...sekolah kehidupan..

Thursday, November 11, 2010

Saya cam budak itu

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Wah. Hari ini betul-betul khamis. KahKah. Apakah ayat ini? memanglah hari ini hari khamis ye dak? Kahkahkah. Rasa perkataan "kahkahkah" itu sungguh kena untuk menggambarkan perasaan saya.

Rasa seronok sebab sudah habis beban kerja. Dan selamat datang cuti yang panjang. Cuti sekolah bermula minggu hadapan pada selasa. [isnin lepas sekolah. Saya sudah sedia membawa diri menaiki feri balik ke tanah besar] yuhuuuuuuu.

Selamat tinggal penat lelah

Hai semua. Macamana hari anda hari ini? saya baik-baik saja. Balik saja dari sekolah. selesai memandi. Selesai menyolat. Selesai membasuh baju. Dan menulis sekejap disini. wah. Kerja akhir tahun memang banyak. ya lah. Sudah mahu tutup sekolah. Maka kenalah bagi selesai semua.

Phew!

Saya tidak sabar mahu balik ke tanah besar. Saya mahu rehat dan menanti bahagia saya datang. Kahkahkah. [ayat tidak boleh blah] titik cepat-cepat iman. Over taw?

Okay. mula yang lain.

Saya tadi melihat seorang pelajar itu lagi. Saya tidak tahu apa nama dia sebab tidak mengajar kelas dia. Tapi sungguh kerap melihat dia. Merata-rata dia ada sekarang ini. Ya lah. Pelajar tingkatan lima sekarang sudah masa ulangkaji.

Saya cam budak itu. Dia suka ponteng merata ceruk. Sakit hati. Sudahlah ponteng berjalan merata-rata. Bising pulak setiap kali lalu di kelas yang ada guru sedang mengajar. Saya perasan dia. Selalu lalu tepi kelas saya.

Dia besar dan tinggi. Badan macam laki-laki dewasa. Sungguh cara dia tidak beradab banyak dan hati tidak berkenan melihat dia. Sudah besar dan sudah tidak berapa hari dah mahu mengambil sijil pelajaran Malaysia tahun ini. Dia di dalam kelas corot sekali.

Itu saya pasti sebab kelas corot ini pelajarnya lain macam sikit sikap dari biasa. Dia begitu kurang ajar dengan guru. Setiap kali melihat dia. Hati saya berdetik sesuatu yang tidak bagus tentang dia. Sungguh dia seperti budak tidak ada akhlak bagus. Tidak tahu lah.

Saya tidak bercakap apa-apa. Dalam hati saja terasa macam dok tahan sabar. Kalau tidak sabar mahu saja menyumpah-nyumpah. Cuma macam menyampah banyak. Dan lain-lain cuma boleh berdoa supaya dia menjadi baik-baik saja.

Kadang-kadang dia menganggu pengajaran saya. Sungguh pun dia sekadar cuma lalu lalang di sekitar kelas. Mulut dia sukar di kawal dan ucapan yang sakit telinga. Mengeluarkan cakap tidak enak-enak pulak untuk menarik perhatian kita. Adakah dia gila?

[HaHa. Ha kau? Kan sudah terkeluar perkataan tidak molek]

Saya rasa dia tidak pernah ada di kelas. Dia ada pengikut tersendiri. Di mana ada dia. Macam dia itu ketua. Hey. Pelajar tingkatan empat takut dengan dia. Bila dia ada bersama mereka. jadi diam sahaja]

Kemudian. Saya terfikir pulak macamana budak ini di rumahnya? Dan suasana dia dibesarkan atau apakah. Apakah makanan yang disaji atau hubungan keluarganya bagaimana?

[kadang-kadang tidak boleh sembrono menghukum pelajar. Kena tahu juga latar belakang dia. Keluarga dan cara dibesarkan memainkan peranan dalam akhlak dan tingkahlaku pelajar bermasalah di sekolah]

Setiap kali berselisih. Dia pasti ucap sesuatu yang tidak enak telinga saya mendengar. Bila melihat dia. Mata saya tidak boleh tidak menjeling dia. Saya tidak tahan! Nak marah dia. Tapi tidak tergamak. Ramai orang. Nak marah dia. Tidak ada kuasa mahu melayan dia yang selalu menganggu pengajaran saya.

Jadi diam saja. Kalau marah dia. Dia mesti suka. Sebab kita sudah bercakap dengan dia. Dan menjadi-jadi pulak dia. Saya malas layan. Alih-alih dia sedar sendiri.

Jika dia bising sangat di luar kelas saya baru lah saya menghalau dia ke lain. @#$%^&. Ngok! Bukan reti masuk kelas sendiri.

Saya selalu menjeling tajam kearah dia. Dia pun tahu itu. [tanda saya tidak senang dengan dia] Boleh saya cakap dia bodoh?HaHa. [berterus terang kadang-kadang menyakitkan]

Saya tidak boleh cakap pelajar bodoh. Sebab walaupun dia tidak ada akademik bagus. Bermasalah pulak dan tidak ada adab. Saya tak boleh cakap itu. Itu tidak bagus.

Saya sentiasa cam budak itu. Sebab kerap sungguh melihat dia merayau tidak masuk kelas. Saya memang cam budak itu sebab masing-masing macam pengikut dan dia macam ketua. Kemudia kerap bising dekat-dekat kelas saya. Tang bising dan cakap bukan-bukan tu yang lagi buat saya cam dia.

p/s: Saya tulis ini. sebab mahu bagitahu ini. Dulu cikgu saya bagitahu ini. Andai kita sampai-sampai cikgu pun sudah tidak mahu tegur salah dan silap. Maka kita sudah tidak ada di hati cikgu. Dan maknanya cikgu pun sudah tidak terlayan dengan sikap tidak bagus anda. Biarlah mahu jadi apakah.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

selain mak ayah... cikgu la orang yang perlu dihormati.. kerana mereka.... kita boleh belajar.....

ntah le.. bdk2 sekarang nih.... macam2 perangai pelik yg depa tu nak cuba buat.....

nak jadi ketua kongsi gelap... duduk dalam gelap sorang2 pun dah takut.....

pensil iman said...

pokcik...budak2 besar bdn saja besar..tp, fikiran blum matang dan singkat...buat kerja ikut hati saja..
sbg cikgu..kdg2 dah puas tegur..dok mcm itu juga..smpai2 da jd tahap..suka hati dia sj lah..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?