Selasa sudah. Saya di rumah menjadi suri rumah sebulan. Jam dua pagi semalam. Saya bangun solat isyak. Huhui. Tertidur jam Sembilan santak sampai ke dua pagi. Terasa lena sungguh lama. Sedar-sedar encik suami sudah ada di sebelah. Tidak lah saya sedar jam berapa encik suami balik dari kerja. Langsungnya saya solat hajat sekali. Menyatakan hajat saya tentang sesuatu. Kelak di murahkan rezeki dan diberi kejayaan baik-baik untuk encik suami menghadap sesuatu esoknya. Amin. ........................................................................................ Pagi ini. Saya mentalipon encik ayah di kampung. Hati terasa macam disiat-siat. Saya terasa sungguh sedih. Tidak tahulah. Terasa ada jarak pula. Sebenarnya. Saya merindui orang tua. Tapi tidak lah boleh saya luah di depan-depan. Masa bercakap di talipon. Yang cuma terluah adalah bertanya kabar. Dengar suara encik ayah. Terasa macam mahu saja lari celapak balik jenguk encik ayah. [T______T] Saya. rasa mahu kembali macam dulu. Tapi. Tidak boleh lah. Sekarang sudah tidak sama. Saya ada tanggungjawab saya yang besar. Yang patut saya cuba dan buat jadi baik-baik saja. Tapi. Bagaimana mungkin mahu macam dahulu zaman muda juita. Bujang meronggeng ke sana sini. Tiada ikatan dan patuh apa-apa. Sekarang tidak. Encik suami keutamaan saya sekarang. Hai perasaan tidak enak. Jauh-jauh lah pergi. Jika rindu pun. Saya sudah tidak boleh berasa boleh balik selalu-selalu. Mahu menangis sahaja pagi ini. p/s: HUHUHUHUHU. Itu sahaja. Hati menangis sebab teringat kan encik ayah dan puan emak.
Tuesday, November 30, 2010
Bagaimana mungkin?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
biasa le tu... sepanjang bujang dara sunti bersama ibu dan ayah.... dan sekarang baru beberapa hari tinggal dengan orang lain.... mesti la perasaan rindu tu masih menebal.....
sabor le ye.. itu nama nye proses kehidupan....
ermmm....
Post a Comment