Phew! Mai chek nak habaq kat hampa semua. HaHaHa. Biaq chek gelak dulu dua tiga das. Chek dah siap dah packing beg nak balik kampung hari isnin minggu depan ni. Semangat. [walaupun esok hari sabtu chek tak kisah lah. Chek rasa tak nampak dah hari ahad esok lusa ni. Dok nampak hari senin dengan nampak beg anak gajah chek saja. HaHa] Sekali sekala boh loghat utara tang ni ye dak? Uhui. Saya sudah siap mengemas beg. Memang lepas saja sekolah isnin minggu depan. Saya akan: Challo Baby! Lari-lari. Naik feri. Naik feri balik tanah besar la! Ewah! Semangat sungguh. Cuti sekolah bermula. [sebelum kakitangan awam dan swasta lain dengki dengan cikgu cuti hujung tahun yang panjang. Baik saya berhenti tulis cepat-cepat. TITIK] HaHa. Ish. Nanti sat la. Tak puas hati ka? Nanti sat chek nak sinsing lengan. Mai nak lawan sikit. Ingat kerja cikgu senang kah? Susah jugak tau? Orang yang tak sabar ni tak boleh jadi cikgu. Kalau zaman jepun dulu maunya di pancung habis murid-murid. Sebab budak-budak sekarang sungguh melawan. Nak bentuk orang jadi betoi-betoi jadi manusia. Ewah-ewaaahhh. kemain dia ya. Sempat lagi nak cari pasal dengan orang. Iman! Cepat berhenti. Mengada taw? Over ni. HaHa Melawak saja okay. Jangan ambik hati. Nanti tak ada hati boleh bikin mati lah. Cis. HaHa. Okay. titik. Tak mahu berlawan lagi. [Begini sajalah. Setiap kerja ada kelebihan dan ada kekurangan masing-masing. Dan kita lah yang memilih mahu kerja apa sebenarnya. Jadi. Tidak lah boleh mencemburui nasib dan kelebihan oranglain. Ye dak?] ....................................................................................................................................................................................................................................................... Soalan: Esok nak buat apa? Jawapan: Tak ada jawapan. Sebab memang tak ada program apa. Dan akan duduk di rumah sahaja jumaat dan sabtu ini. Tahap bosan saya malam ini sudah mencecah 99 darjah celcius. Lagi 1 darjah celcius itu tidak bosan sebab masih ada laptop untuk menaip dan berblog. Itu sahaja nafsu yang ada setakat ini.Yang lain tidak ada. Lihat blog lama-lama sikit. Bosan. Lihat facebook lama-lama sikit. Bosan. Lihat blog orang lama-lama sikit. Bosan juga. Lihat talipon tangan mahu menalipon kawan. Bosan juga. [ada satu ketika. Jadi bosan dengan semua hiburan ini] Nak lihat apa lagi? Okay. tak payah tengok semua ini. Okay. Iman turn off laptop sekarang! Switch off lampu semua. Tido! Nite. p/s: Harap esok bangun pagi. Rasa indah-indah.
Friday, November 12, 2010
Sudah tidak nampak ahad
ini lah dia anak gajah dan mak gajah. [sedang bergaya cuti di eropah]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?


1 comments :
besaunya beg!!!
Post a Comment