I love my job! Saya bahagia dengan anak murid saya. biarlah mereka nakal atau tidak membuat kerja sekolah. hari ini saya marah esok baik semula. Kadang-kadang seronok bermain psikologi dengan mereka. Boleh nampak tahap pemikiran pelajar dan macamana tindak balas. Ah. Bikin ketawa. Mereka memang membahagiakan saya. Ada hari rasa sungguh letih dan marah. Ada rasa hari mahu menangis. Ada rasa hari sungguh pening kepala. Ada rasa hari sungguh tertekan. Budak-budak sudah besar. Mahu tegur pun ada cara. Kadang-kadang kita tidak kena cara. Kadang-kadang kena cara. Ya lah. Kita pun manusia. Mahu ajar manusia juga. Bezanya kita cikgu. Dia pelajar. Kecik sikit ilmu dari kita. Semua buat silap dan salah. Dan cikgu pulak tidak lah boleh selalu dalam kesilapan. Hai pelajar. Hari ini cikgu tengok kamu semua rasa seronok. perangai seorang-seorang setiap satu membawa cerita. Sudah nak habis tahun dah. Tahun depan sudah masuk tingkatan lima dah. Kadang-kadang dalam kelas kita usik mereka. Bergurau dan bersenda. Belajar dengan suka. Ada hari marah. Ada hari seronok. ada hari cool sahaja. Kadang-kadang kita buat macam-macam cara mahu bagi belajar dan buat kerja sekolah. Kadang-kadang sudah habis cara mahu pujuk anak murid bagi mahu belajar. Sehabis-habis cara Cuma boleh berdoa. Mahu pun yang malas sungguh-sungguh dan macam-macam masalah datang. Tapi. Itulah karenah yang nak kena hadap dan telan. Kadang-kadang mereka pulak usik kita. Bila sudah tahu rahsia kita. Mula lah datang bilik guru dan jemput kita pergi kelas dengan gaya yang macam-macam. Semalam pelajar saya tidak mengucapkan ucapan: 'terima kasih cikgu' bila selesai belajar. Ceh! Mereka ucap ini ramai-ramai: 'selamat pengantin baru cikgu' Gila. Mana mereka dapat berita pun tidak tahulah. Siap tahu nama bakal suami dan majlis kenduri di mana pulak. Mahu satu kad untuk mereka. Ceh! Saya rasa muka saya merah padam. Lepas itu usik lagi dan lagi. Lama-lama saya ketap bibir lama-lama. Tahan ketawa mahupun senyum. Buat muka tidak tahu apa-apa. Seboleh-bolehnya mereka usik sampai kita ketawa dan senyum. Budak-budak. Memang macam ini gaya. Tidak kira laki-laki atau perempuan. Saya kalah juga dengan usik mereka itu. HaHa. Hari ini saya lihat mereka. Setiap seorang ada watak ceria dan lawak sendiri. [depa tak taw cikgu depa lagi lah lawak orangnya. Cuma bersembunyi di sebalik profesion saja] Dan saya menulis ini sedang mereka menjawab peperiksaan kertas esei perdagangan. Saya menunggu mereka siapkan. I love my job! Susah atau senang. Suka atau duka. Mahu mendidik dan membimbing. Nakal atau tidak. Tidak mendengar kata atau sungguh tidak hormat cikgu. Tidak apa-apa lah. Itu lah cikgu. p/s: saya doa moga masa hadapan mereka lebih baik daripada saya. amin.
Wednesday, November 10, 2010
I love my ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

3 comments :
alahaii... sangat xcitednya nak jadi chekgu!!!
huhuh... TAHNIAH kepa kamu... moga kamu lebih bersemangat bila sudah berddua nanti... huhuhu bersemangat dalam segala hal.... huhuhuhu
moon: masa anda akn tiba nnti...sbr..=)
pokcik dot: t.ksh...hihi...hrp dpt hdup bsemangat byk...!
Post a Comment