Saya sudah balik dari sekolah. Saya tadi siapkan kerja orang besar. Nama saja orang besar tapi tidak ada kerja besar. Oleh itu kerja yang besar itu orang kecik kena buat. Nampak lumrah kan? Orang kecik buat kerja orang besar. Orang besar buat kerja apa pulak? Goyang telur sahaja. Mudah. Tidak apa. Biasalah. Orang besar bagi alasan kecik pun nampak besar. Orang besar tidak tahu komputer katanya. Mungkin bila orang besar tekan computer maka dalam fikirannya laptop akan meletup. Atau mungkin orang besar mana lah hidup zaman teknologi sangat. Tahu gulung rokok daun sahaja dan tidak guna pemetik api. Cuma guna batu yang di laga-lagakan sampai keluar jadi api. Bersungguh juga ya orang zaman awal-awal dulu mahukan api dalam hidup ye dak? Maklumlah hidup zaman dinasor dan tarzan pun masa itu tidak ada seluar dalam lagi. Pada saya yang jadi orang kecik. Orang besar kalau mahu memberi alasan pun agak-agak lah juga. Jika anda kata tidak tahu komputer dan menolak tugas anda? Macamana hidup anda di universiti dulu? Oh. Mungkin di zaman itu masih guna mesin taip keletuk keletak keletuk keletak. Ye dak? Pada pandangan orang kecik macam saya ini: pengetahuan asas komputer macam Microsoft word, Microsoft excel, Powerpoint itu adalah sangat asas. Tapi tidak tahu lah mungkin zaman orang besar mengaji di universiti tidak guna yang asas ini. ye dak? Guna tulis tangan ke apa kah kan? [biarlah tidak logik pun ye dak? ] Orang besar datang bagi kerja. Kerja dia. Orang kecik tidak lah boleh buat apa-apa. Orang kecik mahu mengelak dan beri alasan besar pun nampak kecik ye dak? Biasalah. Orang kecik. Semua jadi nampak kecik dan remeh sajalah. Orang besar datang longgok kerja. Buat sajalah. Tidak apa. [kena tunggu satu masa bagi orang kecik naik panas banyak dulu. Masa itu orang kecik akan meletup juga kan. Ye dak? Tamat kisah orang besar dan orang kecik. Sekian. Tenaga orang kecik ini selalu kena diperguna oleh orang besar. Moga gaji orang besar terus besar dan berkat hendaknya. Amin. Moga anda. Saya. Kita dan mereka yang lain bila ada rezeki lebih dan menjadi orang besar kelak tidak begini. Perlu ada ihsan dalam kerja. ye dak? Encik ayah ajar saya ini. p/s: tiba-tiba saya menjadi tidak suka kan lelaki pemalas secara banyak!
Monday, November 1, 2010
Orang besar orang kecik
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
kat tpt pakcik nih....
pakcik la despes... pakcik la peon.. pakcik la tukang bayar bil peribadi...pendek kata keje orang kecik.. seme pakcik pulun..... ntah le...
gamaknye mmg gitu perangai Orang Besar kot....
tu kene tanya puan rosmoh.. sebab dia orang paling besar kat malaya nih.... huhuhuhu
pokcik..................huhuhu..sy mahu menangis saja ingat ini...[T____T]
keje cikgu tu.,... pakcik dah siapkan..huhuhu
ish terukla orang besar ni bagi alasan yerk...abah saya yang takat ngaji sapai tgktan 3 dan kenal komputer umur 50 pun, rajin belajar guna microsoft excel wat kira-kira...sampai surat rasmi pun pakai excel...
Post a Comment