...sekolah kehidupan..

Monday, November 8, 2010

Ada satu masaela

Hari ini saya berasa segan tahap 99 peratus. Lagi 1 peratus buat muka tebal dan tidak segan. [bukan segan maksud ini. sila klik. Ini segan maksud malu secara banyak dan berganda-ganda] jangan tanya kenapa kah. Okay? teet!

.............................................................................................................................................................................................................................................

Dalam hari-hari berlalu. Ada satu masaela. [kaddang-kaddang...jarrang..jarrang..] ini bukan cerita P ramlee okay? politik betul.

Dalam hari-hari berlalu. Tidak lah semua Tuhan makbul kan hajat kita. Jika semua Tuhan makbul. Terasa semuanya menjadi mudah-mudah pula. Ye dak? Maka Tuhan tidak makbulkan kesemuanya. Mungkin ada kebaikan yang dok berselindung di sebalik itu. Saya percaya itu.

Dalam hari-hari berlalu. Kita pohon supaya Tuhan memudahkan urusan harian kita. Agar semua berjalan dengan baik dan sempurna.

Dalam hari-hari berlalu. Bukan tidak ada kekusutan. Ada. Banyak. Kusut yang berat pun banyak. Kadang-kadang kita sudah rasa masalah kita ini sudah berat dah.

Tapi.

Dalam hari-hari berlalu rupanya masalah orang lain lagi berat dan kusut bersimpul. Maka kita kena berlapang dada. Dan anggap masalah kita kecik saja berbanding dengan siapa-siapa.

"Kalau masalah itu boleh di ibaratkan dan boleh di terjemahkan sebagai rambut kerinting. Maka, kerinting itu sungguh kusut dan tidak boleh disikat dah. Kalau sikat rambut juga maka sikat akan patah dua. Malah jika semut atau tebuan masuk akan mati lah saja akhirnya. Sesat dan tidak boleh bernafas"

Maka haruslah ke kedai saloon. Biar yang pakar membantu anda. HaHa. Begitulah ibaratnya. [Cis. jangan merapu]

Sambung balik.

Jika hari itu kita terlalu banyak permintaan. Tuhan tidak lah boleh bagi kesemuanya berlaku. Ada yang tidak jadi langsung. Ada yang semua harapan tidak lah DIA penuhi kesemuanya. Ada yang DIA penuhi satu dan dua sahaja. Maka. Ini lah hidup. Tidak semuanya manis.

Melainkan. Pada DIA itu juga adalah terbaik buat kita. Maka boleh menjadi baik-baik saja.

p/s: Tuhan paling suka menguji. Mahu lihat kita setia atau tidak. Jika waktu susahkah baru mencari dan meratap DIA. Jika waktu senangkah sudah melupakan DIA.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?