hey! iman menulis sesuatu hari ini.. TIDAK KENAL Maka TIDAK CINTA Kan? Macam kita juga. Kalau tidak kenal orang. Maka kita tidak tahu tahap keserasian kita dengan orang itu ada atau tidak kah? Ye dak? Okay. Ambik satu contoh. Mari saya huraikan. Contoh ini. Macam kita sekolah-sekolah dulu. Kena dapat cikgu yang garang sikit. Hati rasa sungguh cuak. Ketaq dup dap dup dap. Rasa takut dan tidak berani rapat. Lepas itu nak minta pi tandas pun tidak berani. Rela tahan nak buang air kecik. Sanggup tahan dan rela di rumah. Kena gaya pulak budak-budak laki-laki dalam kelas kita jenis yang nakal banyak. masa ini lah mahu memberontak dan menunjuk perasaan tidak suka. Ye dak? Bila lama-lama. Sudah kenal. Mula rapat dengan cikgu. Tak ada lah garang sangat ye dak. Tegas sahaja. Seronok pula belajar. Janji kerja sekolah siap. Tak faham belajar tanya. Tidak buat benda cikgu tak suka. Kan sudahnya akan harmoni juga. Bila rapat. Tiba-tiba cikgu sudah mahu pindah. Bertukar ke lain tempat. Hati rasa sayang jugak. Terasa hilang barangkali. Itu lah. Orang kata. TIDAK KENALmakaTIDAK CINTA. [tak dak contoh lain ka? Hang asyik-asyik budak-budak. Asyik-asyik sekolah-sekolah. asyik-asyik cikgu-cikgu] HaHa. Apsal banyak pulak kata ganda saya taip. Asyik-budak-sekolah-cikgu. Sila jimat perkataan okay. Okay. contoh lain. [tak mau bagi contoh dah] Masa sekolah rendah. Darjah empat saya naik basikal ke sekolah. Di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya bukan jenis yang suka pergi tandas. [lihat pelajar saya sekarang. tidak kira laki-laki atau perempuan. Suka sungguh pergi tandas. Kejap-kejap mahu ke tandas. Kejap-kejap mahu ke tandas. Tidak tahulah mahu mencari apa tidak kira waktu] [jadi. Untuk elak dari pelajar menipu saya. maka. Masa matapelajaran saya tidak benarkan ke tandas suka-suka. Nak kecik ke. Pergi sebelum masa saya. Nak besar kah, pergi sebelum waktu saya. Dan sebagai cikgu. Sohih dapat mengecam budak betul-betul mahu terkucil atau tidak atau sengaja-sengaja mahu keluar kelas. Ye dak?] Masa sekolah, saya kalau boleh memang kalau boleh tidak lah mahu guna tandas sekolah langsung. Bukan pasal tandas sekolah kotor. Sebabnya masa kecik-kecik rasa takut nak masuk tandas sekolah. Terasa macam ada hantu. KahKahKah. Politik betul. [kawan-kawan selalu cakap ada hantu. HaHa. Jahat] Lagi satu. Tandas sekolah ramai sangat orang guna. Saya tidak gemar. HuHu. Masa sekolah rendah. Saya rasa dari saya darjah satu sampai enam. Boleh kira dengan jari berapa kali saja pergi tandas. Alhamdulillah Tuhan bagi kesihatan cukup cantik. Tidak pernah nak sakit perut di sekolah atau apakah. Yang jadi masalah bila nak buang air kecik saja. Selalunya lepas rehat. [ya lah. Lepas rehat kan sudah makan dan minum. Maka memang akan terasa nak buang air kecik] Tapi. Memang tak mau ke tandas sekolah. Sanggup tunggu masa balik. Tunggu loceng waktu balik bunyi. Maka. Cepat-cepat chow! Ambik basikal dekat tempat letak basikal. Kemudian. Kayuh laju-laju. Sampai saja di rumah. Lari-lari. Buka stoking dan kasut pun kena lompat-lompat. Sebab kalau berhenti lari dan hentak kaki. Mesti terkucil. Lepas buka kasut. Terus lari ke bilik air. Kena cepat-cepat pee~. Ahhh~ lega. KahKahKah. Uh. Memang nostalgia. Yang paling saya ingat ialah: Masa balik sekolah. Kayuh basikal tengah panas. Balik dah nak dekat pukul satu. Beg sekolah berat dowh! Kemudian. Modus operandinya setiap hari adalah sama jika memang tertahan-tahan mahu buang air kecik. Turun basikal mesti lari. Lepas itu buka stoking kena lompat-lompat. Buka kasut pun kena macam itu. Kaki tidak boleh dok diam. Kalau diam terkucil. KahKahKah. Kemudian lari ke bilik air. Tidak lah setiap hari macam ini. Kalau nak terkucil sahaja macam ini gaya. Sungguh teringat. Berbeza kita dengan pelajar sekarang. depa. Pelajar la ni. Kalau boleh nak bertapa dalam tandas sekolah sehari suntuk. Buat apa pun saya tak taw. Saya punya lah tidak berkenan ke tandas sekolah masa kecik dulu. Pelajar saya sekarang suka. Tudia tajuk. Dah jadi tajuk lain. Sudah tidak kena gaya. Lepas itu berjela-jela pulak. Memang tersasar. Nak cerita lain. Tapi tulis pasal lain. Ampun bang! p/s: saya teringat masa kecik-kecik. di sekolah ustazah kata syaitan suka tempat kotor. antaranya adalah tandas. jika waktu azan maghrib, syaitan takut. dan lari masuk tandas.
Friday, November 12, 2010
Sudah jadi tajuk lain
Bila sebut pasal takut dekat cikgu nak minta kebenaran keluar kelas nak buang air kecik. Terus nak cakap pasal lain. Ini kenangan nostalgia.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
pakcik cadangkan... setiap kelas diadakan tandas ..... so sesapa nak belajar sambil duduk dalam tandas... sila ke tandas kelas aje......
xpraktikal kot pakcik..
budak2 ni kalo buat toilet dlm kls..btmbh busuk lah kelas tuh..kang berak..then jamban tersumbat ke apa. cikgu lg susah hati. nk mengajar pun xsng..busuk rokok lg..cait!
Post a Comment