...sekolah kehidupan..

Sunday, November 7, 2010

Chayyok!

Esok sudah mula kerja. Mari kita bersemangat. chayyok!

Satu.
[setting sabar bagi banyak-banyak]

Sampai saja di rumah tempat bertugas. Switch on kipas. Eh. Tidak berpusing pun? kenapa macam ini gaya. Lagi seminggu mahu sekolah. kipas pun buat perangai.Tidak apa. Mari kita bersemangat. Jangan sedih.

[walaupun kipas angin dalam bilik rosak tidak tahu kenapa. Tidak apa. Sekarang musim hujan okay. panas sikit pun tidak apa, okay?]

Dua.
[setting mood bagi ceria]

Sampai saja di rumah tempat bertugas. Mood sudah lari. Tidak berselera pulak makan nasik. Kenapa macam ini gaya? Macam ini gaya lah kalau cuti lama-lama. Makan nasik dan lauk puan emak masak. Ye dak? Tidak apa. Mari kita bersemangat. Jangan lah sedih.

[tidak apa tidak makan nasik satu hari saja. Esok pergi sekolah. pagi-pagi lagi pergi cari nasik di kantin sekolah okay?]

Tiga.
[setting fikiran negatif kepada positif]

Sampai saja di rumah tempat bertugas. Otak sudah fikirkan masalah. Haruslah minta pendapat ketua. Kenapa macam ini gaya? Macam ini gaya lah sebab kita kerja satu organisasi. Ada ketua. Kenalah bagi dia tahu masalah anak buah ye dak? Faham atau tidak faham belakang kira. Tidak apa. Mari kita bersemangat. Jangan sedih.

[tidak apa. Cakap dulu masalah kita apa. Yang penting cuba okay?]

Empat.
[setting yang tidak rajin kepada rajin]

Sampai saja di rumah tempat bertugas. Otak sudah setting kerja bagi siap. kena macam ini gaya. Tidak boleh tidak. Kalau tidak saya atau awak akan menjadi cendawan mati kena racun. Tahu? Tidak apa. Sedih pun kena siapkan jugak. Jadi. Mari bersemangat.

[tidak apa lah susah sikit. Janji semua kerja siap tepat waktu. Dan tidak menyukarkan anda kelak. Okay?]

Jadi. Pengajaran untuk kita adalah ini:

MARI BERSEMANGAT MEMBUAT KERJA BAGI SIAP dan silalah berfikiran POSITIF. Titik.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

moral of da story ...

kerja itu ibadah jika kita sabar ..ikhlas.... dengan sentiasa bertawakal kepada ALLAH......

huhuhuhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?