ai apa yang bakal saya ada. [sebuah sambungan] Atas perancangan Tuhan Azzawajalla. Malam ini saya sudah berinai. Jari saya sudah di pakaikan dengan inai. Sebenarnya saya tidak lah suka berinai. Sebab pada saya inai di tangan saya nampak buruk. Maklum lah. HaHa. Saya bukan kategori perempuan putih melepak. Putih-putih nampak elok saja jika di pakaikan inai ye dak? Saya bila di kenakan inai terasa macam kontra pulak ye dak? KahKah. Encik ayah tidak pula membenarkan jari saya di lukiskan inai seperti mirip dengan agama hindu. Itu lah orang tua-tua. Saya patuh sahaja. Tapi pada saya, inai itu di lukis atau tidak di lukis sama sahaja. Kita tetap menerima pengaruh hindu ye dak? [dan kenapakah mesti ada bulat seperti ini di tapak tangan? huduh kan?] HaHa. Membawa makna apakah. [apahal tiba-tiba di malam pernikahan ini cikgu sejarah bercakap tentang pengaruh hindu ke tanah melayu pulak] okay. titik. Dengan inai cantik pada adat ini. Esok pagi saya akan bernikah. Dia akan menikahi saya berwalikan encik ayah. Bernikah? Esok. Ya. Jika di panjangkan umur. Saya akan bernikah esok. Dengan dia yang saya pilih bersama restu encik ayah dan puan emak. Dan sebelah pihak laki-laki juga. Terima kasih kepada ibu mertua kerana datang meminangkan saya untuk dijadikan isteri kepada anaknya. Dan terima kasih di atas restu anda membenarkan kami bernikah. Terima kasih mak. [T____T] ......................................................................... Haish! Saya mungkin tidak tidur lena malam ini. Perasaan dia, tidak lah saya tahu. sebab dia menghantar pesanan ringkas kepada saya. dia mahu tidur awal. okay. Tapi saya pasti dapat agak dia turut merasa debar seperti saya. Esok. Saya pasti bangun awal. Subuh. Doa. Dan tawakkal juga. Haish~ berdebar banyak tahu. [soalan: gedik tak?] [jawapan: ya. Eh. Tidak. Semua orang pasti merasa debar mahu di nikahi] [menghalalkan sesuatu hubungan yang haram dengan satu akad. Itu suatu yang besar maksudnya dalam hidup] Hey. Saya menaip entri ini dengan jari yang berinai tahu? Sungguh sejarah. HaHa. [saya mungkin menamakan entri ini sebagai "saya menaip entri dengan jari yang berinai"] Tuhan. Saya pohon di permudahkan urusan dan segala perancangan berjalan dengan lancar dan sempurna. Amin. p/s: kawan yang klasik telah menghantar pesanan ringkas. katanya. ini lah malam terakhir saya tidur seorang diri. [cis! pandai berpolitik ya beliau?]
Saturday, November 20, 2010
"saya menaip entri dengan jari yang berinai"
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

5 comments :
201110 : Jam skrg mnunjukkan waktu magrib... kejap lg waktu isyak..lepas tu waktu buat pengantin berbual-bual mgenali lg dgn lebih dekat hahahahaha
iman cantik sekali semoga bahagia disamping insan tersayang..dan cepat dpt baby2 yg comel..:)
huhuhu... ari nih 22 Nov ..baru baca belog hang... huhuhuhu
moga kamu selamat dan memulakan kehidupan yg baru... dengan lebih cekal...
Cikgu...maaf, sy tak sempat ke majlis persandingan itu hari walaupun sy berada di Kuala Kedah ketika tu..banyak hal cikgu... Camne ngan kehidupan cikgu la ni?
tenkiu semua...
yuyun: its ok..xpe..sy fhm...
pokcik: huhuhuhu..xpe lah baru baca blog saya...saya pun xda ksmpatan sgt nk buka blog..
qaseh: tq...insyaAllah...amin..
Post a Comment