...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 2, 2010

Saya impikan si Paul

Hari-hari berlalu di bulan November ini sungguh sibuk. [saya banyak kerja mahu siapkan]. Akhir-akhir tahun dan cuti pun sudah mahu muncul.

Masa itu peperiksaan akhir pelajar. Kena tanda paper cepat-cepat. Mengemaskini kesemua fail apa yang patut. Kemudian budaya tutup sekolah dan serah tugas kena buat baik-baik. Masa ini kalut tidak menahan.

Ah. Berhenti. [sudah tidak mahu dengar tentang ini]

........................................................................................................................................................................................................................................................

Rehat sekejap: menulis disini sekejap.

........................................................................................................................................................................................................................................................

Okay. Mujur ada blog. Boleh tulis-tulis dan ada rasa disini. Ye dak?

[sebab itu saya punya satu disini. Buat peneman saya di saat-saat stress dan jerawat mula naik tiga empat bijik di pipi] thanks a lot to blogspot.com sebab sudi biar saya punya satu blog comel disini. Ye dak?

..........................................................................................................................................................................................................................................................

Hari ini rasa mahu pinjam tangan sotong yang bernama Paul untuk tolong buat kerja. Satu. Mahu suruh tolong update fail peribadi pelajar. Satu. Mahu suruh tanda paper sejarah kertas dua bahagian esei. Satu. Mahu suruh tolong tanda paper sejarah kertas dua juga tapi bahagian struktur.

[bahagian objektif saya sudah tanda okay Paul?]

kemudian. Satu lagi mahu suruh tolong ...okay cukup. Boleh kena peluku dengan orang secara banyak kalau haku tulis lagi banyak. HaHa.

Yang lain saya buat sendiri. Sebab yang lain macam payah untuk anda buat.

Terima kasih untuk sotong Paul. Hari ini anda berijazah pendidikan. Buat kerja akademik. Tidak payah lagi buat orang main judi bola. Berdosa tahu? HaHa.

[kalau lah boleh macam itu. Saya mahu satu]

.........................................................................................................................................................................................................................................................

Hari ini selasa dah. Uhui. Cepat masa berlalu. Esok rabu. Pastu lepas sekolah balik lagi rumah encik ayah. Yabedabeduuu! Cuti okay? khamis cuti pergi cari sari baru. Jumaat cuti deepavali. Sabtu cuti pasang pelita. Ahad pesta maruku. HaHa. Appu nenne..happy deepavali untuk semua warga yang berbangsa India.

Challo baby!

Sambung kerja. Rait paper. Adeh! [esei sejarah tingkatan empat yang budak-budak jawab buat saya migraine sekejap]

p/s: hujan. hujan. hujan. [terimakasih malaikat mikail] bertugas memberi rezeki dan menurunkan hujan.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kat kl.... sekolah dah stat coti rabu khamis.... biasa le... 1 malaya gitu....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?