'. [saya tidak tahu apa motif dan modus operandi beliau. Maka saya tulis sahaja di sini. [konon-konon sebagai sang isteri yang lurus] KahKahKah.………………………………………………………………………
RutinEsok encik suami sudah mula bekerja. Cuti beliau sudah tamat. Maka. Haruslah saya tinggal seorang diri dirumah. Tapi tidak apa. Saya menunggu anda pulang juga.
Uhui. Begitu rutinnya hidup saya nanti. Sebulan ini. Dirumah. Menanti suami pulang dari kerja setiap petang. Pagi bangun menyediakan sarapan. Hantar suami kerja di muka pintu. Salam dan cium tangan. Aduh! Sungguh tradisional dan patuh. HaHa.
Tengahari. Memasak bersama ibu mertua comel tersayang. Kemas-mengkemas apa yang patut. Petang. Sebelum encik suami pulang. Buatkan minum petang dan sedikit kuih muih. [ewah! Sungguh bagus begini].Bila encik suami pulang. [terus lari laju-laju dakap encik suami depan pintu] KAHKAHKAHKAH. Gila. Bila suami pulang. Hidangkan saja minum petang. Baru kena. Cenggitu gaya ye dak?
Phew!
……………………………………………………………………………………Mendengar kata
Saya tidak melupakan apa yang encik ayah pesan dan suruh. Saya juga tidak melanggar apa yang encik suami suruh. Saya patuh dan buat. Saya harap saya sentiasa diberi kekuatan oleh TUHAN supaya sentiasa begini.Saya rela begini jika apa yang saya buat ini mengundang redha encik suami dan redha encik ayah dan puan emak saya dan redha puan ibu mertua. Alhamdulillah.
Hai semua.
Apabila ada tangan lain. Yang berhak keatas anda. Dan "tangan" itu sangat menjaga halal haram untuk anda. Menjaga muhrim dan mahram untuk anda.Maka anda harus bersyukur banyak. Ia membuatkan anda berasa selamat. Yang menjadi susah dan sukar. Bila teguran tidak pula kita terima dengan hati terbuka. Janganlah.
Mari lah mendengar kata orang yang berhak ke atas kita. Kelak. Redha itu sungguh membawa makna.
Saya bersyukur banyak. ALHAMDULILLAH. Terima kasih Tuhan. Saya harap saya sentiasa begini.Tamat
p/s: entri boleh juga diberi tajuk bina ayat berdasarkan perkataan bergaris. HaHa. [selamat maju jaya] eh. Tiba-tiba pulak ye dak iman nih!

9 comments :
hurm...saya yang membaca juga dapat membayangkan ina yang comel sambil tersenyum2 menaip baris2 ayat..wahai puan ina,selamat bergelar isteri solehah...asyik tersenyum kerana dalam ati berbunga setaman...chewahh...hehehe
ihi..tenkiu wanie..tidak lah bersenyum2 sambil menaip entri...hihi..senyum baca komen dr wani aje..
Puan ina.. agak2 bila laa saye dapat tulis entry yang berisi macam nie.. hak hak.. nak jugak..
moon...sy rsa moon boleh tulis dlm msa cuti sek akn dtg...HaHa..
hehe cikgu iman pon sungguh omel ape kurangnye hehe
huhuhu... uihk... boleh kah aku menulis disini?... menulis dibelog seorang isteri yang mana suaminye tiada di rumah... bahaya nih.... huhuhuhuh.
ibu mertua seperti ibu kandung juga.... saling hormat menghormati...
p palang s :- jangan lupa attach minum petang kat emel pakcik ptg nih... huhuhuhuhu
moga kebahagiaan malam pertama kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat kamu berdua...
apa kah itu satu ucapan juga... huhuhuhuhu
pokcik..ahahahahaha [saya ketawa berdekah membaca komen anda]
terima kasih ats nasihat. dan akan sy kirim minum petang bersama..HaHa.
congrates.....wish u will epppy forever wit abg hubby....
piyo-piyo: tenkiu adik..i love u so much!
[hai semua. piyo2 adlh adik kesayangan sy]
Post a Comment